Polis itu dulu menyertai badan penguatkuasa undang-undang sebab masa budak-budak dulu dia tertarik dengan siri polis trafik di TV. Tapi selepas menjadi polis trafik baru dia sedar yang kerjanya lebih banyak dipenuhi rutin; kecuali sekali-sekala apabila bertemu pemandu-pemandu berbahaya atau kurang ajar. Dia kepingin aksi sebenar yang dapat membuktikan kejantanannya!
Pemandu kereta yang anggun dan mahal itu berhenti dan menurunkan cuma separuh cermin keretanya yang gelap. cermin kereta gelap? kereta VIP ke nie? tapi dia adalah polis yang saksama dan berani, jadi dia bertanya: "Selamat malam, encik. Encik sedar tak berapa kelajuan encik tadi?"
"Tak. Apa kata awak je bagitau saya?" Jawapan yang dilontar berbaur kurang ajar. Suara macam biasa dengar saja, fikir si polis. Mereka pernah berjumpakah? Polis itu mengintai ke dalam kereta; cuma ada lelaki itu seorang.
"Encik, encik memandu terlalu laju. 20km melebihi had laju. Saya kena saman encik," kata polis itu sambil membuka buku samannya. "Boleh bagi MyKad encik?" Dia sememangnya polis yang tegas; bukan nk cari duit kopi atau yang sewaktu dengannya. (mesti polis-polis senior yang bengis-tapi-baik-hati dalam siri TV berkenaan tentu akan bangga melihat dia sekarang.)
Tingkap kereta itu diturunkan sepenuhnya. Masa itulah si polis itu sedar dengan siapa dia berurusan sebenarnya, dan lidahnya kelu tidak terkata. Ia adalah wajah yang menghiasi setiap papan iklan 1Malaysia, dan bibir merah jambu yang berkilat itu memang tak dimiliki oleh orang lain selain dia.
Lelaki itu menunding jari ke arah papan tanda Jalan Tun Razak dan berkata: "Ikut suka akulah, jalan bapak aku apa!"
petikan cerita kontot dari:
ROJAK
Hidangan Certot
(Cerita-Cerita Kontot)
Amir Muhammad
buku yang penulis beli:
Kinokuniya Sdn Bhd
Suria KLCC
28/03/2011
p/s: post ini tidak ada niat untuk mempolitikkan sesiapa.