Saturday, April 23, 2011

maafkan aku adik..

sedang pengguna nokia express music c5130 berjalan menuju ke masjid untuk solat jumaat bersama-sama pengguna iphone 4, blackberry dan pelbagai lagi handphone mahal masing-masing. aku terlihat seorang budak kecil yang mungkin berumur 7 atau 8 tahun. baju melayu ungunnya diseterika rapi dengan songkok hitam dan ada kesan-kesan bedak diwajahnya yang naif. adik itu berdiri dibawah bahang terik panas matahari ditepi laluan pejalan kaki menuju ke masjid kLcc, masjid paling dekat untuk ku tunaikan kewajipan di hari jumaat. aku meraba poket tepi ku, tempat yang selalu ku simpan sekurang-kurangnya RM1 untuk mereka-mereka yang diberi ujian dunia.

namun aku kecewa, dek tergopoh gapah aku ke masjid tadi. semua barang aku ditinggalkan di meja pejabat, yang ada pada aku sekarang hanyalah pass masuk ke menara megah itu. aku melihat begitu ramai pejalan kaki, pemegang iphone 4 dan blackberry melepasi budak itu. namun tiada siapa yang ringan tangannya untuk memasukkan sedikit sumbangan ke dalam tabung bertulis "sumbangan untuk menukar botol..." yang dipegang oleh adik itu. aku nampak ada 1 botol pelik di dalam poket bajunya, sudah ku tahu adik itu mengalami satu penyakit yang tidak membenarkan dia membuang air secara normal.

"assalamualaikum.."
"waalaikumsalam.."

aku melepasi adik tersebut, "ya Allah engkau sahaja mengetahui apa yang aku rasa, engkau selamatkanlah hambamu yang masih kecil dan tidak mengerti permainan dunia itu". hanya itu mampu ku lakukan di ketika itu..

"maafkan aku, adik.."

Tuesday, April 19, 2011

ada orang "tetttt" aku dalam train

pukul 6.00 ptg
aku menunggu train lrt 4 couch  tiba
setelah perginya train 2 couch
yg sengaja ak biarkan ia berlalu
2-3 minit yg lalu..

sorg lelaki rambut panjang ke bahu
belah tepi ala pop yeh yeh..

muka xhensem itu tidak menarik perhatianku
namun seluar ketat dan kaki slim
yang langsung tidak match dgn perut buncit
mengundang perhatian dan gelak sinis
dalam hati..

train sampai
aku masuk train
dia masuk ikut pintu yg sama
ak menyandar di sebelah kanan pintu
port berdiri yg paling strategik
boleh menyandar..

dia berdiri di sebelah kiri pintu
2 meter di depan
memandangku..
mungkin dia sudah perasan
aku adakalanya memandang dia
dia memandangku..

aku mengalih pandangan ke tingkap kaca lrt
tgk langit gelap
nk hujan agaknya ptg nie
apit call aku plak tgh2 dalam train nie
"wei tlg angkat baju ak"
ok possibility nk hjn adalah tinggi

ak memandang ke depan secara tidak sengaja
setelah ak menjawab panggilan apit

dia kenyit mata kt aku
dengan mulutnya (seperti dalam gambar)
 
Astaqfirullah
istiqfar panjang aku...

sudah tidak cukupkah perempuan cantik dalam dunia ini
sehingga lelaki beralih arah kepada sesama jenis

naik bulu temgkuk aku
aku terus berlalu dari situ
menunggu di pintu lain..

semoga ak tidak berjumpa lagi
si lelaki itu
kerana aku masih memiliki naluri
untuk mencintai perempuan
dan memilih yang solehah di kalangan mereka
sebagai pasangan hidupku
bukan lelaki nauzzubillah..

Thursday, April 14, 2011

"orang" yang salah ke "faham" yang salah?

kisah nie terjadi pada malam minggu yang lalu. ada sorg mamat tue sembang2 ngn aku..
aku agak tak brapa nk sure sama ada dia smbang ngn aku or ak yg sembang ngn dia, maklumla ak kn suka sembang..tp bukan sembang kencang..

mamat tue tidak puas hati dan sesuka hati dia kondem sorg pekerja PETRONAS di depan aku..
tidakkah dia tahu bahawasanya aku mungkin akan menjadi salah sorang dari org yg dikondemnya sesuka hati..walaupown ak belom lg mendapat status permanent.
aku mmg berhasrat akan menyertai PETRONAS pown, tidak seperti sesetengah rakan2ku yg berhasrat untuk bekerja di company yg membayar gaji yg lebih mahal..

mamat tue ckp " ada sorg bdk PETRONAS, mai company aku..msa presentation buleh buat belagak tanya nie paip nie pasai pa letak kat sini, awat xletak tempat lain..padahai baru fresh graduate ja..kami consultant kowt kami tau la keja kami..expert kowt yg bnda tue..aku xsuka btoi la..kami tau la kami client tp jgn pandang rendah kt kami mcm la kami bodoh sangat.."

aku.."hurmm ok.."

arinie ak nk bgtau kenapa bdk PETRONAS FRESH GRADUATE TUE!!! tnya..ak lebih suka nk bgtau lebih awal  yg dia sangt2 bijak bila tanya soalan tue..consultant buat keja consultant, kami as a client kami patut tnya..kami bayar kowt..nape plak xleyh tanya..ak rsa xda pown dlm contract client xleyh tnya soalan..nape consultant xsuka kami tnya?or korg xda jawapan untk soalan ktorg..nie jawapan yg agak kurang ajar.

jawapan baiknya...from our point of view, project tue adalah project kami, dan kami bkn saja berhak bahkan mesti mengetahui setiap details dan sebab setiap instrument atau machine yg dipasang. sumanya perlu justification untuk melancarkan project..setiap project kena present depan CTE (center of technical excellent) so kalo CTE tanya masak la nak jawab..xkn nk jawab "owh tue consultant yg buat...saya xtau pape"...masak laaaa kena sound ngn boss..

so disini ak nk bgtau consultant2 sekalian, kami tau anda semua expert bahkan anda mungkin lebih expert dari kami, tapi walau seexpert mana pown korg semua korg tetap salesman yg akan jual service korg...so kami perlu justification untuk setiap yg korg buat...kami bukan bayar singgit dua..puluh2 million kowt..

Sekian...

Wednesday, April 13, 2011

sederhana rajin

satu hari yg sederhana rajin  bermula lagi. pagi nie di Kuala Lumpur Comvention Center, workshop by Sumitomo Steel. diorg nie tokey besi. penulis amat kagum dengan sejarah Sumitomo Steels nie. Sumitomo sebenarnya adalah nama keluarga tukang besi jepun 400 tahun yang dulu. bermula dengan tukang besi akhirnya selepas 400 tahun mereka sudah ada empayar pembuatan segala macam besi sendiri.

yang cool giler skunk nie diorg ekstrak sendiri besi, dan segala macam process sampai lah penjualan..semuanya diorg wat sendiri. terbaiklah...kira full package la mcm  org wat cekodok (jemput2 pisang)..dia tanam pisang dekat kebun dia sendiri, dijaga pokok tue sendiri, tiap2 ptg peg menebas sendiri, dia buat cekodok sendiri and last dia jual sendiri..tepung, gula, garam, minyak n gas jer dia xwat sendiri.

apa yg penting nk bgtau adalah dalam jangka masa panjang bisness yg sekecil2 tue dpt jd sebuah empayar yg sngt besar. sungguh xsangka dan kegigihan dia penulis terbayang2 mesti ahli keluarga dia yg besarkan bisness nie..mcm org panjat pokok kelapa..mungkin si atok adalah seorang pemanjat kelapa, si ayah adalah penanam dan penjual kelapa, si anak upgrade lg jual air kelapa, si cucu packing elok2 n jual air kelapa dan  nata kelapa, si cicit tin kan dan bukak kilang sendiri..perghh...perniagaan yg ada sentimental value yg tinggi...

Sunday, April 10, 2011

saya nak berubah

"saya nak berubah awkk" kata2 itu selalu si dia dgr dari sorg gadis yg dia syg...namun kdg2 dia menjadi keliru dgn katanya yg memberi banyak alasan umpamanya "saya sedang berubah awkk, saya dalam proses..so saya mestilah masih melakukannya sbb saya belom betol2 berubah..saya xnk berubah sbb awk..saya belom sampai seru" itu alasan yg selalu dia dgr dan sudah muak telinga nk dengar..


situasi diatas seringkali berlaku dalam perhubungan. bkn sahaj dalam perhubungan tapi di dalam apa2 situasi sekalipun. nak tunggu ikhlas dtg dulu...mmg xsampai la jep ikhlas tue..kalo nk tunggu ikhlas abah xkan rotan aku kalau ak xsolat dlulu...lg hebat kalo nak ikut ikhlas Nabi xswuh rotan anak yg tak smayang sewaktu umurnya 10 tahun. boleh ke ayah ngn mak nk jawab kt Allah.. "ank saya xikhlas lg nk smayang time tue"..

sama kan situasi tersebut dgn org yg nk tunggu ikhlas baru nk pakai tudung..org yg nk tunggu ikhlas dulu baru nk berubah..mmg TIDAK lah jawapnnya..

ustaz pernah berpesan:

"KITA KENA CARI HIDAYAH BUKAN HIDAYAH CARI KITA"

so alasan yg nk tunggu ikhlas mmg xwujud...itu hnayalah alasan semata2...jd kawan2 sedarlah...kdg2 apa yg kita cakap tue sebnarnya alasan yg kita tidak sedar muncul di hati akibat nafsu yg tidak kita tambat..
dan org yg nk ubah seseorang perlulah berhikmah dalam mencorak langkah...kadang2 org sekeliling nie merencatkan org yg nk cari HIDAYAH Allah.S.W.T...

payah jugak...

saya seorang rakyat Malaysia. dah 2 abad saya tinggal di malaysia...dulu abah selalu paksa tgk berita kt 1 stesen tv bila jam menunjukkan puikul 8 malam. kata abah tgklah berita sejam saja, masa tuelah nk tau hal duia luar selepas 1 hari tengok hiburan semata2. demi abah saya pown tgk tv tersebut setiap 8 malam. setiap kali saya terdetik nk tgk tv pukul 8 saya akan teringatkan abah.

namun kini saya lebih rela tutup tv setiap kali jam menunjukkan jam pukul 8mlm. saya bukan penyokong mana2 parti. bahkan saya masih belum mendaftar menjadi pengundi walaupun telah layak. ini berlaku kerana saya berasa jijik untuk terlibat sama dalam arena "mereka2".

pemimpin mencipta puisi, media dipaksa rela mendeklamasi dan rakyat yang pening mendengar. kdg2 saya terasa nak lari ke Negara lain, bkn sy xsayangkan tanah air, tp saya muka dgn cakap2 politik yg tersiar di mana2 media. 1jam bermakn untuk sy mengetahui dunia luar menjadi sia2 apabila hmpir 30 mint masa tersebut dijadikan sesi menjatuhkan parti pembangkang dan mempromosi kerajaan. saya pown tidak faham. masih teluskah berita yg disampaikan media hari ini.

contoh terbaik kes video seks pemimpin parti pembangkang. sekali lagi saya tekankan saya bukan penyokong mana2 parti. cuma nk sampaikan dari pemikiran logik akal, logiknya pihak yang menuduh lah yg membuktikan si tertuduh bersalah. tetapi isu saya menjadi pelik apabila, setelah video tersebut tersebar pihak media berpusu2 menyerbu Dato' Seri Anuar mencungkil bukti. kenapa pula si tertuduh yg kena bersusah payah membuktikan dia tidak bersalah. korg tak ase pelik k?

mengikut Islam, andai anda menuduh seseorang melakukan zina. bagaimana caranya? anda mesti datang dgn 4 saksi atau bukti2 yang dapat diiktiraf ketulusannya. nampak? the guideline is there already. penulis malas la nk cakap hal nie. nnt bleyh wat gaduh ngn member jer.

kepada media dan pemimpin Malaysia kini dan masa depan. tolonglah fikirkan tentang rakyat. saya malu nak baca surat khabar sekarang, saya menyampah nak tgk berita di tv skunk, saya muak dgr cakap2 pemimpin skunk...saya menyeru kepada mereka yang suka pergi ceramah politik baik anda peg belajar agama kt pondok2 tak pun peg dgr tazkirah menuntut ilmu akhirat. dah tue uztaz2 plak kalo bg ceramah jgn la ceramah politik plak...hak bkn ustaz tunjuk contoh tak baik...hak ustaz plak jgn duk buat tunjuk contoh xbaik jgk. tegur mana yg salah xpa..tp jgn mengutuk sedap mulut plak guna speaker surau. da la org nk p surau skunk nie payah..bila xda org p surau ustaz jgk kalut...

hummm, payah jgk....

Sunday, April 3, 2011

Bob Lokman menguji atau diuji

isu media and the geng yang xpuas hati setelah mereka seumpama dikhianati oleh geng sendiri..luka parah bagi media bila Bob Lokman beralih arah..

isu lama yg penulis terbaca semula setelah semua dah sepi bukan..penulis tulis bukan sbb marakkan lagi api..tp apa pengajaran yg kita patut ambil..penulis bukan nk menghukum dan menuduh siapa salah siapa betul..sesungguhnya Allah sahaja yang tau apa yg ada dalam hati mereka2 yg terlibat dan hati penulis sendiri..

menilai dari kornea penulis sendiri, Bob Lokman masuk pas adalah isu panas yg boleh diceritakan..tambahan pula Bob memilih jalannya dgn tujuan "nk masuk syurga" nie bkn alasan tp matlamat yg Bob pilih..biasalah semua org masuk politik ada tujuan dan matlamat masing2..ada yg nk jadi perdana menteri, ada yg nk jadi kaya, ada yg nk dikenali dan disanjung tinggi, ada yg tutup kes lama dll.

sama jgk dgn Bob, kenapa semua org sibuk nk bahaskan matlamat Bob..betol atau salah Allah itu lebih mengetauhi dan berhak keatas semuanya..kiter plak sibuk2 nk ckp org tue salah org tue betol..

yg jelas terang lagi bersuluh adalah pihak yg banyak buka mulut..sbb lagi bnyak kita cakap lagi banyak dosa kita..yg nk ditulis itu tentang Bob masuk pas..tp kenapa nk perlekehkan cara pakaian Bob..bertongkat, berjubah, beserban dan bercelak..tau tak org yg menulis tue yg pakai yg Bob pakai tue adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W..islam k x si penulis dari media yg menghentam Bob nie?penulis sendiri pown ragu..atau Islam hanya pada kad pengenalan shj..siapa tau..

bnda nie jgn dibuat main2, sbb berkaitan dgn aqidah..si penulis media senang ckp Bob nk guna sunnah Nik Aziz pulak..Bob bgtau dia ka?

kemungkinan tue ada, tp kalo belom pasti jgn ditulis..penulis pown biasa jumpa imam yg buat pergerakkan pelik sewaktu menjadi imam solat..bila ditanya mana dia belajar.."saya biasa solat dgn tok guru, saya tgk tok guru solat macam tue"..tidak boleh dibuat hujah kalo stakat taqlid semata-mata..barangkali org ini tersalah tgk..

dalam mengkritik, kdg2 manusia nie boleh sensitif terhadap sensitiviti kaum tapi langsung tidak sensitif pada sensitiviti yg lebh besar iaitu agama..nauzzubillah..

Saturday, April 2, 2011

satu!..baaaanyakk banyakk..dua!..sedikit sediikitt..

'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'

jawapannya: Anak

kalau satu, banyak-banyak!!
ertinya..di zaman ini..sungguh banyak mak dan ayah yang hanya mempunyai saorang anak..

kalau dua, Sedikit-sediiikit!
ertinya..dalam banyak banyak suami dan isteri, sedikit-sediiikit antara mereka yang mempunyai dua orang anak, khususnya saorang lelaki dan saorang perempuan..walaupun ia dianggap bilangan anak sempurna di zaman ini..

kalau tiga, jar-rang, jarang!!
ertinya..dikalangan mak dan ayah yang ingin mempunyai anak dua..jar-rang-jar-rang yang akan ada anak ke 3..

kalau empat, kad-dang, kad-dang!!
ertinya..kad-dang kad-dang kita akan jumpa pasangan suami isteri yang ingin miliki anak lebih dari 4 orang di zaman millenium ini..

Friday, April 1, 2011

retro si cikgu siti sarah

post nie dibuat sempena cikgu siti sarah di blognya Sara_wo_Sensei (tgk la kt link sebelah nie, malas nk wat link)...

retro, apa yg dikatakan retro?..mcm2 perspektif..retro boleh jgk nk wat hitam putih, atau combination warna2 terang rainbow dgn rambut afro dan disko disko disko...

so nie hasil karya penulis hasil dari RETRO

nie retro zaman NORDIN AHMAD


nie RETRO zaman citer AZURA - Abg JAMAL ngn Kak Ojiey


RETRO zaman mokhtar dahari..


nie plak retro zaman ZAMANI SLAM..

untk retro disco xda gambar yg sesuai...sorry yerk..next time lah...=)