Monday, January 30, 2012

Ahli Kitab

assalamualaikum..

Aku terbaca di satu blog, sudah lama aku membaca blog tersebut. Sungguh tulisan dan karya taipan dia sangat menarik dengan susunan ayat yang menampakkan kepoyooan dirinya serta sususan rangkap demi yang rangkap yang kreatif tidak membosankan pembaca untuk terus membaca sehingga tamat sesuatu post di blognya walaupun post itu panjang berjela jela macam ayat yang tengah tulis skunk nie.

Memilih-milih
akibat sudah lama sangat membaca blog tersebut aku sudah boleh membezakan mana yang patut dibaca dan mana yang hanya perlu dibaca tetapi tidak boleh diambil perhatian sangat, hanya sekadar suka suka. 

dalam satu post di blog beliau ada tertulis tentang isu ahli kitab yang pada pandangan aku telah disalah faham mungkin. atau aku sendiri tidak memahami hasil tulisan beliau yang lenggok bahasanya sangat artistik.

Siapa Ahli Kitab

Secara ringkasnya mereka adalah orang Yahudi dan Nasrani yang berpegang teguh pada ajaran kitab samawi masing masing.

Setakat mana?
Yusuf al-Qaradawi meletakkan syarat yang jelas untuk "berpegang teguh pada ajaran kitab samawi masing" iaitu mempercayai bahawa wujudnya Allah S.W.T. 

Syarat jelas:
1. Ahli kitab mestilah berpegang teguh kepada ajaran kitab samawi dan mengamalkan semua yang diajar.
2. Ahli kitab mesti percaya pada kewujudan Allah S.W.T

Penjelasan:
sewaktu di sekolah dahulunya ada jugak ustaz dan ustazah yang memberitahu bahawa ahli kitab ini, senang cerita adalah mereka yang berpegang teguh kepada ajaran kitab kitab (kitab asal) yang terdahulu sebelum turunya al-Quran. Iaitu kitab:
1. Zabur - Nabi Daud A.S
2. Taurat - Nabi Musa A.S
3. Injil - Nabi Isa A.S

Jadi, orang Yahudi dan Nasrani yang kita lihat hari ini, yang percaya pada trinity dan segala macam benda yang mengarut tidaklah termasuk dalam golongan ahli kitab. Selain mereka juga mempercayai ajaran Bible yang telah jelas diubah untuk kepentingan pihak tertentu.

Mengapa?
1. Penting untuk kita mengetahui siapa mereka kerana Islam menghalalkan kita untuk bermuamalat dan bermunakahat dengan ahli kitab.

2. Supaya kita tidak menyamakan (tidak tersalah) ahli kitab dan orang yahudi dan nasrani sekarang yang melakukan kerosakkan kepada dunia (yang perlu kita boikot besar besaran).

P/S: Setiap penulisan diblog adalah 100% tanggungjawab si penulis. Maka sampaikanlah fakta dan kebenaran walaupun pahit.

Sunday, January 29, 2012

terkakis

Perjalanan dalam bas Cepat Ekspress dari Pekan Guar Chempedak, Kedah ke stesen bas ekspress Medan Gopeng, Perak sangat memenatkan. Sakit pinggang, lenguh badan dan kering.

Assalamualaikum.

Ada 2 orang budak berbangsa Cina dalam bas tadi bersama mak diorang. Si budak lelaki bernama James dan perempuan bernama Sarah daripada perbualan diorang yang sangat kuat dalam bas sepanjang perjalanan.

Tak letih dua orang budak tue bercakap sejak diorang mula naik bas tue dari stesen bas sementara Penang Sentral sampai la ke Ipoh.

Dahtue, cakap english pelat british kaw kaw plak.

Sebab si James tue suka menyakat adik dia, Sarah. Sepanjang perjalanan dia kena berleter dengan mak dia yang duduk di belakang seat aku.

Apa yang menarik!
James dengan Sarah nie sepatah pown xcakap cina. English pelat british dia tuelah walaupun mak dia berleter dalam bahasa cina kt diorang yang buat bising dan nakal dalam bas tue.

Terkakis bukan hanya pada bangsaku

Sunday, January 1, 2012

Apa Yang Baru di Tahun Baru (2012)

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru. Tahun baru menjelma lagi, tapi apa yang baru tahun nie? tak banyak..semuanya sama saja macam tahun tahun lepas. TV penuh dengan konsert, bahkan lagi besar dan lagi hebat, lagi banyak pembaziran dan maksiat berlaku sama ada dalam skop yang besar atau kecil.

Sekarang dah tengah hari 1/1/2012 - mungkin aku terlewat, Namun...

Apa yang baru?

1. Jom Santai bersama GeMS
Aku tak tau apa itu GeMS korang cari la sendiri ye. google jer (wat keje ckit). Acara ni bagi aku merupakan satu pendekatan baru untuk menyediakan alternatif dan menarik lebih ramai orang untuk mengenali Islam dengan cara yang lebih mesra.

Poster Acara (Tengok atur cara malam - Hebat)

Acara countdown new year ini menampilkan ramai personaliti personaliti yang hebat di tanah air kita. Antaranya Zizan dan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi fenonmena di Malaysia sekarang mengalahkan fenomema kumpulan Search dan Siti Nurhaliza.

Dikhabarkan lebih 70 ribu orang yang hadir semalam, memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 8 pagi hingga 12 malam. Wahhhhh hebat dan tahniah.

Lihat! Islam itu tidak rigid. Jangan selalu menilai Islam pada apa yang Haram, tetapi nilailah pada apa yang Halal.

2. Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi & Lepaskan Batuk di Tangga.
Peribahasa di atas, adalah peribahasa yang benar. Bukan harapkan pagar, sebab memang tak boleh nak harapkan pagar pun kan? dan macam mana pulak pagar nak makan padi? pagar bukan hidup pun. Selama 22 tahun aku puas memikirkan apa logik pagar nak makan padi dan kenapa bila batuk dekat dikira kerja separuh jalan. Adakah nak batuk sepanjang naik tangga?

Burung Pegar

Pegar adalah sejenis burung kuang yang memakan tikus dan serangga perosak di sawah. Jadi pesawah akan bela si Pegar sebagai kawalan biologi di tanah sawah mereka. Namun 1 lagi ciri si Pegar adalah, ia Omnivor dan memakan juga bijiran dan padi seperti ayam biasa. Logikkan? Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi.

Batok

Batok pulak disalah ertikan sebagai batuk dalam peribahasa Melepaskan Batok ditangga. Terlerai maksud peribahasa ini. Orang orang dulu, rumahnya bertangga (rumah kayu traditional). Sesudah sampai ke rumah, mestilah kena basuh dulu kaki tue sebelum masuk ke rumah. Sebelah tangga ada tempayan berisi air yang digunakan dalam peribahasa Mendengar Guruh di Langit, Air di dalam Tempayan Jangan di Curahkan. Jadi nak cebok air guna batok. Lepaskan batok di tangga dikira buat kerja separuh jalan sebab lepas guna letaklah balik batok di dalam tempayan.

3. Tetikus
Sebagai reward kepada diri sendiri, semalam aku membeli sebuah tetikus untuk diri aku. Sudah lama rasanya aku mengunakan laptop tanpa hadirnya sebuah tetikus. Dari susah menjadi kebiasaaan pulak. Apa yang aku cari adalah tetikus yang besar. Bukan hamster. Alang-alang lepas main bowling kat Ipoh Parade (Final Year Gathering: Episode 1) depan tue pulak ada kedai jual barang PC.

Tetikus Gigabyte berharga RM28.

Terbaik, tetikus nie adalah tetikus kelas ekonomi (mampu beli) yang paling besar dijual di kedai PC tue. Memang sedap guna, penuh tapak tangan dan cukup lembut dia punya Click Pad ditambah roller getah yang kesat di tengah-tengah, memudahkan scrolling up and down.

Inilah rasanya perkara yang baru ditahun baru ini.
Sekian.

P/S I: Alhamdulillah, Allah melindungi si dia semalam.
P/S II: Semoga tahun 2012 dipenuhi dengan berkat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh.
P/S III: Umur dah masuk 23 tahun - krisis umur meningkat huhuhu (terasa banyak giler tanggungjawab).