Assalamualaikum
Hari nie 5hb Ogos 2012. Bila tengok kalendar jer, Geli hati pun ada, Nervous pun ada, Excited pun ada. Tengok duit dalam account. Aduhh banyak berdoa. InsyaAllah sempat sampai rumah hujung semester nanti.
Citer pasal hujung semester pulak, tue lagilah excited. Nielah semester terakhir dah nak abes belajar. Macam nak terjun back flip kat air terjun pun ada. Macam nak jerit kuat-kuat pun ada. Hahahahaha.
Tapi ada perkara yang merisaukan aku. Convocation approval kat UTP nie. Senyap jer staff UTP nie, takda plak nak mintak isi borang pape, takda plak nak panggil briefing ke apa. Haish, bukan nak gelut ke apa tapi aku dengar dengar citer daripada budak-budak MARA, diorang kena aniaya dengan finance UTP.
Tiba-tiba ada tonggakan bayaran RM 2 ribu lebih masa tahun 1 yang diorang kena bayar, dari mana datang tonggakan tue diorang pun taktau, semua dah setel. Kalo ada tonggakan macam mana pulak semester lepas diorang boleh je check result.
Lagi 1 cerita aku dengar, UTP lambat inform MARA untuk student tajaan batch aku yang diwajibkan tambah 1 semester lagi. so duit elaun diorang sudah stop bulan Jun lepas. So sekarang diorang tengah kopak.
Atas pengalaman macam nie aku sedikit stereotype dengan staff UTP nie. Aku dah kawan-kawan lain pernah jugak kena kes aniaya nie masa kami baru balik Intern dulu. Report yang nak dihantar tue ditulis hanya perlu signature supervisor sahaja. Tapi bila sudah sampai UTP, dah kena cop pulak. Siot jer.
Tue suma pengalaman yang tak best la dekat UTP. Nie tak termasuk lagi, citer kenangan pahit FYP aku. Tapi yang tue lain kali lah citer. Malas nak taip banyak-banyak.
Ada lagi benda yang tak buat lagi sepanjang di UTP nie. Antaranya:
1. Kad Raya Hikayaterz Custom Made.
2. Video Hikayaterz UTP Life (Macam video akustkima KMPh dulu).
3. Photoshoot di Taman Negara Gunung Liang - orang cakap tempat dia cantik, siap boleh naik bot lagi.
4. Photoshoot di Pantai Perak (teluk batik/teluk senangin)
5. Jalan-jalan cari makan seharian di Lumut.
Semoga dapat la buat semua nie, masa yang tinggal pun dah tak banyak, lepas raya ada 3 minggu jer lagi.
"Letz create thousand more memories"
Sekian.
Sunday, August 5, 2012
Konspirasi ke Pemikian sendiri?
Assalamualaikum
meh meh meh, nak citer sal konspirasi. Konspirasi tue apa?
Menurut cik googley (google) konspirasi itu adalah satu plan rahsia untuk melakukan kerja jahat atau melanggar peraturan. Dirancang oleh satu kumpulan/pertubuhan, dimana semua mereka mempunyai tugas masing-masing yang penting.
Pendapat peribadi, konspirasi tue kira mcm plan besar yang dirancang untuk mencapai objektif tertentu yang sangat rahsia. Ia memerlukan masa yang panjang dan mempergunakan ramai kelompok manusia tanpa mereka sedar. Sumber: Pengalaman menonton filem (Heh heh heh)
Baru-baru nie, muncul lah satu konspirasi besar yang seakan dibongkar. Konspirasi Dajal dan Sukan Olimpik London 2012. Tersebar penuh di facebook dan blog-blog seantero Malaysia. Sekali aku baca, kira tinggi jugak imiginasi rakyat Malaysia nie. Tapi yang pelik apesal skrip filem-filem Malaysia nie sampah. Sepatutnya penulis penulis blog nie la yang tulis skrip filem, baru box office america citer melayu.
Kritikan:
1. Dalam semua yang aku baca, hampir kesemua penulisan ini dibuat berdasarkan pemerhatian dan assumption saja. Kesemua assumption pulak hanyalah berdasarkan apa yang jelas di mata menggunakan teknik persamaan bentuk-bentuk yang digunakan,dan significant persembahan pembukaan majlis Olimpik. Tiada fakta-fakta yang jelas dari semua penulisan ini.
2. Hampir semua bloggers hanya copy paste hasil penulisan blogger lain tanpa letak back link ke blog yang dia cilok. Mungin sekadar suka-suka nak bagi rating blog dia naik. Atau mungkin dia nak kumpul 1 juta pembaca nak compete dengan blog serius dan blog aku stress giler.
3. Bloggers ini semua hanya menulis sesedap hati tanpa memikirkan masa depan. Tiada hasil pemikiran yang aku lihat dalam tulisan konspirasi Olimpik London 2012. Semuanya hanyalah tuduhan buta berdasarkan persamaan bentuk-bentuk.
4. Paling menyedihkan, kebanyakkan blogger tulis bagai nak rak pasal konspirasi yahudi ini tetapi dihujung cerita dia sendiri meragui penulisannya dalam ayat-ayat seperti "Ini hanyalah pemerhatian, nak percaya ke tidak tue terserahlah". Apa jadah tulis panjang last bagi ayat macam nie, buang masa jer baca. Takda pendirian, bayangkan satu hari cikgu matematik ajar kita 1 + 1 = 2. Then, cikgu cakap "tp cikgu tak sure la betol ke idok jawapan dia 2. Ikut kamulah, kamu nak percaya ke tak nak". WTH
5. Terakhir, dalam penulisan tersebut kebanyakkan blogger seakan menyarankan pembaca-pembaca memboikot sukan olimpik 2012. Tapi bila Baskin Robin nak bagi aiskrim percuma untuk pingat emas Malaysia yang pertama, blogger tulis macam lain plak. Haish pening aku
Pujian:
1. Menariknya, di Malaysia ramai blogger-blogger yang sensitif kepada isu-isu besar macam nie. Kalo takda diorang nie, orang yang jarang baca news macam aku nie tak tau pape. At least buka FB ada la info baru. Cuma jangan percaya sangat, selidik dulu.
2. Isu konspirasi macam nie wajar disebarkan. Baguslah kepada mereka yang rajin menulis pasal benda-benda macam nie. Tapi please be more empathy to the reader, letakkan tempat anda sebagai membaca. Apa perasaan anda. Yes, thats your blog but please respect others.
Kesimpulan:
Menulis tue bagus, berdasarkan hasil tulisan dan cara pemikiran si penulis. Isu konspirasi yahudi sudah banyak ditulis. Takda ke orang yang nak tulis pasal pembunuhan orang Rohingya di Myanmar dan siasat kes pembunuhan kejam tersebut.
Share di FB, tulislah perkara yang menaikkan semangat jihad. Buka jihad untuk pergi berperang tapi jihad yang strategis supaya orang Islam Malaysia nie tidak lagi tidur lena dibuai mimpi indah.

sumber: wallpapersup.net

Saturday, August 4, 2012
Ramadhan Yang Tersenyum Sendiri
Assalamualaikum,
lama giler aku xupdate blog, bukan xda benda nak tulis. cuma xda masa nak tulis.
"Ceh xda masa k? bukan tetiap hari ko tengok movie k?untuk buang masa"
Okay, kadang nak tulis tp mood xsampai, tak sampai seru orang cakap.
Apasal plak ramadhan nak senyum sorang sorang nie? Ada yang menarik dalam bulan ramadhan, ramadhan tak senyum tapi kadang aku la yang tersenyum sorang sorang =) hehehehe
alah korang pun mesti senyum sorang sorang jugak bila:
1. Seminggu korang pegi bazaar ramadhan, korang beli sayur RM2 seciput jer dapat. Tetiba time berbuka kawan korang beli sayur penuh 1 plastik. korang tanya dia beli mana. Dengan selamber dia jawab beli kt kafe bawah Sehinggit jer.
2. Korang pergi masjid nak smayang terawikh. Pastu korang parking kete sebelah keta aweks ramai2 pakai telekung solat. Sejuk hati, lawanya, boleh buat calon isteri nie. terdetik dalam hati korang. pastu waktu balik terawikh korang cepat2 pergi kat kereta sbb nk tgk muka aweks tadi dengan lebih jelas. Pastu tak semena2 dia panggil nama korang. Mesti korang suka kan? rupanya dia budak kelas korang yang xda pun dalam list calon korang.
sumber: maszmadi.blogspot.com
3. Korang balik terawikh di hari yang lain, tengah drive nak kuar masjid. Korang nampak ramai2 gadis bertelekung berjalan keluar. Korang pun drive laju cikit. Cilok mencilok untuk bagi salam dekat gadis2 yang tengah berjalan tue. Tapi bila dah sampai korang malu nak mampus dan tak jadi cakap sebab korang baru sedar korang pakai jubah dengan kopiah putih dan korang ada kat depan masjid. takkan nak ayat awek depan masjid kowt.
4. Ada kawan korang, dia selalu citer kt korang time korang lepak makan ramai2. Dia cakap dia xda duit so dia nak berjimat cermatlah dah alang-alang bulan puasa nie. So korang pun wat la jadual makan yang saving giler untuk menolong dan menghormati beliau. Tp bila peg bazaar dia borong sakan macam tak makan setahun. Tak pun dia tak pernah berbuka dengan korang sebab dia selalu pergi berbuka dekat hotel menu buffet.
Dan yang paling nak tergelak sekali
5. Bulan2 puasa nie korang register la Baitul Muslim untuk mencari jodoh. Yela korang pun, umur dah meningkat. Puasa pun dah tak dapat membendung korang. So kalo register dalam bulan puasa nie manalah tau rahmat Allah bulan2 puasa nie, jumpa jodoh korang. Lepas 2,3 hari korang register, ada sorang gadis "kirim salam" kat korang. Lepas tue, korang excited sangat sampai korang demam. Tak pasal kena gelak, Sbb Tuhan dah tunjukkan korg rahmatNya, "Awek korang yang selalu duk msg malam2 tue nak g buang kat mana?". Gatal nak cari lain.
Sekian,
Janganlah kerajinan kita merebut pahala bulan ramadhan ini menjadi adat. Dimana bila Ramadhan pergi, ia menghilang bersama-sama kerajinan beribadah dan taqwa kita pada Allah.
Dan bila kita tidak mahukan ia menjadi adat tidaklah pula kita perlu meninggalkan kesemua amalan-amalan tersebut kerana kita akan tergolong dalam golongan yang rugi.
Teruskan amalan-amalan solat sunat, tadarus al-Quran dan Qiamullail juga dibulan2 lain. Jika tidak banyak cukuplah sekadar termampu, jangan ditinggal terus.
Dalam satu hadis, Malaikat Jibril berkata celakalah pada orang yang dia bertemu Ramadhan tetapi sesudah Ramadhan pergi, Allah tidak sedikit pun mengampunkan dosa-dosanya. Lebih berat lagi Nabi Muhammad S.A.W turut meng"amin"kan kata-kata Malaikat Jibril itu. Janganlah kita menjadi orang yang celaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)