Tuesday, August 27, 2013

Rig dan bukan platform

Assalamualaikum w.b.t

Alkisah..
tersebutlah kisah..

Aku sebagai seorang Drilling Engineer. Namun macam alien bila aku ceritakan apa benda aku buat atas rig nie tengah2 laut China Selatan.

Jadi ada baiknya aku jelaskan sedikit kecelaruan yang biasa aku hadapi. Terutamanya kepada orang-orang berkaitan dengan aku secara langsung kerana sedikit seganlah kalau ditanya dan mereka sendiri tidak tahu.

Macam isteri tak tahu apa kerja suami dia. Haa mcm tuelah lebih kurang keadaan dia.

Dalam post nie aku nak jelaskan perbedaan antara RIG dan PLATFORM.

Bila aku ke laut mesti orang akan tnya:
"naik platform mana?"

Jawab aku:
"saya tak naik platform =)..saya naik rig"

Ada beza ke?menatang apa pulak RIG tue?

Biar aku jelaskan apa menatang semua tue dalam bahasa manusia di bumi.

PLATFORM - biasanya kalau kerja petronas mesti dikaitkan dengan platform. Platform ini statik. Tak boleh gerak, itulah sebabnya biasa orang tanya "platform di mana?".

Platform ini tempat tengah laut tue (Kes pelantar luar pantai) yang dah mula produksi minyak atau gas. Dia memang tak gerak dah dan memang tak boleh gerak pun. Yang kat tengah laut dan menyala api tue, itulah platform generally.

Jadi sebagai JURUTERA PENGGERUDIAN, saya tidak bekerja di platform. Saya bekerja di Rig.

RIG - pun dibahasakan sebagai pelantar jugak tetapi nama penuhnya asal2 adalah Drilling Rig iaitu Pelantar Penggerudian. Rig tidak static, dia mobile. Dia boleh drill/gali/gerudi disana sini. Biasanya ikut kontrak, lepas siap drill di satu tempat dia akan berpindah ke tempat lain pulak.

Jadi sebagai Drilling Engineer susah saya nak jawab soalan "dimana". Sebab hari ini/bulan ini, rig ini disini, esoknya di tempat lain pulak.

Rig ini pula ada banyak jenis. Dan yang paling popular di Malaysia adalah jenis Jack-up, Semi-submersible dan Barge-tender. Cukuplah setakat ini. Nanti dalam2 pening pula.

Saya cuma nak bezakan platform dan rig sahaja.

"Saya Drilling Engineer dan saya bekerja di Rig dan bukan Platform."

Sekian.

Friday, August 23, 2013

Cinta, maaf aku pergi jauh

Assalamualaikum w.b.t

Moga sampai kasih dan sayang ini pada cinta yang jauh.

Menjadi seorang jurutera penggerudian atau saintifiknya disebut DRILLING ENGINEER, bukanlah kerja yang mudah walaupun hasilnya agak memuaskan.

Cabaran untuk berada jauh dari ahli keluarga dan cinta untuk beberapa lama amatlah berat bagi hati aku yang sudah sekian lama asyik berjauhan sejak aku meninggalkan zaman persekolahan.

Dari Pahang, kemudian ke Perak, kini pula di Kuala Lumpur. Baru hari hari ini aku ingin melepaskan rindu-rindu yang berbekas di hati. Kemudian aku ditakdirkan pula untuk tidak berpijak di bumi yang sama.

Jauh di tengah laut biru terputus hubungan. Saat aku dan cinta saling memerlukan antara satu sama lain untuk meneliti jalan-jalan impian yang bakal kami lalui di masa depan.

Beberapa hari lagi perlu aku lalui. Cinta tuggu aku di bumi bertuah itu. Bumi tempat kita bertemu. Bumi tempat kita saling jatuh hati dan berjanji sehidup semati. Di bumi itu juga kau akn ku temui nanti.

Tunggu kepulangan rindu mu ini.

Sunday, August 18, 2013

Tips Mudah Untuk Menangkap Gambar Yang Cantik

Assalamualaikum w.b.t

Tips Mudah Untuk Menangkap Gambar Yang Cantik bukanlah tutorial untuk dapatkan gambar yang tip top, meletup, WOW dan seangkatan dengannya. Tetapi cukuplah sekadar boleh diterima akal dan kawan-kawan di FB takkan juih mulut kat anda lepas anda upload dan tag gambar-gambar mereka yang anda snap.

Tips ini adalah basic sahaja dan saya tidak fokuskan kepada pengguna-pengguna DSLR semata-mata (sebab ia akan lebih rumit). Pengguna-pengguna kamera digital dan kamera handphone juga boleh beramal dengan tips ini. Inilah ada Basic Tips sahaja.

Tak payah cakap banyak. Kita mula..

Bahagian I: Persediaan.

1. Kenal pasti Gear anda.
Senang cerita pastikan anda faham dan fasih menggunakan kamera anda. Macam mana nak tukar mode dan sebagainya. Ini akan buat anda lebih senang nak bertindak bila satu-satu jenis mode terpaksa digunakan kerana kondisi suasana tempat yang yang anda nak snap gambar. Macam Night Mode, Indoor dll.

Kepada pemilik kamera digital. Lebih senang kalau anda beli kamera yang ada mode intelligent scenery. Mode ini akan mengesan dan menukar scenery mode kamera anda secara automatik. Lagi senang. Tak payah terkiyal-kiyal nak test satu-satu mode.

2. Turn On Grid Line.
Ini adalah perkara paling utama bila anda ada kamera. Sila turn on Grid Line. Kebanyakkan kamera digital ada aplikasi grid line ini.

Apa benda pulak grid line? Nie benda nie:



Line putih tue la dipanggil grid line. Kalau tak tau macam mana nak turn on, sila baca manual. Untuk kamera yang bagi pilihan grid line macam mana yang anda nak turn on. Sila pilih seperti diatas iaitu 3x3 Grid line. Saya akan ceritakan kepentingan grid line ini di bahagian seterusnya. Apa penting sangat grid line ini.


Bahagian II: Menangkap Gambar

1. Kenal pasti APA benda yang anda nak snap.
Maksudnya disini, sila kenal pasti apa benda yang anda nak snap. Dalam erti kata lain, anda nak gambar macam mana:

(kalau gambar orang)

  • Gambar orang sorang-sorang kah (potret)
  • Gambar orang berkumpulan ramai-ramai kah (Landscape)

Senang nak cerita, gambar yang anda nak snap tue, ada 1 objek atau banyak objek yang nak di snap.

2. 2/3 (Dua Pertiga) Rule.
2/3 rule ini adalah guideline yang mudah untuk anda mendapat komposisi gambar yang menarik. Senang sahaja.

  • Bahagikan screen or frame gambar yang anda nak snap kepada 3 melintang dan menegak (senang cerita turn on Grid Line).
  • Kenal pasti background kepada objek yang anda nak snap.
  • Cari satu garis melintang sebagai rujukan. Contohnya snap gambar dekat pantai. Masa tue pantai yang cantik atau langit yang cantik? Kalau langit yang cantik. Penuhkan 2/3 dalam gambar anda dengan langit dan 1/3 dengan pantai.
  • Contoh dibawah. Langit lebih menarik, jadi langit akan menjadi 2/3 daripada background dalam gambar tersebut.

  • Kemudian letakkan objek anda di mana-mana garisan menegak sama ada di kiri atau kanan.
  • Contoh dibawah: Kapal layar sebagai objek. Diletakkan di garisan menegak sebelah kanan.

  • contoh lain:

Boleh diaplikasi untuk landscape atau potret (seperti dibawah)


3. Horizontal dan Vertikal Line. (tak mau gambar senget)
Yang nombor 3 ini adalah optional untuk kebanyakkan orang tetapi wajib untuk saya dan photographer yang lain. Horizontal line mestilah wajib diikut.

Maksudnya tak mau gambar senget-benget. Newbie selalu terpengaruh dengan cara snap gambar yang senget benget ini kerana skil ambil gambar senget ini adalah trick untuk menipu mata. Gambar senget-benget ini akan kelihatan cool walaupun langsung tak cantik. Sila elakkan ambil gambar senget-senget ini.

Kalau anda suka snap gambar senget-senget ini, sila jangan post dalam group photographer kerana anda akan mendapat kutukan dan sumpah seranah sehinggakan anda rasa menyesal post gambar tersebut dalam group itu. Gambar senget akan menjatuhkan tahap professionalism gambar anda.

Cara paling mudah nak elakkan gambar senget adalah: Turn on Grid Line. Pentingkan..grid line td?

Contoh gambar tak ikut Horizontal Line Rule:


Walaupun gempak. Lawa. Takkan anda nak framekan gambar senget macam nie dan gantung kat dinding. Orang akan pusing-pusing kepala nak tengok macam sedang berada di pameran lukisan abstract.

Sekali lagi, elakkan menyalahi Horizontal Line Rule.

4. Full Frame (gambar yang nampak semua muka orang)
Saya tidak maksudkan full frame kamera. Iaitu kamera yang boleh snap keseluruhan gambar yang anda lihat. Luas ya 'amat kata orang Kedah. Tapi saya maksudkan dalam frame yang anda snap. Pastikan mimik muka dapat dilihat dalam gambar tersebut.

Terutama kalau snap gambar orang ramai-ramai berkumpulan. Orang yang tak jaga frame akan snap gambar seperti dibawah:


Terlalu banyak ruang di atas, bawah, kiri dan kanan objek. Dan ruang tersebut tidak significant dan tidak perlu dalam gambar. Kan bagus kalau ruang sekeliling objek tersebut dikecilkan. So akan nampak wajah-wajah dalam gambar tersebut dengan lebih jelas. Maknanya, Photographer perlu dekat lagi dengan objek untuk penuhkan muka mereka dalam frame.

Contoh gambar yang yang baik pula seperti dibawah:


Ruang sekeliling terutama bawah kiri dan kanan digunakan sehabis baik membuatkan mimik muka setiap yang didalam gambar nampak lebih jelas. 

5. Lens Level. (cara berdiri)
Lens level adalah kedudukan lens semasa gambar diambil. Ramai atau terlalu ramai orang yang menyalahi rule ini ketika snap gambar terutama photographer yang menggunakan kamera handphone, tablet dan yang sewaktu dengannya.

Kesalahan mereka adalah, malas nak bongkok kan badan untuk rendahkan posisi lens. Ramai orang akan pegang kamera dan snap dari ketinggian mata dan dada mereka. Sebab senang. Pegang dan snap. Dari ketinggian tersebut. Objek atau orang dalam gambar akan kelihatan pelik, (kaki kecik-kepala besar) dan pendek.

Jadi rendahkan badan, bongkok atau berlutut untuk snap gambar orang seperti diatas. Biasanya shoot pada paras pinggang atau pusat. Maka ratio kaki dan kepala akan sama. Objek akan lebih tinggi dan lebih normal.

Bagi contoh takda lah pulak contohnya. Sapa tak faham bahagian nie nnt komen tanya secara personal lah..susahlah nak cakap. Pointnya adalah jangan ambil gambar dengan pegang kamera diparas dada ke mata anda. Rendahkan paras kamera ke center ketinggian objek dan shoot secara lurus kedepan.

6. Image stabilization. (tangan getar)
Last adalah tips mudah untuk mengatasi masalah tangan getar waktu snap gambar. Shoot gambar nie actually macam snipper tengah tunggu nak shoot di masa dan ketika yang sangat tepat. So bila nk shoot, terutama bila suasaana low light gambar mesti akan blur.

Pada pemilik Canon, Fujifilem, Olympus mungkin tak mengalami masalah ini sebab dah di counter dengan adanya auto image stabilization built in dalam kamera. Kalau Nikon, terutama kamera Nikon yang murah. Anda akan hadapi masalah ini.

Cikgu saya ajar. Senang sahaja. Masa kira 1,2,3 tue. Photographer tarik nafas, tahan nafas dan snap. Maknanya. Waktu tekan butang snap kat kamera tue tahan nafas. So badan anda akan stand still dan gambar pun tak gegar. Kalau gegar jugak sila pasang atas tripod dan pasang timer untuk shoot atau pakai remote untuk shoot bagi yang memiliki DSLR.

7. Praktis.
Yang ini paling penting. Walaupun lepas anda tahu tips ini. Anda perlu biasakan diri, lebih banyak anda praktis lebih cepat anda set up untuk snap. Masa saya mula nak beramal dengan tips ini saya juga ambil masa yang lama snap satu gambar. Paling susah nak dapatkan 2/3 rule dan horizontal line.

Lama kelamaan, sebab dan selalu shoot. Anda akan dapat mengagak dengan cepat walaupun tanpa turn on grid line. Selamat beramal dan praktis selalu.

--

Cukup setakat ini sahaja tips mudah untuk menangkap gambar yang cantik. Ada lagi tapi lain kali lah pulak. Bahagian II ka kalau saya ada masa nak tulis. Bahagian II mungkin akan lebih rumit dimana anda akan mengambil masa yang lama untuk set up kamera anda atau menunggu masa yang sesuai untuk snap. Anda dah tak boleh nak main snap sahaja sebab anda dah tahu nilai sesuatu gambar.

Contoh gambar-gambar yang saya penah snap dulu. Saya kompilasikan dibawah.












Kita akan bercakap pasal Balance, Langgar Rule But Creative dan beberapa camera trick dalam bahagian seterusnya insyaAllah. 

Sekian terima kasih.

Tuesday, August 6, 2013

Ros yang jahat, masa darjah tiga.

Assalamualaikum..

Apalah aku buat tengah-tengah malam nie duk mengarang blog nie. Tidoq lagi afdal. Haddui. (Dalam hati)..

Namun dalam beberapa minit terjaga nie. Nak jugak aku tulis sebuah kisah daripada pengalaman hidup aku sendiri.

Tahun 1998, tahun Sukan Komenwel diadakan di Kuala Lumpur dengan gemilangnya. Aku tengok upacara pembukaan secara live masa tue kat tv. Masa tue aku darjah 3. Umur 9 tahun. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak atau dikenali dengan nama "Sekolah Guaq I".

Masa darjah 3 nie. Kelas aku kelas 3M. Blok darjah 3 nie nun kebelakang sekali, tingkat atas sekali dan kelas paling hujung sekali. Kira budak-budak kelas 3M lah yang paling jauh jalan nak ke kelas bermula daripada pintu pagar sekolah.

Kelas 3M adalah kelas budak-budak pandai pertama yang aku masuk. Dulu masa darjah 1, Kelas 1H (kelas kedua). Darjah 2, Kelas 2H (kelas kedua). Naik darjah 3 baru aku dapat join kelas bebudak pandai sekolah guaq nie. So aku malu-malulah sikit nak bersuara dalam kelas. Sebab aku tau aku tak pandai dan aku tak biasa bersosial dengan budak-budak pandai.

Namun apa yang paling aku teringat masa darjah 3 nie, kisah pasal peminat rahsia yang pertama. Heh heh heh heh. Masa darjah 3 nie, sebagai budak lelaki, of course lah aku tak tau apa-apa pasal nak bercintan-cintun nie. Namun biasanya budak-budak perempuan dah cukup umur dan dah mula pikiaq suka kat orang nue suka kat orang nie. Jangan marah ye, budak perempuan. No hurt feeling.

al-kisah. Suatu hari aku dianiaya orang. Sapalah yang kurang ajaq sangat buat benda bodoh nie kat aku. Masa aku duk kelaih-kelaih buku dalam beg nak bawak keluaq masa kelas teacher fatimah, aku tengok-tengok buku latihan bahasa inggeris penuh ngan dakwat merah. Macam ada orang tumpahkah pewarna sirap ros dalam beg aku. Jari-jari aku pun sama jugak merah macam kena calit ngan dakwat kekal lepas mengundi dalam PRU-13 - Lepas basuh kat toilet hilang. Alhamdulillah.

Masa darjah 3 nie, biasalah. Bila jadi kes-kes yang tergempar macam nie. Aku paling takut nak habaq ialah kat mak dan abah. Satgi mak beletiaq, awat pi bagi orang bukak beg. awat tak tengok, loi sangat lah. Macam-macamlah. Mak tak tau, habes takkan aku nak pi kantin beli nasi lemak 5 kupang pun aku nak bawak beg. Abah pulak dia tak cakap banyak, satgi apa yang dekat ngn dia. hak tuelah bahan dia untuk libas aku. So baik aku senyap-senyap setel benda nie.

Dan dah tabiat budak lelaki bukannya nk kisah apa ada dalam beg dia. Aku pun tak bukak beg tue dengan ingatan ada orang aniaya aku, dia tuang dakwat merah dalam beg. Aku selamba tak cerita kat sapa-sapa. Setiap hari masih kena basuh tangan sebab warna merah masih lekat dalam beg aku. Dan buku-buku latihan menjadi mangsa. Dan nasib baik, alhamdulillah. Cikgu semua tak kata apa.

Kemudian tersambunglah kisah nie, bila aku bawak balik beg pada suatu hari, lepas beberapa hari kejadian berlaku. Waktu malam nak kelas buku, aku pun bawak keluaqlah semua buku-buku dalam beg yang tercalit warna merah. Aku tutup pintu bilik, kunci. Satgi mak mai, mampuih aku kalau kantoi. Aku seluk beg dan bawak keluaq semua harta karun dalam beg pelan-pelan.

Nindia sumber warna merah. Aku terjumpa satu tangkai, satu daun, dan satu mayat bunga ros yang dah lunyai kena tindih dengan buku-buku. Patutlah beg aku penuh darah terpalit di buku dan jari-jari aku. Jasadnya ros itu aku buang ke laut. Ehh mana pulak mai laut kat rumah aku. Aku buang ke parit belakang rumah aku. Jauh-jauh ketengah supaya tidak dikesan pihak polis.

Untuk menghapuskan bukti. Aku masukkan beg tue dalam besen mak aku nak bakar sampah. Aku cakap beg tue dah koyak, tembus. memang dah berlubang pun. Dan dengan duit aku sendiri aku beli beg baru tanpa rasa bersalah. Dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Pelajar lelaki kelas 3M yang pemalu dan berani-berani takut nak bersuara.

Masa tue, serius aku hanya ingat orang nie aniaya aku, sampailah aku masuk sekolah menengah. Barulah aku syak, "Bunga Ros Dalam Beg?"..Ini mungkin daripada peminat rahsia yang pertama. Siapakah gadis malang disebalik ros merah berdarah tersebut. Arghhhhhhhhhhh...



P/S I: Ini adalah kisah lama. So tak payah nak ribut sangat.
P/S II: Aduhh kenapalah aku tak usha sorang-sorang wajah budak perempuan 3M yang selalu senyum kat aku. Mungkin dialah gadis tersebut.

P/S III: Awakk jangan nk gatal sangat, nanti saya cubit baru tau. Okkay T-T