Tuesday, November 15, 2016

Untuk Apa Sekadar Berbeza?

Assalamualaikum w.b.t

  1. Pepatah hanya digunakan untuk memudahkan pemahaman tetapi tidak boleh dijadikan prinsip kerana kadang-kala ianya hanya sebagai sesuatu untuk ketuk kotak fikiran kita atau kadang-kala ianya hanya penyedap hawa telinga.
  2. Sekarang zaman generasi Z. Mereka ingin jadi jutawan sebelum umur 30. Ultimate objective mereka berususan setiap hari hanya untuk mereka capai financial freedom. Mereka fokus dan berhempas pulas untuk mendapat apa yang mereka impikan.
  3. Generasi Z mencipta padang permainan mereka sendiri dan mencipta begitu banyak persaingan di padang permainan mereka. Mereka mahukan kesempurnaan.
  4. Mereka mahu menjadi lain daripada yang lain. Mahu kelihatan berbeza dalam masa yang sama up to date.
  5. Tanpa mereka sedar pepatah berani untuk berbeza tidak dicipta supaya kita melakukan sesuatu untuk membezakan diri kita dengan orang lain tetapi ia dicipta supaya kita berani menjadi berbeza jika kita punya susuatu yang berbeza secara fitrahnya. 
  6. Mereka hilang intipati atau maksud kehidupan dan perjuangan. Yang ada pada mereka hanyalah menang atau kalah, kaya atau miskin. 
  7. Mereka terlalu fokus mendapatkan apa yang mereka mimpi sehingga mereka lupa memikirkan apa yang perlu mereka buat setelah mereka terjaga.
  8. Disebabkan itu mereka boleh berbuat apa sahaja biarpun melanggar fitrah seorang manusia. Berbohong, menipu, meniru, ciplak. Namun mereka kata, itulah persaingan yang agresif.
  9. Biarpun mereka memanggil-manggil cabaran datang dalam kehidupan mereka untuk mereka tunjukkan kehebatan mereka, banyak dikalangan mereka jatuh tersungkur dan tak bangun lagi.
  10. Sedikit dikalangan mereka yang berjaya. Dan semua orang tahu senyuman puas mereka palsu. 
Sekian.