Assalamualaikum w.b.t
- Ini bukanlah luahan perasaan atau kritikan. Ini sebuah nasihat. Anggaplah sebuah nasihat murni daripada seorang yang lebih tua.
- Aku ini bukanlah orang yang banyak ilmu tapi apa yang boleh aku tawarkan hanyalah pengalaman sedekad dua dalam kehidupan.
- Zaman ini orang mula mencari agama. Hari ini ilmu agama tidak datang sekadar ilmu. Ianya datang pakej dengan kuasa, pengaruh, kekayaan dan segala yang dapat menarik dunia bersama dengannya.
- Aku sendiri impressed dengan berapa ramai anak muda diluar sana yang menguasai ilmu agama lebih hebat daripada aku. Mengorbankan dunia mereka untuk jalan dakwah dan agama ini.
- Namun aku ada sedikit berbeza sejak datang perangai suka mentahzir orang lain yang berbeza. Aku faham sangat jiwa-jiwa muda yang sedang memberontak, jiwa-jiwa rebelius. Mereka suka nak berkata apa sahaja, dalam semua benda, dan suka dilihat berbeza daripada orang lain.
- Disini aku faham kenapa orang-orang tua dahulu suka menasihat kepada orang muda untuk kawal perasaan & darah muda mereka.
- Sebagai penuntut ilmu sepatutnya elakkan daripada sifat suka mengkritik semua perkara sekalipun bukan bidang yang kita tidak tahu, atau mungkin sekadar tahu-tahu daripada pembacaan melalui internet, dengar kawan-kawan bercerita.
- Setiap yang kita tulis di laman sosial akan menjadi rekod.
- Seperti mana aku sendiri. Gelak keluar air mata membaca tulisan-tulisan tidak matang aku di laman sosial 5-6 tahun dahulu.
- Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita terdahulu.