Bismillah.
Assalamualaikum.
1. Semua orang mengadap telefon pintar masing-masing. Mereka mungkin tak sedar apa yang berlaku di sekitar mereka.
2. Ada dua orang kanak-kanak berlari-lari di sekitar kawasan ini. Kakak mereka mungkin, memantau dari jauh. Ibu mereka mungkin, tengah menelaah telefon pintar juga. Aku tertarik dengan kasut lampu yang dipakai salah seorang budak yang berlari-lari tadi. Boleh masuk dalam wishlist nak beli untuk anak aku. Oh! Dia merangkak bawah kerusi pulak. Dah macam askar.
3. Beberapa orang mat bangla duduk di belakang aku. Mereka tak tengok telefon pintar. Mereka bersembang dan memerhati orang lalu lalang. Aku pernah bersembang dengan mereka. Mereka suka bermusafir. Berjalan-jalan dan melawat kawan katanya.
4. Ada juga beberapa keluarga lain duduk di sekitar kawasan ini.
5. Bila aku bermusafir, aku selalu berharap dapat berjumpa orang yang aku kenal atau dia kenal aku. Kawan-kawan lama zaman belajar. Banyak kali juga pernah terserempak dan bersembang lama. Ambil tahu perkembangan masing-masing.
6. Ramai juga sebenarnya orang kampung aku di Kuala Lumpur.
7. Kerusi aluminium di sini memang design standard di semua tempat kerajaan. Cuma, disini mereka buat inovasi. Mereka letak palang besi yang lebih kuat. Kalau design asal tak ada palang besi. Memang tak sampai sebulan hancurlah kerusi itu. Contractor/supplier dia dah kaya dah. Barang tak ada kualiti.
8. Aku tertinggal buku yang sedang aku baca di rumah. Bosan. Penantian itu satu penyiksaan. Betul.
9. Lagi 30 minit kalau ikut jadual.
10. Sudahlah. Aku nak ke tandas. Perut memulas.
Sekian.
--
TBS
Kuala Lumpur