Assalamualaikum w.b.t
- Sebelum aku terlupa sebab dah 3 hari berlalu aku disuntik vaksin COVID-19. Aku nak cerita dan rekod pengalaman aku dekat sini.
- Kalau diingat semula aku ni kira berjuang jugak nak berebut booking vaksin AstraZeneca (AZ) yang ditawarkan buat kali kedua selepas tawaran kali pertama habis dalam masa 2 jam. Dahsyat. Aku tak sempat bukak pun nak buat booking masa tu. Kekesalan tu tak terasa sangat sebab masa tu aku tak berapa ambil pusing pasang vaksin ni. Dan masa itu tengah viral yang AZ ni ditolak oleh 40 buah negara.
- Namun alhamdulillah. Takdir yang ditentukan Tuhan. Hj. Zainal Rashid Ahmad (ZRA) ada pulak cerita pasal vaksin AZ ni dekat Garasi TV, sesi stream COVID. Jadi diberi pencerahan oleh Hj. ZRA rupa-rupanya vaksin AZ bukan ditolak, tapi belum diterima. 40 buah negara itu masih dalam proses mengkaji walhal vaksin AZ telah pun diluluskan oleh WHO. Kemudian perkara ini menjadi viral kerana Eropah yang cuba monopoli AZ ni cuba untuk merosakkan imej AZ di mata dunia.
- Alhamdulillah dalam pusingan untuk booking vaksin kali kedua aku mendapat tarikh 26 Julai 2021. Situasi masa nak booking vaksin tak payah cerita. Macam berperang. Dengan tekan punya tekan tak keluar apa-apa. Tarikh yang hujung minggu semuanya sudah penuh. Aku buat pandai sikit aku ambil tarikh-tarikh paling hujung. Alhamdulillah, itulah aku diantara orang yang paling lambat disuntik vaksin dos pertama dalam kumpulan kawan-kawan aku sama ada dirumah atau dipejabat.
- 26 Julai 2021. Aku bersiap memandu ke dewan peperiksaan Universiti Malaya (UM) untuk temujanji pukul 9 pagi. Malam sebelum vaksin aku tak boleh tidur. Tak lena kot tidur. Pukul 5.30 pagi aku dah terjaga. Aduh.
- 30 minit sebelum pukul 9 pagi. Aku dah siap. Ada orang cakap lepas vaksin mengantuk, ada yang cakap lepas vaksin lapar. Jadi, aku makan dulu ketupat palas sebiji dengan beberapa keping biskut. Minum air kosong satu cawan. Lebih kurang 8.45 pagi baru aku keluar.
- Pukul 9.10 pagi aku sampai di parkir depan dewan PPV UM. Ikut saja tanda jalan di dalam UM. Insyaallah akan sampai tepat ke parkir kawasan PPV. Masa aku sampai, dah ada orang balik pun. Jadi, takdalah awal sangat pun. Cuma masih belum ramai orang sebab masih awal pagi. Nak masuk ke dewan PPV kena scan MySejahtera dan ada pegawai berpakaian tentera menunggu di depan pintu masuk. Beliau semak profile dalam aplikasi MySejahtera untuk pastikan aku berstatus risiko rendah. Dan beliau jugak semak tarikh dan tempat vaksinasi untuk pastikan aku berada di tempat dan tarikh yang betul.
- Dah masuk dalam dewan aku diberi nombor giliran. Nombor giliran ini membawa aku daripada kaunter ambil borang, isi borang, suntik vaksin dan semak borang akhir sebelum aku boleh menunggu 15 minit untuk pemerhatian selepas disuntik.
- Alhamdulillah walaupun tarikh aku mendapat dos pertama agak lewat berbanding orang lain tapi masih ramai kawan-kawan yang aku kenal belum mendapat tarikh pun lagi. Dan SOP suntikan sekarang lebih telus dan membenarkan penerima suntikan vaksin merakam. Siapa nak rakam, siap sedia kamera korang sebab yang menyuntik vaksin akan tunjuk dos dalam jarum kemudian terus cucuk. Dia takkan tanya korang nak rakam ke tak. Ada beribu orang lagi dia sunti. Dia takda masa nak tunggu korang bukak aplikasi kamera atau adjust filter.
- Lepas suntik vaksin aku balik rumah macam biasa. Nak kata kesan dia macam mana susah sebab hari pertama aku tak rasa apa-apa langsung. Lengan kiri adalah rasa janggal sikit. Tapi tak rasa pening, demam dan sebagainya. Masuk hari kedua barulah semua tu muncul. Tak boleh buat apa haritu, sampai terpaksa makan panadol. Alhamdulillah hari ketiga kembali sihat seperti biasa cuma lengan kiri ni masih rasa janggal. Aku punya dos kedua, bulan september nanti. Hmm
Assalamualaikum w.b.t
- Dua tiga hari ini kecoh tentang perjalanan Ustaz Ebit Lew (UEL) ke Gaza. Bermula dengan isu seorang selebriti yang tak aku kenali, Caprice. Kemudian, nama-nama lain juga terlibat seperti saudara Firdaus Wong dan Ustaz Nadir al-Nuri (UNN).
- Semasa Caprice buat kecoh. Aku tak ambil port sangat sebab aku nampak isu ini isu picisan saja. Isu ambil gambar, isu bayaran kepada wakil mesir dan sebagainya. Sehinggalah tular tulisan UNN yang menyatakan secara agak teliti apa yang beliau lalui sewaktu berkomunikasi dengan tim UEL daripada persektif beliau sendiri.
- Aku masih tak berapa ambil kisah sangat pun tapi aku baca sampai habislah apa yang UNN tulis. Dan aku rasa wajar UNN bertanya beberapa soalan yang perlu dijawab sendiri oleh UEL. Sikap UEL dan tim beliau yang bertindak berdiam diri adalah sangat tidak wajar. UEL perlu tampil memberikan penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan.
- Semalam kes ini menjadi hangat apabila UEL mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Sudah. Kenapa pula UEL mengambil pendekatan begini. Laporan polis dibuat kepada siapa. Aku pun mula tak senang duduk. Yalah, kes ini sedikit sebanyak memberikan gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri.
- Diikuti pula oleh sidang langsung UEL cuba menjawab segala pertanyaan yang perlu beliau jawab. Aku agak kecewa cara UEL menjawab. Walaupun aku agak memahami mungkin beliau sedang dalam tekanan dan tidak terlepas beliau untuk melakukan serangan-serangan peribadi kepada UNN dan pada masa yang sama cuma menunjukkan beliau lebih bagus daripada UNN.
- Telahan aku, jawapan UEL sebenarnya bukan menjawab tetapi membuka kepada lebih banyak persoalan lain. Isu kemana dana yang disalurkan kepada persatuan NGO yang diasaskan oleh beliau.
- Bagi aku, isu audit NGO ini bukan isu baru. Ianya isu lama yang muncul dan tenggelam. Aku ingat satu ketika dulu. Mungkin sekitar 2010-2015 isu yang sama pernah muncul. Mungkin tidak ada nama yang dipetik, maka isu ini akhirnya hilang macam tu saja. Orang Malaysia macam itulah. Bukan nak selesaikan isu. Bila isu baru naik, mereka hurung pula isu baru lupa isu yang lepas masih belum selesai.
- Pendapat aku? Aku sokonglah, memang perlu semua NGO diluar sana buat audit. Ini termasuk pusat-pusat tahfiz, rumah-rumah anak yatim. Ini bagi menunjukkan ketelusan dalam mengurus dana sumbangan orang ramai. Dan mengelak mereka yang tidak bertangunggjawab ambil kesempatan dengan kemurahan hati orang-orang Malaysia.
- Aku pernah bersembang dengan seorang pegawai yang kerja dengan JKM. Beliau bagitahu, ada banyak rumah-rumah anak yatim yang popular sebenarnya tidak diurus dengan baik. Mungkin sekadar pengurusannya pandai main perkataan dalam kertas kerja. Pandai menampakkan kredibiliti mereka. Hakikatnya, dana tidak diurus dengan baik.
- Dalam isu UEL dan UNN ini. Ada baiknya, keduanya memberikan penjelasan yang penuh. Jelas lagi bermakna. Bukan bermain emosi, isteri menangis, anak menangis. Islam tertegak dengan hujah.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t
- November atau Disember ini insyaallah, isteri aku akan melahirkan anak ketiga kami. Insyaallah lengkaplah trilogy keluarga kami.
- Dalam dilema sekarang ini adalah situasi pendemik yang sedang kita lalui. Aku tak masih tak dapat bayangkan macam mana proses, nak pergi sana. Nak bergerak pergi balik ke hospital dan sebagainya.
- Pada mulanya aku cadangkan kepada isteri. Bersalin lah dekat Andorra. Mula macam setuju tapi setelah difikirkan dan isteri aku ni ada background medical dan ada pengalaman bekerja dalam bidang yang sama. Yang dia fikir bukanlah nak selesa yang melampau, bersalin dekat hospital cantik, boleh update dalam instagram dan FB.
- Dia hanya nak hospital yang betul-betul hospital. Bukan hospital yang sekadar yang sekadar nak jadi popular. Hospital ada ada pakar yang betul-betul pakar. Hospital yang ada segala kemudahan sekiranya berlaku kecemasan. Hospital yang ada bank darah sendiri. Sekiranya berlaku perkara yang tak diingini. Sekurang-kurangnya hospital akan mengambil tangunggjawab.
- Isteri aku cerita, biarlah di bersalin di hospital yang tidak disebut namanya oleh segala influencer, instafamous, asalkan hospital tersebut tak akan menyusahkan keluarga beli berlaku kecemasan. Mereka boleh buat keputusan dengan pantas dan tidak lepas tangan sehingga akhirnya tolak kes ke hospital kerajaan kerana tidak boleh atau tidak cukup kemudahan untuk menyelesaikan kes kecemasan.
- Jadi aku mengambil stand sebagai seorang suami. "Baiklah, awak pilih sendiri hospital mana yang awak nak bersalin dan doktor mana yang nak attend awak. Saya sokong."
- Buat masa sekarang isteri aku cuma aim, KPJ Damansara untuk dapatkan khidmat Dr Imelda Balchin.
- Wow! sapa tak kenal Dr Imelda Balchin. Seorang doktor yang lantang menentang doula, antivaksin, penjual produk-produk kesihatan jalanan.
- Saya okay sahaja. Takpa. Kita pergi dulu KPJ Damansara. Dapat ke tak Dr Imelda masih belum tahu. Takpalah. Kalau tak dapat pun isteri saya okay. Kurang-kurang KPJ Damansara adalah hospital sebenar.
- Satu lagi yang merunsingkan. Nama anak ketiga ni. Aduh!
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t
- Dua malam lepas, aku bersembang dengan isteri aku yang seorang tu. Melayan dia meluah perasaan dan aku pun tambah sikit cerita-cerita aku macam kita orang lelaki melepak bersembang dengan kawan-kawan dekat kedai mamak.
- Sampai pukul 4.00 pagi kami menyembang. Anak-anak lelaki yang dua orang tu pun sambung main tak ingat nak tidur.
- Aku tak tau benda ni adalah kekurangan aku atau aku saja terasa sebab aku sibuk tak dewa due minggu pertama bulan July ini. Aku kena siapkan laporan quarter 2, aku kena siapkan presentation pack untuk WLT untuk COELT. Lepas tu ada pulak benda yang aku kena kumpul data, buat kira-kira dan sekali lagi buat laporan lagi untuk pihak yang lain pula.
- Dimasa yang sama kes sah positif covid-19 di bangunan kediaman aku meningkat. Aku memang sibuk sampai aku abaikan kebanyakkan mesej dalam group whatsapp JMB. Mujur ada Khairemi dan Kishen yang aktif.
- Balik pada cerita aku bersembang dengan isteri aku. Aku ceritalah, aku rasa macam aku dah faham kenapa orang yang sikit berduit, kerja dalam eksekurif keparat ni selalunya anak 1 orang, anak 2 orang saja.
- Sebab orang macam ni lepas habis waktu pejabat pun kerja dia masih tak siap-siap. Sambung pula buat kerja waktu malam sampai lewat pagi. Esoknya, awal-awal pagi, dah kena bersiap ke pejabat pula.
- Masa bila nak tengok kerja sekolah anak? Masa bila nak bawa anak pergi main? Jadi perasaan tidak selamat kalau ada lebih ramai anak tu berlaku. Takut-takut anak-anak terabai.
- Perkara ini mungkin ada kaitannya dengan bab tawakal. Aku respect orang-orang yang kita tengok tidaklah berduit sangat tapi tahap tawakalnya kepada Allah sangat hebat. MasyaAllah.
- Aku cuma meluahkan apa yang aku fikir, kepada isteri aku. Mungkin itulah sebabnya orang-orang berduit ni anak mereka kurang. Kerana masa mereka dipenuhi dengan kerja. Nak beribadah, dengar kuliah pun kena curi-curi masa. Astaqfirullah.
- Semoga Allah ampunkan aku.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t
- Sakit pinggang aku, makin menjadi pulak sejak dua minggu kebelakangan ini. Setiap pagi lepas aku bangun, dah masuk kerja satu dua jam, mesti kena pergi baring dengan bantal bawah pinggang.
- Lepas 1 jam baring dengan bantal bawah pinggang. Alhamdulillah lega pula. Dah boleh berdiri dan tak ada lagi rasa berdenyut-denyut.
- Aku ke pejabat pengurusan Sabtu lepas. Tandatangan dua cheque penting untuk mula kerja pemasangan CCTV dan penapis induk air bangunan rumah ini.
- Teringat berperang dalam AGM semata-mata nak menjawab dan meyakinkan kelebihan penduduk untuk mendapat undian memasang penapis air induk.
- Balik kepada cerita sakit pinggang ini, aku bagitahu Khairemi, salah seoarang ahli jawatankuasa penduduk. Bakal chairman seterusnya tu. Khairemi pulak bagitahu aku yang kawan beliau ramai dah kena slip disk sebab tidak menjaga ergonomik kerja dirumah. Ah sudah!
- Aku mula risau, kemungkinan aku pun kena slip disk ni. Sebab setiap pagi aku duduk, memang sakit pinggang aku menjadi-jadi.
- Mulalah pengembaraan aku mencari kerusi pejabat yang aku baik untuk aku bekerja di rumah. Dulu aku dah study kerusi mana yang aku nak beli. Aku dah masukkan dalam cart shopee aku.
- Sekali ada satu hari tu, sampai kerusi ala-ala gaming ke rumah aku. Isteri aku yang tersayang seorang tu beli buat surprise. Mungkin beliau kesian dekat aku sebab duduk atas kerusi plastik kenduri kahwin tu saja.
- Dah isteri beli, okaylah kita guna sajalah. Aku pun dah remove kerusi yang aku nak beli tu daripada shopee cart aku.
- Kerusi yang isteri aku beli ni, rupa-rupanya fabrik dia hanya sesuai untuk bilik yang punya penghawa dingin. Kalau jenis bilik rakyat marhaen yang hanya ada kipas siling ni memang berpeluh duduk atas ni. Dan setelah lebih 8 bulan guna kerusi ni, mungkin sebab berat aku pun jenis lebih muatan, maka span kerusi pun dah jadi nipis. Sekarang aku tengah study semula nak beli kerus pejabat yang proper jenis mesh sebiji macam pejabat punya.
Sekian.