Tuesday, November 30, 2010

moral dah down

hari nie malas giler....
ngantuk...Zzzz
moral dah down...
esok last paper...
otak pikir nk balik umh jer...
barang xkemas ag...
last2 nie...jadi malas plak...
walhal sikit jer lagi nieh...
someone out there help me...
bring me back to reality...

Monday, November 29, 2010

kebaikkan dari seorang kawan

hadith al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

"diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau beju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"

seperti tergambar dalam hadith diatas. penulis juga merasakan sesuatu seperti ini. tersentak seorang rakan menyuarakan sesuatu petikan ilmu dari sebuah hadith rasulullah mengenai cinta dan perkahwinan. betapa penulis menyedari penulis begitu jauh dari realiti cinta dunia. dalam erti kata lain tidak bersedia dengan segala ilmu. masih cetek ilmu penulis tentang sebuah percintaan ini. terima kasih si penjual minyak wangi.

panjang umurnya. baru disebut tentang dirinya. dia call penulis :

penjual minyak wangi : hello, aku kt kedai buku nie, aku jumpa buku yg kau cari..
penulis : aku dah beli dah..
penjual minyak wangi : owh..ok..

so bagaimana korg? penjual minyak kah korg atau hanya tukang besi untuk rakan2 anda? fikir2kan.

aku, gadis berbaju kurung dan roze


aku a.k.a penulis masih disini untuk last paper kemudian terpaksa balik sekejap ke kedah dan kemudian berangkat ke kL untuk agenda seterusnya, industrial internship. excited, takut, gelabah, mcm mana nk survive dsb.

Kuala Lumpur senyummu
di pagi hari
sungguh bererti
kerna cinta bersemi
setelah kemarau panjang...
-alleycats-

so sampai sana nnt kta tgk, bererti ke x senyuman si kuala lumpur nie. hopefully dpt kawasan rumah yg selesa dan jiran2 yg baik2.

gadis berbaju kurung dari siri love request. agak mengarut untuk menulis psal dia sbb penulis pun xtau dimana dia skunk. maybe di rumah, di malaysia atau di luar negara. bagaimana keadaan dia pun penulis xtau. isi hati? lg39 la penulis xtau kan.

si roze plak hidup dalam taman dia. ntah kembang mekar atau layu. tp tetap mekar katanya cuma belum bersedia untuk dihadiahkan pada si gadis. takut belum cukup mekar untuk diterima. cuakk ke wei? t mlepas la roze, jadi lah dikau sekuntum "lantara camara". hahahaha...

kerana korg berdua ak wat label "love request nie" tp skunk korg senyap. so ak nk tutup panggung. xmo citer sal korg arhh...touching la camni...

Sunday, November 28, 2010

siapa kita...salaf atau khalaf?

aqidah nie bukan perkara main2 dalam Islam. sebagaimana iman kita hanya kepada Allah yang satu yang mesti tetap begitu dalam apa jua keadaan pun. jika tersalah langkah, tersalah bicara dan kepercayaan, terbatal lah iman kita sebagai muslim. jadi perkara2 berkaitan dengan akidah ini jgn39 dibuat main2 k. penulis mendengar desas desus yg ada pertelingkahan dikalangan beberapa orang dikalangan masayarakat sekeliling tentang isu salaf dan khalaf. mana yang betul dan mana yg salah.

sblom tue meh kta tgk dulu definisi keduanya:

salaf
orang orang islam yang pertama atau terdahulu yang semasa dengan Rasulullah S.AW, para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in yang mendalam keagamaannya lagi soleh. yang mengambil pendirian tafwid. dan golongan ini hidup dalam 3 kurun pertama Hijrah (sehingga 300 hijrah).

khalaf
orang orang yang kemudian yang hidup selepas 300 hijrah yang mendalam rasa keagamaanya lagi soleh serta mengikut ajaran Rasulullah S.A.W namun mengambil pendirian takwil.

ok dah tgk definisi dah. sebenarnya tiada isu pun yang perlu dibangkit kan antara kedua golongan ini kerana keduanya ialah Ahlil Sunnah Wal Jamaah yang mana iman mereka tidak terjejas. cuma yang membezakan kedua golongan ini adalah jangka masa mereka hidup (zaman mereka) dan cara mereka menafsir ayat2 Mutasyaabihat)

Ayat-Ayat Mutasyaabihat dan Muhkamat
  • secara mudah untuk difahami ayat mutasyaabihat ialah ayat2 al-Quran yang samar2 dan tidak terang maksudnya.
  • ayat muhkamat plak ialah aya2 al-Quran yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya.
dari segi perbezaan menafsirkan muhkamat tidaklah menjadi masalah kepada kedua2 golongan salaf dan khalaf kerana ayat muhkamat yang jelas dan terang maksud serta maknanya sangat dipersetujui oleh kedua2 golongan tafsirannya.

namun dari segi menafsirkan ayat2 mutasyaabihat pula ada sedikit perbezaan. ingat! perbezaan yer, bukan perselisihan atau pertelingkahan. golongan salaf mengambil pendekatan tafwid iaitu menyerahkan sahaja makna maksud dan makna ayat tersebut kepada Allah. dalam erti kata lain mereka hanya menerima sahaja dan tidak memberi apa2 tafsiran kepada ayat tersebut. mereka berpendapat bahawa Allah jualah Yang Maha Mengetahui akan maksud ayat tersebut.

manakala golongan khalaf pula mengambil pendekatan takwil iaitu memberi tafsiran yang sesuai dengan keagungan Allah kepada ayat2 mutasyaabihat. namun tafsiran mereka tidak menyimpang dan diguna pakai sehingga sekarang oleh sekalian muslim di dunia. tafsiran mereka ini bersesuaian dengan zaman mereka hidup dimana timbul pelbagai isu dari kumpulan2 yang ingin memesongkan akidah muslimin seluruh dunia dengan memutar belitkan ayat2 mutasyaabihat. golongan khalaf menafsirkan ayat2 mutasyaabihat untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

basically tiada isu pun yang nk dibangkitkan dalam citer antara salaf dan khalaf nie sbb keduanya benar dan tidak menyimpang dari ahlil sunnah wal jamaah. dan tidak ada isu pun tentang siapa sesat dan siapa xsesat.

so nie lah serba sedikit yg penulis tau untuk pembacaan lebih mendalam sila baca di Islamic e-book.

-mereka dah cukup mempolitikkan harta, rakyat dan kepercayaan tp tolonglah jgn nk politikkan agama untuk kepentingan sendiri. umat Islam skunk sudah cukup terbelit untuk diputarbelitkan-



Friday, November 26, 2010

aKu hENsEm...

muka yang hensem begini dikata promoter kedai? ke ada muka murah rezeki dlm bisness berbentuk jualan? atau kesemua perempuan mmg akan tertarik untuk meminta tolong kepada lelaki hensem saja? kalau xhensem pown mybe muka baik dgn penuh kasih sayang dan innocence...

kisah pertama : (2009)

gadis cina : tolong cali ini kasut saiz 6?
penulis : owh sorry, sy bukan jual sini, errr..cba tnya kt akak tue...(sambil tngn menunjuk kepada pekerja kedai kasut)
gadis cina : owwhhh sory2...=)
panulis : =)

kisah kedua : (2009)

lelaki berbaju hitam : bro, ada tiket parking?
penulis : ehh sy bukan jual tiket parking...tue haa kt kedai serbaneka depan tue
lelaki berbaju hitam : owh ok...(blah tanpa perasaan bersalah)

kisah ketiga : (2009)

wanita pantai merdeka : adik, tolong amik beg nie boleh dak? kak nk tgk... (tgn menunding pada sebuah beg tergantung di atas kepala)
penulis : owhh saya bukan keja sini...
wanita pantai merdeka : owh hahahaha...bukan?
penulis : =)

kisah keempat : (2010)

gadis bertudung : saya nk topup maxis rm10
penulis : huh?...(tunjuk kt brother jual topup kedai celcom yg bru kuar dr bilik belakang kedai)
gadis bertudung : upps, sory39...=)
penulis : =)

kisah kelima : (2010)

wanita africa : excuse, can i get size 4?
penulis : ...(geleng kepala sambil tunjuk kt akak promoter sebenar yg tgh susun kasut kt sebelah)

xcukup ag lima cerita? mmg muka penulis nie ada nur mcm penjual kt kedai k? or penulis memiliki aura tarikan untuk mereka2 ini merujuk kepada penulis? fenin fenin fenin...

Wednesday, November 24, 2010

hujan bunga di pasar malam

jiwang jer bunyi tajuknyer...mestilah postnyer pun ala ala jiwang mcm encik duwe kan kan kan?hehehe.

penulis: bukanlah jiwang laaaa...nie namanya romatika de amour

ayat standard penulis dalam menepis kecaman "jiwang". ok xnk citer pasal tue. citer kt sini sbenarnya ialah selepas kish dlm post bawah nie. aisyeh leyh plak wat sambung2 hehehe. dah balik bilik sume nk release tensionlah kan. sorg nie, dgn pelik sepelik alam, xpernah dibuatnyer, ntah buang tabiat gamaknyer bdk nie.

zul: jom2 pasal malam jom.

sungguh, penulis mendengar dgn telinga, mulut, hidung, mata kepala penulis sendiri. then xpelah. ktorg ok jer, pape pown solat asar dulu sujud bersyukur kepada Allah atas apa yg berlaku sebentar td. pasti ada hikmahnya.

"...barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)."
(at-Talaq:2-3)

so bbdk PE jgn bnyak sngt komplen, insyaAllah ada rezeki untuk kita tanpa kita sangka. amiiin
=)

kmi bergerak ke pasar malam. langit mendung, dah ase dh mcm nk hujan jer jad ag nieh. skali beru jer jalan masuk pasar hujan lebat ckp kau. haaaa berlari la masuk bawah bumbung kaki lima deret kedai kt situ. urmm camner nk beli makanan nie, org dtg ptg nie nk release tension nk beli makanan yg sedap2 banyak2 hehehe. hurmm berjalan je la ke hujung mana tau jap ag hujan berenti agaknya.

menunggu kt depan bank islam. heheheheh part nie paling best nak citer nie. masa tue hujan lebat tp xlah lebat sngt2. dari jauh penulis nampak sepasang suami isteri romantik gitu, jalan2 sambil pegang tngn, pkai baju sama warna (ala2 couple shirt) sambil sembang n melewati kedai berdekatan. si suami tue lelaki macho berjanggut, yg isteri plak pkai tshirt muslimah bertudung hitam. siyes nmpak mcm pasangn baru kahwin. korg mst dpt bayang kn kn kn kn?


skali hambik kau hujan lebat dgn tetiba beserta angin kuat. si suami drastically, peluk isterinya, lindung dari hujan lebat tue sambil dengan tangn kosong, payungkan kepala si isteri dari terkena hujan yg lebat secara tiba2 hehehe. waaaa saluttlah sama lue brother. nie wat penulis xsabar nk kahwin nie hehehe (gatey). but perkahwinan tue dtg dgn memenuhi hak, tanggunggjawab dan permintaan cinta. penulis belum bersedia 100% kerna masih dlm perjuangan cita2. smoga segalanya berjalan lancar.

yang menariknyer. hari 25 november 2010. penulis ke TF Value Mart ngn remi n loco. sekali terserempak plak pasangan suami isteri yg sama. "hujan bunga di pasar malam". tp hari apa plak yer nk bagi theme untuk diorg nie. but pembawakan mereka masih sama. mesra giler. wahhh tabik la ngn abang ngn akak yg menonjolkan keindahan berumah tangga kt org ramai. smoga rumah tangga abg n akak akan sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan Allah dan berkekalan sampai syurga.

so korg..ada ke jumpa pasangan yg mcm nie??haaa=D hehehe...

bbdk PE di"TEST" di "WELL TEST ANALYSIS" paper

nk citer pasal ptg td. td ptg ktorg bbdk PE ada paper WTA(well test analysis). dan termaklumlah di kepala otak sumer bbdak PE bahawasanya paper nie adalah open note atau dgn bahasa mudahnyer. paper nie leyh wak masuk note dlm exm hall. but sume bbdk PE n hikayaterz khususnya study sampai berdarah jgk la hidung sal, soalan nk kuar tue akan makan masa yg lama untuk dcyapkan.

but nk djadikan cerita, bukan nk jd cerita jer. dah mmg btol2 terjadi dah pown. masa ktorg nk masuk exm hall, encik Guard berbaju biru muda tahan ktorgggg. gilorh apa ag, cuak la mereka2 ini cz rumus n formula yg berjuta tue tidak pernah dihafal cma ditulis dlm note saja. kononya leyh wak masuk note dlm exm hall. namun en Guard xbleyh jgk nk disalahkan cz beliau cuma menjalankan tugas n beliau juga tidak menerima apa2 arahan dr exm unit. maka kontroversilah bbdk PE kt depan pintu cermin chancellor hall tue.

ben yg duduk kt tiang lampun, dengan slumber : relax relax...

afiq yg jgk terduduk kt situ sdg mengira berapa kepala yg basah pd hari itu. haaa td sapa yg slalu sngt ckp "kalau2..." kn afiq dah bg ceramah

afiq: kalau itu perkataan syaitan.

sumer muka sadis jer. but at the end ktorg dpt masuk jgk, 15 min lewat. tuepun slepas Dr Birol yg dikasihi dihantar ALlah, dtg menyelamatkan ktorg. then lepas exm, ada yg muka senyum2 qusyer, ada yg cam nk menangis pun ada. sbb mostly ramai yg xsempat siap. balik suma cam tragis jgk la kisah paper wta nie. hehehe tp ntahlah nape pnulis mcm relax giler...walhal xcyap gak 1 soalan. ada smtg wrong ngn hati ni kowt.

penulis : hati ko jgn nk wat hal plak. kang susah, kta dah susah cari ubat skunk nie. plaster pown ad beberapa keping jer.

Monday, November 22, 2010

apa ah tajuk nak letak untuk post nie? "lelaki lembowt" ok x?

di suatu ptg, ketika penulis tgh menunggu makanan yg ditempah di kedai mamak sambil bersembang2 dengan zul. wahh ramai jgk org kt tmn maju ptg2 mcm nie. ada beberapa org mat motor tgh lepak bawah pokok kt seberang jalan sana. ada jgk 3 org gadis berbaju pink ketat (baby-t hampir nampak bahagian bawah lengan), berseluar jeans sendat (carrot cut), dekat bus stop, jgk kt seberang jalan sana.

"streeeeeeettttt"(ini sound effect) ehhhhh silap, bukan gadis laaaa. lelaki la tue tue, kaw nie sedap mulut jer tau, marah mak~.

lambakan lelaki lelaki lembut di malaysia kini semakin menjadi-jadi, banyaknya mereka dikalangan kita bukanlah masalah sebenarnya. tapi ramainya 'mereka' yang berfesyen, berperwatakan, bercakap, berkelakuan, beraksesori seperti wanita. mereka2 yg begini yg menimbulkan masalah kepada kita. aissshhhh apesal skema plak ayat penulis kt perenggan nieT-T.

isu lelaki lembowt nie, isu apa arh? isu polittik k? owh~ tak nie isu kekeluargaan patutlah mcm xdihiraukan kt negara yg gah dgn politik nie, walhal politik pun hancus. kta org 'biar papa asal bergaya". biar masyarakat kita papa dgn budaya, agama dan moral asalkan pemimpin kita lantang berpolitik. nampak cool kn?

citer pasal hukum plak xyah cakapla, asenye suma org tau, HARAM hukumnya mana2 lelaki menyerupai perempuan dan begitulah juga mana2 perempuan menyerupai lelaki telah disahkan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan.

namun disini penulis menulis bukanlah untuk menghukum atau menganjurkan kita semua memulau atau membenci semua lelaki lembut. bukanlah kesalahan dan kehendak mereka untuk dilahirkan seperti yang demikian, pasti mereka juga ingin nampak cool, hensem dan menjadi pojaan hati ramai wanita, cuma hajat mereka belum lagi kesampaian.

firman Allah S.W.T bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
(at-Tin:4)

lelaki lembut juga manusia biasa seperti lelaki lelaki maskulin lain. cuma mereka datang dengan watak yg lain. mcm dalam kotak pensel warna yang ada pelbagai warna, even kita xsuka beberapa warna dari 12 warna yg dijual, kuning contohnya. kita xdapat elak, mana ada kedai jual kotak pensel warna xda warna kuning. jadi janganlah kita pinggirkan mereka sebaiknya kita menganjurkan mereka kepada kebaikkan. baru la macho ye x?

sebenarnya lelaki lembut ini hanya perlu sedikit bimbingan dan perhatian daripada keluarga, kawan2 dan mereka2 yg terdekat ke arah syariat agar diorg nie xterjebak dalam masalah sosial. kat negara kita nie masalah sosial antara lelaki dan perempuan ngn buang bayi pun tak tertanggung jgn pula nk ditambah masalah sosial lain. hari nie, mereka berani bercium di tepi jalan demi cinta sejati katanya, sanggup tolak kLcc demi pakwe. aiseymen, mcm la bdk laki selekeh tue leyh bg kLcc betol. stakat modal air liur je, adik wa pun boleyh.

balik pada tajuk, hehehehe. so kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang lembut. mereka tetap lelaki dan hukunya juga tetap lelaki. mereka hanya milik perwatakan saja lembut. bungkusannye je lain, tp isinya tetap sama. hukum halal dan haram untuk lelaki biasa sama juga keatas mereka seperti batas pergaulan lelaki dan perempuan, aurat dll. jika mana2 pembaca blog nie, yg terlibat dngn kes nie, bersabarlah, jgn sesekali korg melayan perasaan korg dan menyalahkan takdir, redha dan terus kuat, inspirasi arjuna sentiasa menyokong kamu semua. walau lembut mcm mana sekalipun takwa juga yg dipandang Allah. hindarkan berfesyen sperti perempuan, bercakap pun kasi rock sikit ok=) walopun korg suka layan lagu jiwang hehehe.

"Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu!"."
(Sahih Bukhari)

hurmm skunk nk bincang pasal politik lagi?masalah kekeluargaan nie dah tenat sangt dh kt negara nie. semoga pemimpin2 kita mendapat hidayah Allah dan kembali melakukan terbaik demi memperbetulkan semua ini.

najiyyah : ehh tulisan hg mcm perempuan la
penulis : wehhhh....dah ak tulis mcm tue nk wat mcm mana???

(kalo tulisan menyerupai perempuan kira mcm mana plak?hehehehe)


ada k mcm tulisan perempuan?xda kan...karut arh ko naj...


duwe : karut arhh ko nie..tulisan plak..part nie korg jgn ikut, sesat nnt. tulisan xda kaitan k...

Sunday, November 21, 2010

qusyei : apa punya soalan daaa....

4 orang lelaki sedang study introduction to management. sume khusyuk giler sebab ptg esoknye lah papernyer. acap duduk di kerusi meghadap ke cafe pak kasim, zul mengadap laptop yg sering bertukar2 lecture note n facebook di skrinnya (skrin laptop rosak kowt). qusyei sedang duduk di katil acap dgn gaya "stndard cangkung qusyei". manakala oil plak berbaring kt katil zul sambil mengadap ke dinding, apa ntah sedang difikirkannya.

zul : syei, kalo ko diberi pilihan untuk selamatkan isteri k anak masa isteri opreation, ko nk pilih sapa?
queyei : huhhh???
oil : isteriiii...
qusyei : btol gak, isteri leyh mengandung ag.
zul : lepas operation isteri ko xleyh mengandung dah sebab rahim dia problem.
oil : isteriiii...
qusyei : urmm....
zul : isteri jugak?
oil : isteriiii...
qusyei : apa punya soalan daaa...

sapa yg nk memilih, semua org nk selamat kedua-duanya. isteri merupakan cinta dan tanggungjawab manakala anak merupakan tanda cinta antara suami dan isteri. namun bila berlaku situasi mcm nie (terutama dlm drama melayu). ada yg boleh mnerima dan ada pulak sesetengahnya, tidak dapat meredhai. lalu kisah pahit tersebut menjadi titik bermulanya kehidupan hitam bagi mereka yg tidak dapat menerima takdir ini.

teringat pula penulis kisah ini:

kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk-mabukan, maksiat, berbuat zalim kepada manusia, memakan riba, dan memukul manusia. ku lakukan segala kezaliman, tidak ada satu maksiat melainkan aku telah melakukannya. sungguh jahat hingga manusia tidak menghargaiku kerana kebajatanku.

Malik bin Dinar Rohimahullah menuturkan : Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikurniai seorang puteri yang ku beri nama Fatimah.

aku sangat mencintai Fatimah. setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.

pernah suatu ketika Fatimah melihatku memegang segelas khamr, maka diapun mendekat kepadaku dan menyingkirkan gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku. saat itu umurnya genap 2 tahun. Seakan-akan Allah S.W.T lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.

Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah S.W.T selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. hingga usia Fatimah genap 3 tahun, saat itu Fatimah meninggal dunia.

Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. aku tidak memiliki sikap sabar yang ada pada diri seoarang mukmin yang dapat menguatkanku diatas cubaan musibah. kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya. syaitan pun mempermainkanku hingga datang suatu hari, syaitan berkata kepadaku: "sesunguhnya hari ini engkau akan mabuk dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya". maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamr sepanjang malam. aku minum, minum dan minum. maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.

di alam mimpi tersebut aku telah melihat hari kiamat.

matahari telah gelap, lautan telah berubah ,menjadi api, dan bumi pun telah begoncang. manusia berkumpul pada hari kiamat. manusia dalam keadaan berkelompok-kelompok. sementara aku berada dikalangan manusia, mendengar seorang penyeru memanggil " Fulan ibn Fulan, kemari! mari menghadap al-Jabbar. aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam kerana sangat ketakutan.

sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: "Mari menghadap al-Jabbar!"

kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan tidak ada seorang pun di padang Mahsyar. kemudian aku melihat seekor ular besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. aku pun lari kerana sangat ketakutan. lalu aku mendapati seorang lelaki tua yang lemah. akupun berkata: "hai, selamatkanlah aku dari ular ini!". dia menjawab "wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah engkau kearah ini mudah-mudahan engkau akan selamat!".

akupun berlari kearah yang ditunjukkan, sementara ular tersebut berada dibelakangku. tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. akupun berkata: "apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?". akupun kembali berlari cepat sementara ular tersebut semakin dekat. aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: "demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku". maka dia menangis kerana hiba dengan keadaanku seraya berkata: "aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kerah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat".

akupun berlari menuju gunung tersebut sementra ular akan mematukku. kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak anak tersebut berteriak: "wahai Fatimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!"

selanjutnya aku mengetahui bahwa dia adalah puteriku. akupun berbahgia bahawa aku mempunyai seorang puteri yang meninggal pada usia 3 tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. maka diapun memegang tanganku dengan tangan kanannya dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayat kerana sangat ketakutan. lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.

dia berkata kepadaku :
"wahai ayah, "belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah."
(al-Hadid:16)

maka ku katakan: "wahai puteriku, beritahulah kepadaku tentang ular itu."
dia berkata: "itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahawa amal-amal di dunia merupakan sesusuk bentuk pada hari kiamat? dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal solehmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis kerana kondisimu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kondisimu. seandainya engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak ada yang bisa memberi manfaat kepadamu."

doa Rohimullah berkata: akupun terbangun dari tidurku dan berteriak "wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya. "belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah". lantas aku mandi dan keluar untuk solat Subuh dan segera bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T.

Dia Rohimullah berkata: akupun masuk ke dalm masjid dan ternyata imampun membaca ayat yang sama: "Belumkah datang waktunyabagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah."
(al-Hadid:16)

itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimullah yang beliau kemudia menjadi salah seorang imam generasi tabi'in dan termasuk ulama' basrah. Dia dikenal selalu menangis sepanjang malam dan berkata: "ya Ilahi, hanya engakulah satu-satunya Dzat Yang Maha Mengetahui penghuni syurga dan penghuni neraka, maka manakah aku antara keduanya? ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni syurga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka."

amiklah pngajaran dari kisah ini, janganlah kita bersedih atas segala keburukan yang menimpa apabila kita sedang mentaati Allah. kerana kita bukan memiliki kebaikkan yang kita lakukan. segalanya hanya pinjaman dan Allah jua lebih berhak menentukan takdir esok kita.

Friday, November 19, 2010

friend request


nie kisah org yg add penulis kt fb. stakat nie dah hampir 80 org dah kna reject sejak 6 bulan lepas, xkisah sama ada utp-student,ex-kmph,ex-plkn, ex-smkay, apalagi yg bukan dari mana2 kumpulan di atas dan yg tidak tulis pape kt info di pagenya. nie just nk inform jer, bcoz mybe ramai yg ckp penulis nie sombong sbb reject diorg as a frenz kt fb. "ala fb jer pun" ada jgk yg cko camtu. suka hati korg nk ckp apa, penulis xkisah.

disini penulis nk state beberapa sebab penulis mreject friend request mereka2 berkenaan :

1. letak gambar kartun or gambar pelakon or gmbr2 merepek kt primary photo.
al-maklumlah penulis bukannya ingt sngt nama korg. skalipun korg letak nama penuh korg, penulis tetap akan tgk primary pic korg atau mana2 gmbar kt photo korg. penulis nk tau jgk, sapa yg request friend nie kn. dan sering menjadi masalah kpd penulis apabila korg suka letak gambr kartun shin chan, mikey mouse, sponge bob atau patrick starfish atau mana2 artis dalam atau luar negara kt primary photo fb korg. bila xda gmbr untuk menjadi rujukan maka, minta maaflah yer. xda daya penulis untuk menekan approve melainkan reject atau ignore.

2. tidak meletak nama sebenar dan suka letak nama bukan2.
nie lg satu masalah besar, dah la letak gambar sponge bob. pastu letak plak nama kt fb tue "sponge bob squarepants" xpown letak gambar artis korea mana2 pstu letak nama sesuka hati korg. n ada jgk yg letak nama impian korg(kes nie bnyak berlaku pada girl facebookers) cntoh: nama kt fb "miftahul jamilah", walhal nama sebenar siti atikah. nie contoh je la, yg ada nama nie jgn terasa plak. mana la penulis kenal. letakla nama sendiri, kan mak ayah korg 3hari 3malam bjaga, tnya ustaz nue tnya ustaz nie nk bg nama kt korg. bangga la sikit.

3. info page fb tidak diisi dgn betol atau langsung xtulis pape.
dah tgk gmbr, gmbar mikey mouse, tgk nama xkenal plak. kna la tgk info kt page. click jer, tgk2 larhhhhh harvard university plak, sapa plak member penulis masuk harvard nie. status married tue leyh terima ag la kna. sal bbdk nie mmg gatal tmbh2 bila umur dah meningkat nie. dah tue kalo yg dah keja tue keja perdana menteri la menteri kewangan la. haa yg nie 100% confirm kna reject. xpyah la nk antr msg2 secara pribadi. msg anda tidak akan dilayan.

haaa nie antara sebab2 kenapa penulis xapprove korg, bukan sebab korg xcantik, xhensem walopun penulis mmg sorg yg dikenali sbg lelaki yg demand, alah bukannya nk cari isteri kt fb but tlg la tunjukkan siapa diri anda yg sebenar jika nak request friend ngn penulis. penulis xkawan ngn hantu n makhluk2 misteri. kalo korg nk kawan jgk. peg request kt uncle seekers, dia mybe approve korg pny friend request. hehehe

konklusinya, tue page korg, fb korg, n reg pun gna email korg, so suka hati korg la nk letak gambar apa, nama apa n info pape kt page korg. penulis xkisah, but penulis mst kenal dulu siapa owner fb tue sblom penulis approve. kalo x, minx maaflah yer. sekian renung2kan dan selamat beramal.

Thursday, November 18, 2010

d-i-j-a-n-g-k-i-t-i

huh, dijangkiti. sindrom sukar untuk meluahkan sesuatu. payah mencari perkataan. susah mencari simbolik untuk digambarkan. namun hasrat untuk meluahkan itu kuat. tidak ada yang sudi mendengar. tidak ada yang sudi menkritik. segalanya tersimpan rapi. biar senyuman terukir itu tidak bernilai. insan masih berpura-pura memahami dan gembira dengan kehidupan. masalah tak datang tapi seakan ada menjadi bayang yang tidak putus tika melangkah ke alam cahaya. takkan pula nak masuk dalam kegelapan hanya sekadar untuk lari dari bayang bayang.

Wednesday, November 17, 2010

pengorbanan dikala aidiladha


selamat hari raya aidiladha kepada semua yang membaca. maaf zahir dan batin tulus dari hati dengan harapan yang tinggi, segala kesalahan dalam segala perkara yang pernah berlaku sepanjang perkenalan dimaafi dan dihalalkan segalanya. insyaAllah....(aishhh sejak bila post ada muqaddimah nie)

ok arinie ari raya, seperti yg dunia telah tau penulis xdpt balik beraya tahun nie. but beraya dgn kawan2 khususnya, adalah satu pengalaman yg baru dan smtg yg agak sempoi untuk diceritakan hehehe...ok mcm biasa pagi raya bangun, mandilah sunat hari raya dengan segala tata tertibnya. namun sunat makan sedikit (afdhal dgn kurma) sebelum ke masjid tak dapt dtunaikan kerna tidak ada apa2 untuk dijamah nie yg sedih nie. tp xpe, pengalaman mcm nie wat penulis terkenang walaupun xda makanan untuk dijamah, namun masih ada baju melayu yg agak cantik la untuk dipakai, perfume dan sbgnya. berbanding insan2 lain yg hny mendambakan nikmat2 sebegini.

dah siap, apa ag..fon dipegang untuk telefon insan yg menyayangi dan disayangi (tradisi keluarga penulis, memohon maaf dan ampun kpd insan2 yg dekat di hati dahulu sbelum ke masjid) terutama si ibu yg berada dirumah dan "...". sampai di masjid utp, agak ramai jgk student yg xbalik rupanya. so masuk jela ke masjid. satu lagi sunat yg digalakkan untuk iaitu mengambil jalan yang jauh ke masjid. tp xpela dah peg ngn keta, ikut pilot je la.

khutbah aidiladha, kisah agung Sayyiditina Hajar iaitu ibu kepada Nabi Allah Ismail, yg ditinggalkan oleh suami tercinta Nabi Allah Ibrahim, di tengah padang pasir gersang dan panas tanpa sebatang pun pohon pun yg menyuburi kawasan tersebut atas perintah Allah.

"Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang di hormati, ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur"
(Ibrahim : 37)

Atas dasar keimanan mentaati perintahNya, kawasan kering tidak berpenghuni itu menjadi kawasan yang subur, muncul mata air yang tak pernah kering dan menjadi tempat agung lahirnyanya Islam yg kemudiannya subur di madinah dan berkembang ke sluruh pelosok dunia.

dah lepas solat raya, misi mencari makanan bermula. ku pikir mapley yg dibuka diwaktu hari raya aidilfitri itu beroperasi 365 hari setahun. jangkaan kami meleset. semua kedai tutup, sedih giler. xda makanan di pagi raya. taman maju dan bandar U pun sama. xda kedai yg buka wehh..last2 ke tasik Utp jgk untuk sesi foto dulu (gambar di atas) yg mesti menjadi kewajipan di hari raya nie. N last choice sambut raya ialah makan di cafe Pak Ali. langsung xfeel raya. hurm xpela kira alhamdulillah la tue pak ali bukak dia punya kedai. kalo x kebulur ktorg.

then tamatlah raya aidiladha ktorg yg mmg sederhana. then balik bilik, wat keja masing2 depan laptop mcm biasa. anyway sekali lagi dr penulis, selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin.

Tuesday, November 16, 2010

berdarah ke hidung aku???

assalamualaikum...

huuu lama btol xtulis pasal diri sendiri. slama nie tulis pasal org lain jer. tulis benda2 yg mybe susah orang nak faham dan mmg sngaja xnk korg paham. ttibe mlm nie teringat plak di zaman mula2 berblog kira2 3 tahun lepas. blog nie dah macam diari aktiviti harian. suma aktiviti pagi sampai ptg suma tulis dalam blog. hahaha nak tgelak plak ingt2 time tue. then lpas tue strt matang sikit, tulis sal pendapat, pandangn, sinis dan cerita2 alam realiti dan fantasi.

skunk nie jam tepat 2.48pg. penulis xtido ag, sbb nk qada balik 2 bab yg tertangguh dek asyik mlayan citer inception. ada ag 1 bab nie tinggal, boring2...tulis update blog ckit, urmmm bnyak pun xpe. mlm nie ase cam kureng waras sikit. jiwa kacau...ada beberapa perasaan kurg terbeban di hati. tp xpela boleh tahan ag, sbb kita mesti kreatif dalam menangani masalah hati dan perasaan baru la cool kn=).

hari nie dah hari selasa. esok rabu bersamaan 10 zulhijjah dimana semua umat islam di malaysia khususnya akan menyambut hari raya aidiladha. agak sedih tahun nie coz penulis buat pertama kalinya xdapat balik beraya. dah ada beberapa org tnya "dah ada kt umah k?". aigoo xtau apa akan berlaku esok. nk sedih k gembira, sbb yela kan xdpt nk braya kt kedah. xdpt nk salam cium tngan ibubapa. xdpt nak beraya ke rumah "bulan". bulan pun xtau ag penulis xdpt balik hehehe. sengaja xnk bgtau dia sbb dia xtnya. hurmm sapa swuh xtnya kn.

masih ada beberapa hari ag untuk 1st final paper. but diri nie ase mcm kosong jer. ase mcm xbrapa nk bersedia ag nk jawab exm. xase berapi2 mcm last sem. ntah la mybe bbdk umah atas xdtg menyibuk n bising2 kt umh ktorg ag kowt. so kehangatan exm fever tue bape ase sngt. pastu plak sume org dah pikir2 sal intern. dsbbkn ktorg kna report duty 6/12 nie dan last paper ktorg 1/12. agak kalut la sikit sesetngh dr kami. mcm penulis yg xsure akan umh sewa ag. n ase tkut skit sal sv penulis dgr nama pun dah gerun. harap2 dia sorg yg baik dan cool. amiiinnn.

ape ag nk citer nie haa..urm kalo dilihat penulis skunk nie pun badan dah naik balik. ntah macam mana ntah lepas raya aidilfitri hari tue, badan naik secara mendadak sehingga mmg xpercaya lah. boleh masuk ripleys believe it or not tuee. adush sejak tue jgk la badan nie just macam tue jer, xturun. xleyh makan bnyak2 nie. hurmm, but selera makan time exam nie membuak buak plak. ya Allah selamatkan lah hamba mu yg lemah ini. berikanlah yg terbaik untukku.

urm dah panjang asenyer menulis nie. xpelah sampai kt sini dulu. bila ada ag masa penulis jd xbape waras untuk tulis pasal diri sendiri. kita akan berjumpa ag. mybe 1 atau 2 tahun ag la kowt yerh. urm k la minx diri dulu...nak abeskan 1 bab ag...

assalamualaikum...

Monday, November 15, 2010

how long is forever?

isteri : abang cintakan saya?
suami : mestilah...kenapa dengan awk niee..tetiba jer tanya mcm nie..?
isteri : hurm=)..sampai bila abang akan cintakan saya?
suami : awkkkk...kenapa dengan awk nie sayangg...
isteri : alaaa...jawab dulu soalan saya>.<
suami : hurmmm....sampai bila2....
isteri : sampai bila??humm sampai bila2 tue...sampai bila bang?
suami : alaaaa awk nie...selamanya la...
isteri : selamanya tue berapa lama?

ehem! sudah2 jgn dok berangan ag...apela korg nie, pantang disebut pasal nie...ok. apa jawapan korg untuk soalan macam nie? selamanya tue berapa lama erk? haha =D garu kepala korg nak jawab.

selamanya tue berapa lama? ada dikalangan kita akan menjawab soalan nie secara main2. "selamanya tue sampai bila2 & sampai bila2 tue selamanya la?" atau ada yg jawab dgn slumber "selamanya tue lama lah". kureng punya budak, org siyes nie. tp mungkin ada terfikir jawapan dlm otaknya, cuma mungkin bukan semua jawapan dapat dilafazkan. dia maksudkannya tapi xda perkataan atau nombor untuk gambarkan "selamanya".

dan ada jgk dikalangan kita yang sedikit einstein akan menjawab infiniti. nie lagi satu jawapan yang nampak seakan nak lari dr menjawab. infiniti tue kan adalah jumlah nombor yang terlalu besar hingga xda sebutan untuknya. nampak macam selama lamanya kan. tp ada akhirnya x?kalo inifiniti mesti ada hujungnya. sebab setiap permulaan mesti ada pengakhiran dalam konsep infiniti. pengakhiran inifiniti ialah when there is no space left. contoh macam tulis angka 999...dalam satu kertas. tulislah berapa banyak nombor 9 yang boleh ditulis tp akhir kepada nombor tersebut adalah bila xda tempat lagi nak tulis. sebab tue time always relate to space in science.

so apa jawapannya.?

semua tue adalah diluar kotak fikiran kita. seperti kita sedang menaiki sebuah bahtera ditengah lautan. lautan yang sangat luas dan nampak seakan tak bertepi. ada orang nak sangat jumpa pulau dan akhiri pelayarannya dan ada dikalangan mereka kalo boleh xnak semua nie berakhir. maksud "selamanya" bergantung kepada envi orang yang menaiki kapal tersebut. kalo pelayaran itu xbest, kita duduk dengan orang yang membenci atau dibenci. xda faham memahami, bertolak ansur. maka pastinya kita xsabar nak tunggu "bila la kapal nie nak berlabuh" atau erti kata lain "bila semua nie akan berakhir".

tp kalo pelayaran tue sangat indah, kita terlalu sayangkan semua yang sedia ada, pasti kita berharap ia takkan berakhir. "harap2 kapal nie xkan jumpa mana2 pulau untuk berlabuh" senang citer tue la dia "selamanya". suatu perjalanan yang kita xtau bila akhirnya dan kita xmau ada pengkhiran untuk perjalanan yang indah itu.

so terserah pada individu tue sendiri. dalam sebuah rumah tangga, pasti pasangan suami isteri tak mau tahu berapa lamakah "selamanya" cinta antara mereka itu. tapi bagi seorang banduan yang dipenjara selamanya akan sentiasa berharap akan datangnya penghujung "selamanya" dalam bentuk apa sekalipun.

so pada korg...selamanya tue berapa lama?

Saturday, November 13, 2010

Friday, November 12, 2010

sejenak kisah bersama seorang pemalas

lepas solat jumaat adalah waktu terbaik untuk sambung mimpi sebelum zohor tadi. cuaca pun seakan menyokong niat kat hati nie. redup redup dan berangin seakan berada di kota London la plak hehehe=). tp tekad untuk adjust waktu tidur kembali normal untuk study week ini membuat jiwa ini mencari sesuatu untuk dilakukan biarpun semua perkara tue seakan hanya menbuang masa huhuhu T-T giler buang masa bnyak plak tue. download game masuk phone n main. skunk ada tambah 1 lagi game dlm phone ku yg sememang best hehehehe. hurmm but still ada ase penyesalan kt situ atas sikap membuang masa akibat dari malas yg mula bermaharajalela kt dalam hati ini.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar"
(103:1-3)

rugi owh~ rugi. sapa yang rugi? orang yang menulis nie la sebab banyak buang masa. bagaimana dengan kempen 'Jom study sampai berdarah hidung' yang baru dilancarkan semalam. urmm nampaknya hanya bertahan semalam. macam mana pun malam nie mesti teruskan balik 'study sampai berdarah hidung'. ada ke sesapa nak join? sila angkat kaki kiri anda! hehehe=)

owh apa yang aku merepek nie. aduh bercakap perkara yang sia sia. korg jgn terikut-ikut plak perangai penulis ini ok.

sabda Nabi S.A.W:

"Sesungguhnya seoarang lelaki (atau perempuan) nescaya bercakap-cakap dengan beberapa kalimah tidak melihat bahaya terjerumus dia dengannya (kalimah tersebut) tujuh puluh tahun di dalam neraka"
(Hadith at-Termidzi)

hurm itu 70 tahun di hari akhirat. darab la sama ngn berapa hari kt dunia. Astaqhfirullah..
ok letz get back to 'Jom study sampai berdarah hidung'. bu-bye

awan 6

untuk edisi awan kali nie penulis minx maap sngt2 kt korg cz dlm suma gambar ada bintik2 kecuali gmbar last...bintik2 tue act habuk kt cermin bas...so minx maap bnyk2 k...
abaikan bintik2 tue..






awan 5


Thursday, November 11, 2010

cintaku melayang di awan biru

cintaku melayang di awan biru. saya ada 'sebuah cinta' yang lama dah dok terbuku dalam hati, cinta tue melayang layang terbang riang. bebaih, tak dak sapa dok kacau dia, saya pun senang hati tgk dia mcm tue. saya pun bukan boleh lompat nak tangkap dia dengan tangan, kaki saya luka terpijak apa tak tau dalam kasut masa pi supermarket. nak laghi lagi laa tak boleh. sakit oo. so tak pa la saya kna la tunggu kaki saya lega dulu nak buat apa pun. tapi saya slalu dok berdoa kt Allah, supaya cinta tue terus melayang kat awan biru sampai sempat kaki saya sembuh. saya doa lagi, supaya cinta tue tak dilihat oleh oghang lain. cinta tue akan tunggu sampai saya betoi2 sembuh nk pi tangkap dia.

Friday, November 5, 2010

microphone 12: PE Farewell Dinner

ouwh~ akhirnya berakhir jgk segala events, asg n test untuk sem nie...huhuhuhu. lega asenyer=o. hurm dalam ming2 yg bz dgn testn bnyk report yg nk kna antr nie pun, ktorg (PE) sempat jgk arrange PE farewell dinner. maklumla, sem dpn ktorg sume akn bertaburan ke seluruh malaysia. untuk complete our industrial intership. so nk jumpa masing2 tue agak susah la sikit, so mst terkenang2 jalan peg kelas ramai2 hehehe=). but in the same time excited giler nk g intern...ntah mcm mana la tempat keja, siapa sv n lain2.

pg nie bngn agak letih sbb smlm laa PE farewell dinner tue...penulis sbg committee, of cz la kna peg awal..siap2 ape sume kan..then ok ktorg gerak awal 2jam dr yg lain2. xpe la preparation untk kwn2 jgk kn. dah sampai sna terus set up laptop, projector n segala wayar2 nie lah. then sampai la masuk maghrib. then solat aghrib lue sementara tunggu diorg (PE) dtg. lpas solat, apa ag g tukar baju la kan. mlm tue penulis ase nk pakai blazer cream, roundneck putih, jeans n 1 "rozet" merah(bunga yg lekat kt dada tue) untuk memenuhi tema Red&White Superstar Dinner. urm lain plak masing2 la dgn kreativiti masing untuk pakai baju mengikut tema. then tunggu je la diorg sampai.

hoho, rambut serabut ckit xsmpat nk cyap...nie namanyer 45 degree foto syle...hehehe

sbila suma dah sampai, sorg2 akan lalu red carpet untuk sesi foto. haaaaa possingg la kan...hehehehe=). then tunggu suma masuk kt dlm dewan. event pun mula lepas lama jgk la tunggu. ok this part plg penting. hehehe...penulis ada perasa bberapa mata yg memandang penuli dan mulut yg berbisik2..aigoo apa yg xkena dgn muka ku ini. ada pape yg pelik k? then si remy bg tau "woi baju n style ko sama ngn tuuutttt" (maaf censored nama beliau)...hua hua hua hua..ptut la diorg tgk2 aku...alamakk malunyer...so penulis apa lg tanggal baju tue then kuar g amik sweater penyelamat.

act mybe dia ada pk smtg pasal nie, act penulis xkisah pun kalo baju sama ngn sesapa but dlm majlis nk wat memory camnie tpaksa la. segan plakk...lgpun penulis kn ada lg 1 baju so xpela, penulis tukar. then at last, penulis dpt la smtg valuable, kalo g majlis2 camnie...just pakai apa yg korg comfortable with, sbb sweater yg lembut giler kt bhg dlmnyer sngt2 la comfortable compare ngn blazer cream tue. so penulis pakai je la sampai abes dinner tue. hurmm..memorable memorable jgk but jgn lupa final blom ag.

ptg karang yeahh..penulis nk balik kedah, waaaaaaa...mst best, xsabar giler...walopun ming dpn study week but xkisah nk balik jgk...so sesapa ada kt kedah jmpa kt sana erk...hehehe..
urmmmmmmmmmmmmmmmmm......apa ag nk citer nie xda da kowt...aduh badan pun lenguh2 nie...dah la stakat nie dlue...jpe ag..

Monday, November 1, 2010

tag tag tag...

ku buka blog
ku lihat di chat box
"uit...anda telah di tag"

tag dari

hurmmm ape la s/u main tag tag nie..

ok kita mula 5 mint jer kta main benda nie...

1. apa benda paling penting dalam hidup korg?
environment
(keluarga,sedara,kawan,kenalan dan semua bnda relate dgn penulis)

2. benda terakhir korg beli guna duit korg?
hurmmmmmmmmmmmmmm......haa!!!
pen hitam G-soft=D

3. dimanakah tempat korg akan melangsungkan perkahwinan korg dan apakah temanya nanti?
huii awalnya tnya..nk dtg k?hehehe
kenduri kahwin di
Lorong Hj Abd Malik
Kampung Baru
08800 Guar Chempedak
tema : white, pure & innocence

photo shoot:
Lake Garden Taiping
tema : AppleLychee

Taman Budaya ...
(negeri mana xdecide ag)
tema : P. Ramlee&Saloma

4. adakah korg sedang bercinta sekarang?
urmmm....=)

5. berapa lama korg akan mencintai kekasih korg?
insyaAllah sampai syurga...amiiin

6. dimanakah korg selalu jumpa kekasih korg?
kat bangku kayu dalam taman, bawah pokok, menghadap tasik yang ada itik berenang renang...

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
aku terima nikahnya 3 : murabbi cinta

8. apakah nama penuh korg?
Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri
ramai yg terlibat dalam pemberian nama ini..terima kasih semua...

9. antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra?
urmmm mestilah my first love..
mak
ayah penulis cool...

10. namakan orang yg betul2 korg nak jumpa dalam hidup korg?
banyak tue...antaranya pemimpin2 dunia...
kalo kt malaysia Tun Dr M..
banyak benda nk sembang ngn dia..
tak lupa penulis nk sngt jumpa "bulan"

11. adakah korg basuh baju korg sendiri?
owh semestinya
tidak hehehe..
bawak sendiri ke washing machine hehehe...
hopefully rumah sewa time intern ada washing machine huhuhu...

12. dimanakah tempat yang betul2 korg nk peg?
nak kemana erk...??
"bulan" nak bcuti ke mana??
bintang ikut jer...

13. pilih satu, peluk atau cium?
bulan peluk...bintang cium

14. beritahu 3 benda tentang org yang beri tag
- happy giler
- kreatif
- committed

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda kann??
- brg2 sentimental value dalam almari
- laptop dan adik beradiknya
- my phone
-my pet yeun
- buku quick note

16. lagu yang paling ada suka dan selalu dengar?
C.N Blue
- a.r.i.g.a.t.o.u

17. bila tarikh lahir dan kat mana korg sambut tahun lepas?
3 Sept
xda sambutan pown..just terima wish jer ok dah tue...
gelilah lelaki wat birthday ceremony
heeeee...

18. 5 rakan blogger yang korg nak tag.