sblom tue meh kta tgk dulu definisi keduanya:
salaf
orang orang islam yang pertama atau terdahulu yang semasa dengan Rasulullah S.AW, para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in yang mendalam keagamaannya lagi soleh. yang mengambil pendirian tafwid. dan golongan ini hidup dalam 3 kurun pertama Hijrah (sehingga 300 hijrah).
khalaf
orang orang yang kemudian yang hidup selepas 300 hijrah yang mendalam rasa keagamaanya lagi soleh serta mengikut ajaran Rasulullah S.A.W namun mengambil pendirian takwil.
ok dah tgk definisi dah. sebenarnya tiada isu pun yang perlu dibangkit kan antara kedua golongan ini kerana keduanya ialah Ahlil Sunnah Wal Jamaah yang mana iman mereka tidak terjejas. cuma yang membezakan kedua golongan ini adalah jangka masa mereka hidup (zaman mereka) dan cara mereka menafsir ayat2 Mutasyaabihat)
Ayat-Ayat Mutasyaabihat dan Muhkamat
- secara mudah untuk difahami ayat mutasyaabihat ialah ayat2 al-Quran yang samar2 dan tidak terang maksudnya.
- ayat muhkamat plak ialah aya2 al-Quran yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya.
dari segi perbezaan menafsirkan muhkamat tidaklah menjadi masalah kepada kedua2 golongan salaf dan khalaf kerana ayat muhkamat yang jelas dan terang maksud serta maknanya sangat dipersetujui oleh kedua2 golongan tafsirannya.
namun dari segi menafsirkan ayat2 mutasyaabihat pula ada sedikit perbezaan. ingat! perbezaan yer, bukan perselisihan atau pertelingkahan. golongan salaf mengambil pendekatan tafwid iaitu menyerahkan sahaja makna maksud dan makna ayat tersebut kepada Allah. dalam erti kata lain mereka hanya menerima sahaja dan tidak memberi apa2 tafsiran kepada ayat tersebut. mereka berpendapat bahawa Allah jualah Yang Maha Mengetahui akan maksud ayat tersebut.
manakala golongan khalaf pula mengambil pendekatan takwil iaitu memberi tafsiran yang sesuai dengan keagungan Allah kepada ayat2 mutasyaabihat. namun tafsiran mereka tidak menyimpang dan diguna pakai sehingga sekarang oleh sekalian muslim di dunia. tafsiran mereka ini bersesuaian dengan zaman mereka hidup dimana timbul pelbagai isu dari kumpulan2 yang ingin memesongkan akidah muslimin seluruh dunia dengan memutar belitkan ayat2 mutasyaabihat. golongan khalaf menafsirkan ayat2 mutasyaabihat untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
basically tiada isu pun yang nk dibangkitkan dalam citer antara salaf dan khalaf nie sbb keduanya benar dan tidak menyimpang dari ahlil sunnah wal jamaah. dan tidak ada isu pun tentang siapa sesat dan siapa xsesat.
so nie lah serba sedikit yg penulis tau untuk pembacaan lebih mendalam sila baca di Islamic e-book.
-mereka dah cukup mempolitikkan harta, rakyat dan kepercayaan tp tolonglah jgn nk politikkan agama untuk kepentingan sendiri. umat Islam skunk sudah cukup terbelit untuk diputarbelitkan-
No comments:
Post a Comment