Tuesday, May 31, 2011

rezeki jangan ditolak..

ckp pasal REZEKI. tipikal org melayu Islam di Malaysia akan terus (direct) fikir pasal banyak gaji, banyak untung dan banyak duit. begitu jgk org melayu sangat sempit tentang perkataan MAKSIAT. bila sebut maksiat, first sampai kt kepala otak -  sumbang mahram.

perlu menilai dan membetulkan persepektif tersebut. penulis mendefinisikan rezeki - pemberian Allah SWT kepada kita yg membuat kita merasa gembira semasa atau selepas atau selepas beberapa lama menerimanya dalam samada dalam pelbagai bentuk. contohnya - tiap2 hari peg keja sangkut kt jalan tp hari ini xsangkut. baik jer..tue pun rezeki.

dan rezeki tersebut boleh diperluaskan oleh Allah SWT kepada hamba hambaNya yang beramal.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah SWT memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” 
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” 
(Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” 
(Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” 
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: 
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” 
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” 
(Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” 
(Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda: 
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” 
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Ibrahim: 7) 

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. 
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
    
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .”
(At-Thalaq: 3)
    
Nabi s.a.w. bersabda: 
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
    
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” 
(At-Talaq: 2-3) 

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

so skunk da dpt tips..rezeki jangan ditolak=)

Monday, May 30, 2011

apa yang hilang

setiap teguk jus apple ak teringatkan...
kisah apple dan lychee..

dogeng yg menjadi realiti..
katak yg menjadi putera..
puteri dan 7 org kerdil..
cinta dari sebelah kasut yg hilang..

ketawa ak sendiri..

apa yg hilang antara pungguk dan bulan..
mungkin kerana bulan yg selalu senyap..
mendengar puisi2 pungguk tanpa sebarang reaksi..
membuat pungguk kecewa dan berlalu pergi..

..pergi mencari ubat buat hatinya yg rindukan bulan..

bulan mungkin menangis tanpa pungguk..
namun bulan tercipta bukan hanya untuk pungguk seorang..
hakikat tue pungguk perlu terima..

Wednesday, May 25, 2011

ntahlah...

hari ini nampak mcm segalanya berjalan mcm biasa..
tp sebenarnya ia tak sebiasa hari2 biasa..
ntahlah..
penulis xda mood nk crita..
hati nie mcm sakit n ada yg xkena..

kenapa hati mcm nie..
adakah kerana seseorang..
atau sebilangan org..
atau orang yg memiliki hati ini sendiri..
ntahlah..

segalanya berlaku dgn pantas..
ak hampir meragui..
kesanggupan di hatiku..
untuk terus memberi dan mengalah..
untuk terus bercerita dan berpuisi..

menghiasi mimpi indah malamnya..

sunnatullah..
dijadikan hati manusia..
tidak tetap pada suatu tempat..
dan keaadaan..

semoga nasihat Rasulullah S.A.W..
berdoalah:
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..
..tetapkanlah hatiku pada Agama Mu"..
dari Imam Termizi dan Imam Ahmad..

juga tetapkan hati aku untuk terus memberi..

Wednesday, May 18, 2011

Bukit Ampang Menjadi Saksi...


Malam 17 March 2011..
segala yang berlaku tanpa diduga..
sang kancil coklat mengisi 5 memanjat bukit di pinggir kota..

penjuru restoran yang agak high class adalah port terbaik..
menyaksi pusat segala kemewahan dan kesibukkan..
si kaya raya bergembira berdiri di atas kemiskinan org sebangsa..
si lelaki berpeleseran bersama si wanita..
darjat dan keturunan adalah kayu ukur taraf kau dan aku..
kami melihat semuanya dari jauh..

western food adalah pilihan..
aku sudah lama mencari steak..
steak yang sedikit ranggup di luar dan berair di dalamnya..
namun tidak ku jumpa yang bertepatan dgn isi poketku..
lalu si kambing menjadi mangsa..
dibakar dan disajikan bersama sos lada hitam..
jejari kentang dan coleslaw..

sesudah ak habiskan sepinggan sajian yang bernilai separuh isi poketku itu..
drama bermula..

bukit ampang menjadi saksi..
segala yang terjadi..
di meja berlapik maroon..
dengan iringan muzik selamat hari lahir dalam 2 bahasa..

ahhhh...
apa maknanya ak tulis semua ini..
tiada ku ketahui..
namun apa yg berlaku di bukit ampang smlm..
ku lihat sbg permulaan 1 hubungan yg baik..
antara..

K.A.M.I

Monday, May 16, 2011

kisah cinta putera katak...

seekor katak duduk di pinggir kolam, mencari makan agaknya. mata si katak teliti memerhati di celah rimbunan rumput panjang berdekatan. manalah tahu ada rezekinya sedang lalai di hembus bayu pagi itu. si lalat hitam adalah makanan biasa si katak. diibarat bagai butiran nasi yang disantap kaum di tanah melayu.

namun lalat hitam bukanlah tarafnya di sisi sebutir nasi putih yang suci lagi bersih itu. penghasilan sebutir nasi amatlah teliti. siang malam cucu cicit datok merong mahawangsa membanting tulang hasilnya amatlah ajaib. berbanding seekor lalat hitam yang kotor. namun si katak pasrah jika itulah rezeki tuhan untuknya, apakan daya.

suatu hari yang cerah selepas sang matahari muncul dengan cahayanya. sebiji bola emas jatuh kedalam perigi kemudian kepala si katak hodoh menjadi tempat terakhir bole emas tersebut sebelum menghempas ke permukaan air. si katak berang lalu melompat keluar dari perigi tersebut.

kelihatan seorang wanita separa umur sedang mencari-cari sesuatu berdekatan perigi tersebut. bersama dengannya seorang gadis comel belasan tahun. wanita mendekati..

"wahai anak muda...adakah ternampak bola emas milik anak didik hamba?"
"kau panggil aku, wahai perempuan?"
"ya anak muda"
"bola emas kamu ada di dalam perigi buta, hendak ku ambilkan ada syaratnya"
"apa saja"
"bawa ku pulang ke rumahmu dan jadikan aku sebahagian dari kehidupanmu"

wanita tersebut tersenyum lalu membawa balik bersamanya bola emas, gadis comel anak didiknya dan seekor katak yang digelar anak muda. apakah yang sedang difikirkan oleh wanita tersebut. si katak pun ragu dalam senyuman.

di rumah setiap hari katak tidak lagi menyantap lalat hitam, tidak lagi basah dan berlendir badanya. diajarkan kepadanya segala ilmu memperbaiki diri. lalu si katak dengan perasaan curiga bertanya.

"apakah tujuan dirimu berbuat begini kepadaku?"
"akan ku jadikan dikau seorang putera dari seekor katak hodoh"
"apakah dirimu pasti?"
"aku pasti"

selepas beberapa purnama. si katak kini semakin membesar dan sudah terbiasa dengan kehidupan manusia. namun adakalanya si katak merindukan si lalat hitam lalu dicarinya lalat hitam di sekeliling rumah. tapi jika sampai ke pengetahuan wanita tersebut. si katak dihukum dan dirotan sebagai pengajaran.

"aku hanya membenarkan kamu melakukan perkara yang baik dan jika kamu tidak dapat mengikut peraturanku akan ku hukum dirimu"

13 tahun siang malam katak berada dirumah tersebut.

suatu pagi si katak seperti biasa bangun pagi. dengan segala kesusahan yang dialami selama ini. pagi ini terasa sedikit pelik pada keadaan dirinya.

"wanita! wanita! wanita!" berlari lari si katak mencari si wanita
"ya anak muda" jawab si wanita yang sedang sibuk
"apa sudah berlaku pada diriku"
"waahhhhhhhh. dikau sudah bertukar menjadi seorang putera rupawan"

Wednesday, May 11, 2011

musuh 5

menjejak kaki pertama kali ke masjid bangunan tabung haji. penulis ada training OLGA kt sana, training software untuk wat well modeling la..hehehe:)

makan sudah, solat zohor plak, turun lift ke aras "G" dan berjalan keluar dari "menara G"..
masjid untuk solat jumaat dgn label "surau"
rekaan unik dengan hanya menampakkan kubah jernihnya
penulis menjejak kaki ke dewan solat

"perlu diingat musuh kita itu lima, perlu diingat dan diketahui ya" kata ustaz berkopiah coklat dan berbaju ala2 jawa gitu..

haaa arinie ustaz syafiq plak nk bg tazkirah, antum sekalian tau? siapa musuh2 orang beriman?
nie nak citer nie...

musuh orang2 beriman tue ada 5 kesemuanya,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seorang mukmin selalu dikelilingi lima musuh yang membahayakan, iaitu seorang mukmin yang hasad, orang munafiq yang membenci, orang kafir yang memerangi syaitan yang menyesatkan dan hawa nafsu yang menyeretmu."

hadith riwayat Termidzi.

nampak?org cakap sudah terang lagi bersuluh ada lima musuh yang perlu dijauhi. xmo citer panjang..
nidia nk citer pasal yg pertama jer arinie.

""orang mukmin yang hasad"
maknanya dengkila tue..orang2 mukmin yang dengki itu diletakkan sbg yg pertama dan perlu kita semua ingat jangan sesekali kita ditipu mereka dan paling penting jangan kita plak tergolong dalam golongan mereka. nauzubillahi...

orang2 mukmin yang dengki itu juga diibaratkan seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, seperti jgk penumpang kapal besar yang berlayar di lautan china selatan dan apa orang tue wat? dia tebuk lubang kt bawah seat dia. mana kita tau bawah seat dia kan, kalau dia tebuk pakai yg tool yg besar2 boleyh la kita angkat geng kampung dusun beramai2 belasah si mamat tue...tp kalo dia tebuk senyap2 masak la kita..ttiba jer masuk air dlm kapal kita...sy da la xpandai berenang..adehhh...

begitu hebat penangan si mukmin yang hasad ini kpd agama kita seluruhnya...ingatlah antum sekalian insan yang hebat lahir dari hati dan lisan yang hebat. andai rosak kedua ini, hati terutamanya rosaklah seluruhnya.

urmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
huh! adehh ustaz da xda idea nk ckp jpe lg di lain kali di hari dan waktu yg sama..di tvvvvv..

plupp...(elektrik tputus)...

Drama Melayu

kassim (bukan nama sebenar),17 sekali lagi bertekak dengan sabariah (bukan nama sebenar) juga berumur 17 tahun.

kassim: awak sengaja buat macam tue..awak jgn tipu saya..awak tau apa yang awak buat tue memalukan saya?heeeee awak niee..kenapa awak tak tanya saya dulu..

sabariah: awak yang gatal sapa suruh, awak tipu saya awak cakap awak kuar lunch ngn officemate awk tp awk kuar ngn dia..nasib saya nampak..

kassim: tp yang awk wat keja gila tue kenapa?dia mmg officemate saya..kenapa awk xpuas hati?

sabariah: oOoOoOo..officemate?officemate apa?mesra2 semacam pergi kedai mesra..bukan takda tempat makan yang dekat..awk ingt saya nie tunggul?

kassim: sudahlah saya dah bosan dgn awk nie..cemburu buta..buat malu saya ja..kalo awk nk org yg ikut cakap awk jer..awk peg cari org lain..

sabariah: awkk..

kassim berlalu pergi dari situ..
sabariah menangis terkedu mendengar kata kata kassim..

sabariah mengejar kassim.."awakkk!!!"

gedebakk!!!
sabariah jatuh tersadung kaki sendiri (akibat memakai kasut tumit 3 inci)

kassim berpaling melihat namun dia tetap berlalu pergi meniggalkan sabariah ditengah perhatian org ramai..

"DRAMA MELAYU"

Tuesday, May 10, 2011

Camping Trip Organized by hikayaterz

tanggal 7 May 2011..
arhhh dah macam berita tv 1 plak...

direct tue d point jela..penulis nk citer ktorg peg camping kt sg. congkak di ulu langat..
tp straight forward sngt plak..
xda suspen..xbest xbest..

ok 11 org teruna cuba mencabar diri sendiri untuk survive dlm hidup yg kekurangan setelah lama duk bersenang lenang, tidor terbongkang, makan di pinggan minum di cawan. tahun ini mereka merancang untuk bercamping di dalam hutan (lama jgk ak x g camping..last camping OBS jer) so nie citernyer..

kesebelasan mereka adalah:

1. olahragawan sek rendah sultan idris - razmi
2. the last sabun suspect - acap
3. pemalas mandi - raimi
4. gelabah sokma - pokcek
5. pembantu rumah - afiq
6. halau nyamuk - apit
7. kuat mandi - zul
8. pencinta durian - syahir
9. chef masak lemak - tokey
10. project leader - qusyei
11. misteri - tiada dalam gambar

perjalanan kisah ini bermula setibanya mereka disana selepas 2 buah kereta dikenakan byaran rm3 untuk parking di tanah persendirian depan taman rekreasi sg. congkak tersebut.

zon 5 dalam pencarian, jauh ngeng jalan..berpeluh2 mereka semua..setelah 3 jambatan direntasi sampailah mereka ke sebuah negara tidak beraja..khemah dipasang/kayu api dicari/makanan tgh hari dimasak (semua ini dibuat serentak untuk menjimatkan masa)...selepas sumanya selesai..jom mandi..
opppssss....kita tgk dulu tmpat mandi. mempersembahkan sungai congkak:



mandi manda berlarutan selepas solat zohor dilaksanakan dan masak lemak cili api dihabeskan bersama seperiuk nasi putih dan sekuali sayur sawi dan carrot campur.

asar sudah menjelma selepas sumanya penat mandi manda, solat asar dilaksanakan dan durian dibuka untuk kenduri serta sesi borak2 bermula:



apakobondae yg mereka borakkan sambil relaxs selepas makan durian..

sesi borak berakhir, ada yg tidur sebentar untuk pulihkan tenaga setelah 1 hari bermandi manda.

petang, persiapan bbq bermula namun geng kuat mandi sungai sekali lagi memuaskan hati melempar geram di sungai congkak. bbq dalam persiapan, nasi putih ditanak diatas kayu api yg menghitamkan periuk belanga.

malam menjelma, campfire api menyala namun nyalaan api tidak cukup marah untuk menerangkan gelap gulita:


namun 11 teruna agak bijaksana, lampu suluh dan botol air 5 liter dijadikan pelita menerangi suasana malam untuk makan ayam bbq, sosej bbq dan borak2 bersama-sama:

malam sejuk bagai di kutub utara, hidup dengan bunyi unggas dan air sungai yg menggendang batu2 di pinggiran. indah sungguh untuk bermimpikan ketibaan bidadari dalam syurga bagai berada di taman kota kayangan. ya kota kayangan ciptaan tuhan tanpa ada sentuhan tangan2 perosak manusia.

cerita esok bermula lagi, cucur dihidang dan dicicah sos selepas subuh amat sedap bersama keledek dari rimbunan bara api perghhhhhhhh...baek punyer kata dafi (tak sengaja...)

3 teruna hilang akal berlari ke sungai dan mandi manda sampai biru muka mereka..disertai kawan yg selebihnya..hahahaha dan mangsa terahir mandi manda telah terkena dek saudagar yang menjual sabun dipinggiran sungai.

kami berangkat pulang kembali ke kehidupan biasa bising dan sibuk kota raya di tengah harinya selepas menjamah sup utara dan laici kang untuk menghilangkan dahaga ditegah panas bahang kota raya.

arinie penulis di ofis seperti biasa menuggu tamatnya 8 bulan di kota ini...

tuan pengerusi, bila trip seterusnya?

Friday, May 6, 2011

Setelah Sekian Lama Aku Pergi Meninggalkan Dia

teringat zaman sekolah dulu, zaman2 berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. ak bleyh ckp yg iman ak agak tinggi la kt sana n maintain jer naik bnyak turunnyer ckit berbanding skunk nie. tp alhamdulillah kalo ak terkeluar dari jalan ada yg akan tarik balik supaya ak kembali kepadaNya. terima kasih Allah.

Dia yang ak tinggalkan lama dulu, Dhuha..aku rindukanmu...

mcm xmasuk tp blasah jer la...dlu msa kt agama yan tiap2 hari wat solat Dhuha. skunk nie wat sbulan skali pown payah. hurmmm apa nk jadi nie..

post dibawah untuk penulis sendiri dan korg2 semua..

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Cara1Cara2Cara3
Rakaat 1Al-SyamsyAl DhuhaAl-Kursi 7X
Rakaat 2Al-LaiilAn NasrAl-Iklas 11X
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Thursday, May 5, 2011

siapa seterusnya...

pagi ini sampai stesen putra LRT KLCC..
surat khabar percuma sbg hadiah penyeri pg hari bekerja..
osama dibunuh obama bukan berita pagi ini..
tapi adakah pakistan terlibat sama menyembunyikan osama dari bush dan obama..
pakistan disiasat..

ramalan penulis yang pertama..
adakah pakistan sasaran seterusnya?
setelah afganistan dan iraq diporak peranda..

beberapa ketika dahulu..
pada yang tidak tahu..
ada banyak di blog2 tanah melayu
osama sebenarnya identiti palsu..

dia agen cia keja dgn bush dulu..
sbb dia sngt terer bukan takat sembunyi celah batu..
siap hantar video lagi kt aljazeera..
tp relax jer us xdpt buru..

sedangkan saddam hussin yg senyap2 sembunyi pown kantoi akhirnya..
teknologi us mmg xleyh kesan osama k?
siapa osama sebenarnya?
benarkah dia cia?
atau dia benar2 pjuang dibawah yang dilindungi Allah..
xda siapa tahu..

cerita penuh kontroversi ini bnyak yg tokok tambah..
apa pown terjadi semua org Islam bersaudara..
tidak kira berapa tingkat darjah iman mereka..

ntahlah penulis pown xda modal lg nk tulis..
semoga semua yang membaca terus diberi nikmat
Islam dan Iman..