seekor katak duduk di pinggir kolam, mencari makan agaknya. mata si katak teliti memerhati di celah rimbunan rumput panjang berdekatan. manalah tahu ada rezekinya sedang lalai di hembus bayu pagi itu. si lalat hitam adalah makanan biasa si katak. diibarat bagai butiran nasi yang disantap kaum di tanah melayu.
namun lalat hitam bukanlah tarafnya di sisi sebutir nasi putih yang suci lagi bersih itu. penghasilan sebutir nasi amatlah teliti. siang malam cucu cicit datok merong mahawangsa membanting tulang hasilnya amatlah ajaib. berbanding seekor lalat hitam yang kotor. namun si katak pasrah jika itulah rezeki tuhan untuknya, apakan daya.
suatu hari yang cerah selepas sang matahari muncul dengan cahayanya. sebiji bola emas jatuh kedalam perigi kemudian kepala si katak hodoh menjadi tempat terakhir bole emas tersebut sebelum menghempas ke permukaan air. si katak berang lalu melompat keluar dari perigi tersebut.
kelihatan seorang wanita separa umur sedang mencari-cari sesuatu berdekatan perigi tersebut. bersama dengannya seorang gadis comel belasan tahun. wanita mendekati..
"wahai anak muda...adakah ternampak bola emas milik anak didik hamba?"
"kau panggil aku, wahai perempuan?"
"ya anak muda"
"bola emas kamu ada di dalam perigi buta, hendak ku ambilkan ada syaratnya"
"apa saja"
"bawa ku pulang ke rumahmu dan jadikan aku sebahagian dari kehidupanmu"
wanita tersebut tersenyum lalu membawa balik bersamanya bola emas, gadis comel anak didiknya dan seekor katak yang digelar anak muda. apakah yang sedang difikirkan oleh wanita tersebut. si katak pun ragu dalam senyuman.
di rumah setiap hari katak tidak lagi menyantap lalat hitam, tidak lagi basah dan berlendir badanya. diajarkan kepadanya segala ilmu memperbaiki diri. lalu si katak dengan perasaan curiga bertanya.
"apakah tujuan dirimu berbuat begini kepadaku?"
"akan ku jadikan dikau seorang putera dari seekor katak hodoh"
"apakah dirimu pasti?"
"aku pasti"
selepas beberapa purnama. si katak kini semakin membesar dan sudah terbiasa dengan kehidupan manusia. namun adakalanya si katak merindukan si lalat hitam lalu dicarinya lalat hitam di sekeliling rumah. tapi jika sampai ke pengetahuan wanita tersebut. si katak dihukum dan dirotan sebagai pengajaran.
"aku hanya membenarkan kamu melakukan perkara yang baik dan jika kamu tidak dapat mengikut peraturanku akan ku hukum dirimu"
13 tahun siang malam katak berada dirumah tersebut.
suatu pagi si katak seperti biasa bangun pagi. dengan segala kesusahan yang dialami selama ini. pagi ini terasa sedikit pelik pada keadaan dirinya.
"wanita! wanita! wanita!" berlari lari si katak mencari si wanita
"ya anak muda" jawab si wanita yang sedang sibuk
"apa sudah berlaku pada diriku"
"waahhhhhhhh. dikau sudah bertukar menjadi seorang putera rupawan"
No comments:
Post a Comment