selama ini penulis cuba sedaya upaya untuk menghindarkan post2 yg sebegini. namun keadaan sudah tidak terkawal lagi. post ini bukan untuk mengapi2kan lg api yg sememangnya sudah marak tp untuk memcelikkan semua si buta si buta yang selalu teraniaya dengan kata pemimpin kepala batu mereka.
jelasnya post ini berkaitan dgn isu perhimpunan bersih yg akan diadakan tidak lama lagi.
"ramai orang muda, menyebelah pembangkang kerana orang muda boleh melihat segalanya dari sudut berbeza" kata seorang anak muda yg baru nk fasih berbicara.
pandangan penulis tentang BERSIH:
1. mari kita tgk balik, apa objektif perhimpunan bersih? jelas objektifnya hanya untuk meminta SPR supaya lebih transperansi dalam pilihanraya.
2. mengapa perhimpunan diadakan dan mahu ramai penyokong turut serta? jelas juga mahu menunjukkan kpd kerajaan bahawa memorandum ini disokong oleh ramai rakyat jelata. dan memang tidak patut diambil mudah oleh pihak SPR.
ini adalah antara sebab kenapa perhimpunan ini diadakan.
namun mengapa memilih tempat terbuka seperti:
1. SOGO
2. Masjid Kampung Baru
3. Bangunan DBKL
cuba fikirkan nasib peniaga2 di sekitar dan tarikh 9 july juga merupakan hujung minggu dimana SOGO antara tempat tumpuan ramai. sememangnya perhimpunan bersih ini adalah tidak selari dengan objektif asal lagi melainkan hanya untuk menimbulkan huru hara kepada malaysia yang sudah huru hara ini.
dan imbasan dari perhimpunan bersih lepas. begitu banyak sekali kerosakkan berlaku yang mana antara bukti kukuh perhimpunan ini tidak selari dengan objektif asalnya lagi. ada juga ibu bapa bodoh yang turut mempergunakan anak2 dengan membawa anak2 kecil turut serta bersama.
cadangan:
1. objektif asal perhimpunan bersih adalah jelas dan tidak menyalahi undang2 namun cara ia diadakan tidak menunjukkan niat murni tersebut. jadi penulis memncadangkan perhimpunan ini dibuat di kawasan terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam. seperti di stadium, atau dataran merdeka atau putrajaya dll.
2. pengurusan perhimpunan bersih tidak sepatutnya mempromosikan perhimpunan ini secara agresif dan sepatutnya dibuat secara mesyuarat dan aman.
3. pengurusan juga perlu bertanggungjawab atas semua kelakuan peserta2 perhimpunan dan bertanggungjawab kepada semua kerosakkan dan kebersihan selepas perhimpunan.
pandangan penulis tentang KERAJAAN:
1. jelas kerajaan cuba membatalkan perhimpunan yang dilihat tidak membawa apa keuntungan kepada mereka dan kroni.
2. namun tindakan kerajaan yang terus mem"PROVOKE" dan menghentam BERSIH di semua media sebenarnya bukanlah menyelesaikan perkara yang dilihat sebagai masalah kepada kerajaan malahan tindakan menghentam secara tidak berhati perut ini hanyalah menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati pihak BERSIH kepada kerajaan dan memburukkan lagi keadaan.
3. tindakan kerajaan termasuk perdana menteri, menteri2, blogger2, stundent univerisiti yang menghentam BERSIH dilihat adakah tindakan plg bodoh dan hanya untuk meraih publisiti media semata2.
4. sepatutnya mereka memberikan kelulusan untuk BERSIH membuat perhimpunan mereka di kawasan2 yang mereka canang2kan tidak membawa masalah td. tp kerajaan hanya pandai bercakap. mencadangkan BERSIH diadakan di putrajaya tp tidak memberi kelulusan. maka isu ini ditangani oleh kerajaan secara tidak berhikmah.
cadangan:
1. kerajaan meluluskan perhimpunan ini diadakan di kawasan2 yang tidak melibatkan orang awam.
2. kerajaan sepatutnya menganjurkan pihak SPR untuk menerima memorandum dari BERSIH secara terbuka. dan tidak memperlekehkan BERSIH apabila mencadangkan supaya datang dengan hanya sebiji kereta.
3. orang2 yang tidak berkaitan tidak perlu terlibat sama dalam hal ini. seperti student uitm yang melaporkan hal ini kepada balai polis dengan memakai baju batik mereka.
akibat dari perbalahan antara 2 pemimpin berkepala batu ini:
1. rakyat malaysia telah berpecah belah dengan lebih teruk sehinggakan timbul pergaduhan sehingga ke dalam masjid dan surau2. dimana masjid2 dan surau adalah tempat penyatuan umat islam. ini adalah suatu penghinaan yang lebih hebat dari kes menggantung kepala khinzir di pagar masjid beberapa tahun lalu.
2. rakyat lebih suka mendengar dan membuat semua arahan pemimpin berkepala batu tanpa memikirkan perihal orang lain sedangkan pemimpin hanya bersorak berpuas hati apabila sebilangan rakyat ditangkap dan dibelasah pihak polis. pengurusan perhimpunan pula hanya lari menyelamatkan diri. datang menaiki kereta. sedangkan pemimpin perhimpunan patut berada di barisan hadapan semasa perarakan bukan datang akhir sekali dengan menaiki kereta mahal dengan driver masing2.
penutup:
penulis merasakan pemimpin di malaysia nie hanya pandai bercakap tidak kira dimana2 pihak sekalipun. dan rakyat malaysia pulak hanya mengikut kata hati untuk mementingkan diri sendiri sahaja bukan menggunakan otak dan akal mereka untuk mempertimbangkan orang lain yang juga saudara sebangsa atau saudara seagama.
pihak media pula mengambil kesempatan untuk memburukkan lg keadaan dan berniat hanya untuk meningkatkan rating mereka sahaja.
sekian,
4 comments:
pada pendapat anda wahai sang arjuna, siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan serta provokasi ini??
mcm nielah bkn xnk jawab soalan tue but mcm xda kepentingan jer...bnda dah jadi pown...so kalo kita saling mnunding jari mmg xda ksudahan crita nie n lastly kta jgk yg rugi n ada org yg akn amik kesempatan atas kita...so better for us untk amik pengajaran dan fikirkan penyelesaiannya...thts all...
saya sebenarnya begitu tertarik dengan pandangan saudara..cuma ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh..
1.sebab BERSIH ini diadakan di tempat sedemikian ialah kerana memorandum yang ingin dihantar itu di istana negara..bukannya sekadar untuk berhimpun sahaja..
2.bukan promosi BERSIH itu yang agresif, tetapi PROVOKASI dari pihak selain BERSIH itu yang agresif..
3.melihat kepada agenda BERSIH,mereka ingin berhimpun secara aman..sepatutnya pihak polis memberi kerjasama sewajarnya dan bukannya kerjasama hanya untuk pihak yang membayar gaji mereka sahaja..bukannya menambahkan lagi huru-hara itu..
http://www.youtube.com/watch?v=RV0cmG_pKCM&feature=player_embedded#at=14
namun, itu semua sekadar pandangan sahaja..
1 info yg bagus..thnkz..istana negara rupanya. sy mendapat maklumat yang memorandum akn dihantar kpd SPR. pening sy mencari jalan di google map bagaimana untuk k SPR putrajaya dari tempat perhimpunan. provokasi smmgnya agresif. di kg sy promosi jgk kelihatan agresif. namun apa boleyh buat. kita tunggu sahaja 9 julai nnt. kita tgk sapa yg untung, sapa yg rugi...
thnks atas pendapat dan info..
Post a Comment