Tuesday, September 24, 2013

Mengata Dulang Paku Serpih

Assalamualaikum..

Di masjid semasa solat jumaat:

Ramai gila orang keluar masjid lepas bagi salam, tak sempat baca doa lagi. Langkah melangkah bahu nie biasalah. Aku pernah jugak terfikir, orang kita nie mai semayang jumaat sebab apa?sebab dah maklum semua orang lelaki kena mai semayang jumaat ja kot. Kalau semayang jumaat xpayah jemaah, for sure ramai la yang miss macam semayang waktu yang lain. Tue pun ada jugak geng2 yg relax buat muka selamber ayam lintas kt MRR 2 makan, minum n sembang2 kat opis time orang tengah semayang jumaat kt masjid.

Yang tak pi semayang jumaat, kita tinggalkan depa sat. Nie cerita hak pi semayang jumaat dulu. Macam aku cakap tadilah. Ramai yang blah balik lepas orang bagi salam. Habes semua tak kira engineer, doktor, blogger, ahli politik, penulis novel mahupun penjual air soya ais selepas solat jumaat. Pelik!

Tak pelik ka?

"Mengata Dulang Paku Serpih.."

Orang melayu kita nie, ambik mana yang untung depa dan tolak mana yang rugi depa. Takda pendirian yang tetap. Contohnya: Kalau hampa baca kat blog, twitter dan macam2 lagi jenis laman sosial. Ramai orang marah bila Wahbi/Salafi tak baca doa lepas semayang. Bermacam-macam hujah tak berbalas dilontarkan kepada kumpulan tersebut. Tapi bila hari Jumaat, lepas semayang jumaat ahli hujah tadi pun blah sama saja. Masa nie dia tak kata dia wahbi/salafi pulak sebab lepas semayang jumaat tak baca doa. Blah macam tue saja. Masuk opis, pi makan dan sebagainya. Dalam konteks negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

Tak Wahbi/Salafi pulak kiter tue ye?

***

Materialistik

Apa yang hampa faham pasal materialistik. Nafsu yang meliar terhadap kebendaan yang mewah dan mahal? pandangan seseorang yang terlalu mengukur seseorang yang lain hanya berdasarkan kebendaan semata-mata?..hampa definisikan sendiri. Yang aku pasti, hampir semua orang melihat materialistik dari sisi pandangan yang sama. Metarialistik = Sifat Negatif, atau sifat mazmumah dalam bahasa arab.

Materialistik menjadi sesuatu yang semakin lazim pada zaman ini. Tak percaya? di umur aku ini, baya-baya 20-an. Pernikahan/Perkahwinan adalah topik bualan yang paling popular. Boleh dibicarakan dimana sahaja tanpa jemu dan habis idea.

Antara perkara yang terlibat adalah dulang hantaran perkahwinan. Apa yang materialistik dalam dulang hantaran? Aku tengok secara peribadinya semua orang nak buat benda yang menguntungkan diri sendiri. Majlis kesyukuran yang asalnya berkonsep "memberi/sedekah/menjamu orang/membuat orang gembira" bertukar kepada konsep "buat apa pun biar aku sendiri yang untung". Tengoklah dulang hantaran penuh dengan barangan mahal untuk persendirian. Paling jelas bila pasangan pakat beli barang untuk diri sendiri sampai cukup bilangan dulang yang ditetapkan kemudian, tukar sahaja. "Apa nak kisah beli mahal2 pun untuk diri sendiri jugak" kan? 

Hampa nampak tak apa yang aku nk sampaikan nie? ka hampa semua pakat blur? (apa yang mamat nie merepek nie..) 

Ada yang aku tengok di antara kawan-kawan/sedara sendiri yang beli benda sampai merepek-repek untuk diletakkan atas dulang hantaran macam PS4, Laptop, Handphone, Robot Gundam pun ada. Serius tak bohong. Satu soalan aku nak tanya. Adakah benda-benda macam nie, menampakkan yang anda bersyukur dalam majlis kesyukuran yang hampa buat? Adakah benda-benda macam nie mengingatkan orang kepada Allah bila depa tengok? Allah akan tanya kita di akhirat nanti sebab apa kita buat benda nie semua? Hampa nak jawab apa? 

Pembaziran yang sangat-sangat merugikan. Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang penuh dengan pembaziran ini, hampa rasa-rasa ada berkat tak? Ingat majlis ini adalah permulaan kepada rumah tangga. Permulaan kepada keluarga. Hampa rasa-rasa ada keberkatan yang masih tinggal bila hampa balik rumah untuk memulakan keluarga? Nie tak kira karaoke, tangkap gambar cium-cium depan bukan mahram, tetamu yang hadir tidak disambut dengan baik (pengantin takdak, pi outdoor photoshoot).

Maka akan bermulah keluarga yang pincang sebab permulaan keluarga yang hilang berkat. Kita akan jumpa kes cerai berai, anak buangan, kes juvana dan kes rumah tangga yang membawa kepada masalah sosial yang berlarutan sehingga mengerutkan dahi orang-orang pejabat agama, jkkk masjid, polis dan lain-lain pihak yang berkawal tentang masalah sosial ini.

(hang tau mana takda berkat? Berkat tue hak Allah..) untuk orang yang pikiaq macam nie; baguihlah..takpalah, silalah buat kemaksiatan sebab btoi syurga tue jugak hak Allah. Kalau dia pikiaq Allah tue tokwan dia, lepas buat jahat senang-senang nak bagi masuk syurga. 

Jadi kepada kawan-kawan yang akan mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan, Aku cadangkan daripada kita berfikir kita buat majlis ini untuk diri kita sendiri, la nie kita ubah mindset. Kita buat kenduri ini untuk meraikan semua orang, semua tetamu yang hadir. InsyaAllah, pembaziran dapat dikurangkan, berkat akan berkekalan. Sediakan makanan yang sedap, jamu seramai orang yang termampu, layan tetamu dengan baik. InsyaAllah esk Allah tanya di akhirat at least kita dah bnda nk jawab.

Sekian, Selamat beramal.

Untuk aku juga, Jangan "Mengata Dulang, Paku Serpih.." sebab aku juga bakal buat majlis suatu hari nanti..InsyaAllah kita sama-sama ingat-mengingati.

Assalamualaikum.. 

2 comments:

Anonymous said...

wah..dah bau2x nasi minyak...
good post ...heheheh....tp bahasa tue kalu boleh bahasa baku sket...senang org bukan kedahan nak paham...hhehehehe

inspirasi arjuna said...

mana buleh bau dalam blog fuzah..agak2laa..

alah kalau bahasa baku nie..satgi tak sampai maksud dia..xpalah next time aku akan letakkan terjemahan dalam kurungan untuk semua perkataan loghat kedah..