Monday, November 4, 2013

Beli Tiket ke Syurga

Assalamualaikum

Kesian. Sewaktu aku menunggu sebungkus nasi goreng kampung di kedai makan sebelum tiba ke rumah. Satu wawancara radio agaknya. Pendengar menelefon dan memberikan pendapat. Mungkin bukan pendapat rasanya. Aku rasa lebih kepada hukuman.

"Saya rasa orang yang meniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat nie, hanya ambil kesempatan. Pentingkan diri dan duit semata-mata. Tidak menghormati orang yang menunaikan ibadah. Menyesakkan jalan, penuhkan kotak parking. Ganggu orang nak pergi menunaikan solat."

Gila agaknya pendengar yang telefon nie.

Kesian. Adalah satu kejadian di FB, aku ucapkan selamat berjaya kepada junior-junior SMKA aku. Antara ucapan yang aku rasa menarik adalah "semoga cepat kaya, boleh masuk syurga". Ada pulak yang reply kat bawah, "Macamlah orang kaya boleh beli syurga."

Kalau itulah kata-kata dari salah seorang pelajar SMKA, nampaknya SMKA masih gagal menghasilkan produk yang faham agama.

Kesian. Satu lagi kes di FB jugak. Adalah kawan FB nie, post di wall beliau. "Jangan duk bangga sangat belajar dan berjaya dalam ilmu dunia. Esok2 bukan ilmu dunia nak ajar kita kafan orang mati, mandikan jenazah. Jangan sampai time mak ayah kita meninggal, baru kalut nak belajar."

Orang macam nie lah yang selalu stereotype kan pandangan orang awam terhadap agama Islam.

***

Apa yang korang nampak daripada diatas adalah kegagalan institusi keluarga, sekolah, jiran, masjid/surau, bangsa, masyarakat dan negara dalam menghasilkan individu yang faham Islam.

Bukan aku nak cakap yang aku faham sangat. Namun benda-benda macam nie dah seringkali dibincangkan. Dah sepatunya tidak menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat lagi. Sedangkan hari ini, kita dapati, pencapaian dalam bidang akademik semakin meningkat. Lebih ramai pelajar boleh skor straight A. Takkan kita nak cakap masyarakat kita bodoh kot.

Kes pertama. Aku rasa amat tidak wajarlah, bila orang telefon radio dan sindir orang berniaga pada hari Jumaat dekat kawasan masjid tidak menghormati. Rezeki dia bukan kita yang bagi, Ia hak Allah. Allah yang bagi. Mana kita tau, yang peniaga tue tak solat Jumaat? Mana kita tau yang dia lebih pentingkan duit daripada solat?

Kes kedua pula, orang kaya masuk syurga. Nampaknya pelajar SMKA masih jumutlah kalau masih berpendapat sebegini. Masih tipikal yang orang kaya tue sombong, orang kaya tue belagak, orang kaya tue banyak buat maksiat. Masih jumut yang masuk syurga hanya dengan solat, puasa, zakat dan lain-lain ibadah khusus.

Mana pergi sedekah, sedangkan sedekah itu boleh menghapuskan kemurkaan Allah. Mana pergi hadis orang yang memasak untuk orang berbuka puasa, maka dia akan beroleh tiap pahala daripada orang berpuasa tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahala puasa mereka. Atau adakah Islam memandang rendah kepada ibadah sedekah? dan lain-lain seperti wakaf? Kalau tak kaya macam mana nak sedekah banyak, macam mana nak waqaf banyak?

Kes ketiga, ilmu dunia dan ilmu akhirat. Apa ilmu dunia? apa ilmu akhirat? adakah Matematik dan Sains itu ilmu dunia dan Pendidikan Quran dan Sunnah, Syariah, Agama Islam itu ilmu akhirat. Atau pendidikan dari kelas kafa itu ilmu akhirat? Atau belajar kitab-kitab di pondok itu dikira ilmu akhirat dan belajar doktor, kejuruteraan dan undang-undang di universiti dikira ilmu dunia?

Dimana fahaman yang selalu kita sebut-sebut dalam blog dan FB, "Islam Cara Hidup Ku"?

Islam Cara Hidup Ku sepatunya menggambarkan dunia itu adalah subset kepada akhirat. Dimana kalau kita kita nak lengkapkan akhirat kita kena juga berjaya dengan dunia. Sebab kita faham bahawa kejayaan dunia adalah bekalan untuk kita bawak ke akhirat. Dunia dan akhirat itu adalah sekali, bukan dipisah-pisahkan.

Jangan dengar perbahasan ulama politik, kerana ia akan lebih mengelirukan hampa semua. Sebab pandangan peribadi saya, "Ustaz tera mana pun, mai dengan duit nie habehlaaa, Kalau Ustaz pun boleh kantoi, kita hak baru nak start nie. Lagi-lagilah kena berhati-hati."

Sekian.

No comments: