Friday, January 24, 2014

Keliru

Assalamualaikum

Banyak sangat kekeliruan berlaku di kalangan masyarakat Malaysia kini. Bahkan kekeliruan demi kekeliruan berlaku. Keliru dalam pemahaman hidup, keliru akidah, keliru, keliru dan keliru. Dari mana datangnya kekeliruan ini?

Puncanya orang Malaysia terutamanya bangsa aku sendiri, orang Melayu. Malas, hidup papa asalkan bergaya, sapa makan garam dulu, taksub. Tengok sajalah berapa ramai peminta sedekah yang datang jual tisu sebungkus RM1 masa kita tengah lunch, berapa ramai budak sekolah tahfiz datang mohon derma untuk sekolah mereka, tidak kurang juga pak lebai putih yang duduk tersenyum menunggu di belakang kotak atau bakul sumbangan, juga untuk sekolah tahfiz. Sampai bila orang Malaysia nak biarkan perkara ini terjadi.

Umat Islam terutamannya tidak boleh lagi di takuk lama. Hanya nak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya. Teringat lagi masa di zaman sekolah, ramai orang kaya beli tanah buat masjid. Buat masjid memanglah mudah. Sekali keluar duit selambak. Lepas tue, sapa nak bayar bil air, bil elektrik dan yang penting sekali sapa yang nak solat disitu. Dah kalau orang yang buat masjid tue hanya pandai buat masjid sedangkan dia sendiri di Kuala Lumpur sibuk dengan hal dunia sampai tak sempat singgah masjid.

Media antara golongan yang paling keliru bahkan mengelirukan orang. Berapa banyak berita, maklumat dan info salah disiarkan. Info dan maklumat yang sekadar dengar-dengar sahaja pun dijadikan topik panas sehingga membangkitkan kemarahan dan pertelingkahan dikalangan masyarakat. Tidak cukup dengan ustaz dan tuan guru, kini kenyataan mufti pula dijadikan bahan modal jual cerita. Habis keliru orang ramai.

Orang-orang muda negara ini semua keliru. Keliru dengan duit gaji yang sikit nak beli apa. Ada yang beli meggi untuk makan malam, tetapi beli Honda, Toyota, "tak mau kalah" kata mereka. Ada pulak gaji sedikit buat pakai gemerlap-gemerlap, telefon boleh buat call dalam air walaupun sekadar call, message, WhatsApp, FB, Twitter. Keliru lagi. keliru nak beli apa dengan duit yang sedikit.

Orang tua pulak keliru dengan pegangan, dan ego, keliru dengan cakap sapa yang betul sebenarnya? Cakap ustaz, ahli politik atau ustaz yang join parti politik? Bila ada pertelingkahan dalam perkara furuq, yang ustaznya berlapang dada. Yang ahli politiknya minum kopi semeja. Orang-orang tua nie pulak berdemo, huru hara, berterlingkah, kenduri tak sampai, jauh sekali lah nak tegur sapa.

Kanak-kanak dan remaja pun terkeliru dengan apa yang mereka tengok. Si ayah rasanya tegas bab kalimah Allah, tapi surau setahun sekali sampai agaknya, rumah berkabus asap rokok Winston. Abang dan kakak pulak tak lepas-lepas telefon dari tangan. Makan, tidur, mandi pun agaknya dengan telefon tue. Bab jemaah kat surau boleh lah join ayah. Si emak pun sibuk kerja siang malam macam ayah juga. Hujung minggu dengan kawan-kawan pulak, shopping release stress katanya. Masa dengan keluarga sekadar selisih bahu dalam rumah. Kalau nak minta perhatian mereka, kena marah pula. Diberinya duit untuk beli Tablet sebagai ganti.

Keliru.

Sekian.

Wednesday, January 15, 2014

Pencerahan: Larangan Penggunaan 40 Kalimah Suci Islam, Kepada Orang Bukan Islam

Assalamualaikum.

Beberapa hari lalu, akidah orang Islam sekali lagi tergoncang, dipermainkan oleh penulis surat khabar yang tidak bertanggungjawab lagi jahil dalam penulisan. Sampaikan aku sendiri termakan dengan penulisan tersebut dan men "like" status rakan bukan Islam yang menyangkal keputusan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang di FB beliau. Astaqfirullah. Aku mohon maaf.

Sebelum kita ke pencerahan ingin aku jelaskan disini. Daripada kuliah-kuliah yang aku ikuti, dan daripada ustaz-ustaz yang aku kenal. Mereka selalu menyebut di dalam Malaysia hanya ada beberapa orang sahaja tuan guru yang yang benar-benar 'alim. Salah seorang daripada mereka adalah Tuan Mufti Negeri Pulau Pinang. Patutlah dimana sahaja aku jumpa ustaz-ustaz dan penceramah yang hebat-hebat mesti pernah berguru dengan beliau. Dan saja aku nak bagitau, tidak ada seorang pun ahli politik tersenarai dari mana-mana belah pihak. Jadi, jangan fanatik tak tentu pasal.

Aku mengaku, aku telah buat silap kerana terdorong untuk tidak berfikir panjang dan bersama-sama puak yang salah, aku mencela keputusan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang penggunaan 40 kalimah khusus agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama lain.

Aku mohon maaf. Aku terlupa akan firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan mu itu."

Benarlah firmah Allah yang Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, selepas beberapa ketika daripada kejadian tersebut. Aku diberi ilham oleh Allah S.W.T, berfikir. Apa yang aku buat. Bagaimana orang seperti aku, boleh menyanggah keputusan Majlis Fatwa. Kemudian aku mula mencri jawapan. Dan aku temui.

Apa yang digembar-gemburkan oleh surat khabar ternyata salah. Berdosa besar menulis perkara sebegini dengan tidak adil. Ini menimbulkan kekeliruan akidah di dalam diri seorang muslim. Malah menjatuhkan martabat Majlis Fatwa dan secara langsung Yang Pertuan Agong kerana beliau sendiri yang memperkenankan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Pulau Pinang.

Sebenarnya ini adalah sekali lagi permainan tidak bertanggungjawab politik di Malaysia. Politik sampai mempermainkan akidah orang Islam. Berdosa besar dia yang menulis. Saya teliti fatwa berkenaan di laman web majlis fatwa. Fatwa tersebut dikeluarkan pada 7 Januari 2010. Cerita 4 tahun lepas, selepas cubaan berkali menjatuhkan negeri pulau pinang kerana diperintah oleh parti pembangkang. Setelah dulu, isu azan, kemudian isu tulisan mandarin di signboard, kemudian isu parking berbayar, seterusnya isu kereta MB dan kini, isu lama yang diulang tayang dan diputar belit.

Sedikit point-point penting daripada fatwa yang dikeluarkan (disembunyikan oleh pihak tak bertanggungjawab):
1.  Kalimah-kalimah tersebut tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam
2. Orang Islam wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur PENGHINAAN dan PENYALAHGUNAAN terhadap kalimah-kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub.
3. Semuanya ada 40 kalimah semuanya (semak di laman web majlis fatwa)

Dan point last, yang paling penting:

4. Mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahanny dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.

Kalau betul, betul difahami daripada fatwa yang dikeluarkan, orang bukan Islam bukanlah tidak boleh menggunakan kalimah tersebut. Mereka dilarang menggunakan dengan maksud yang salah atau menyelewang perkataan tersebut daripada maksud yang asal.

Contohnya. : Ahmad mengajak Ah Yong ke rumahnya untuk meraikan majlis hari jadinya, dan Ah Yong menjawab "InsyaAllah, kalau sempat saya datang."

Penggunaan kalimah Allah diatas adalah betul. Tidak salah dan tidak menyeleweng. Jadi ia tidak menjadi kesalahan.

Ini bukan sahaja praktikal untuk orang Melayu Islam. Sama juga orang India dan orang Cina. Cuba lihat dulu kita dikejutkan oleh isu perkataan "keling". Orang India tidak suka dipanggil keling. Maka, menggunakan perkataan keling dengan sesuka hati boleh menimbulkan perselisihan kaum. Salah disisi undang-undang negara.

Sama saja kan dengan isu 40 kalimah khusus agama Islam.

Fikir-fikirkan.

Sekian.

Tuesday, January 14, 2014

Dia Pakai Cap, Dan Dia Lebih Islamik Daripada Aku

Assalamualaikum

Tajuk post sebelum ini agak panas. Marah orang perempuan dekat aku. Jadi, tajuk post yang ini aku pilih yang lucu sikit (lucu ke?kalau tak, maaflah - orang biasa cakap aku nie takda sense of humor). Redakan yang panas-panas dulu. Kalau selalu sangat tulis benda-benda panas, nanti kena gam pulak. Sudahlah aku kena gam tulis pasal politik. Sampai sekarang makan hati. Biarlah. Barang yang lepas jangan dikenang.

Pepatah mat saleh ada menyebut "Dont Judge The Book By Its Cover" banyak jugak pepatah melayu yang membawa maksud yang serupa. Namun tiada diantaranya yang lebih istimewa daripada yang lain kerana semua pepatah ini ada tempat untuk kegunaannya. Bukan boleh main bedal je.

Dulu cikgu aku pernah cakap, pepatah melayu ke mat saleh ke cina ke india ke rom ke parsi ke semuanya hanyalah hawa telinga. Pepatah-pepatah tue hanya sesuai dengan keadaan yang tertentu sahaja. Manusia nie, penuh dengan alasan dan putar belit. Dulu masa aku darjah 4, umur 10 tahun, timbul isu "Walaupun I tak pakai tudung, tapi I beriman.". Kalau budak zaman itu masih ingatlah.

Isu keserasian dan keharmonian iman di dalam hati dan cara kita menampilkan iman itu. Biasanya orang cakap luaran tak sama dengan dalaman. Betul, setuju. Tapi dari segi pakaian dan iman. InsyaAllah biasanya kedua-dua akan seiring dan sejalan. Pemahaman begini adalah level permulaan bila kita nak mendidik iman kita.

Level iman dan ilmu agama kita tidak sama. Jadi tidak boleh kita menilai seseorang dengan cara yang sama. Macam aku cakap awal tadi, kronologi kita mendidik iman pada peringkat permulaan adalah dari jenis paksaan. Cuba menutup aurat dengan penuh, contohnya. Berpuasa. Solat sunat dan lain-lain lagi.

Maaf, sebelum kita lebih jauh. Aku nak tekankan, ini adalah pandangan peribadi aku sahaja. Bukanlah sesuatu untuk pegangan korang yang membaca. Aku menulis bukan nak suruh korang ikut aku tapi aku nak ajak korang berfikir sama-sama dengan aku.

Kita kembali ke level iman permulaan tadi.

Dulu masa kita masih dalam fasa pembelajaran dan pembentukan iman. Maksud aku masa kita kecik. Kita dididik cara berpakaian, cara bercakap, cara melakukan sesuatu untuk membentuk iman di dalam diri kita. Sebab itu kita selalu diberitahu bahawa, iman dalam diri mesti kena jive dengan pakaian luaran.

Tapi bila kita dah besar kita makin celaru dengan konsep tersebut. Kenapa? sebab secara peribadi aku jumpa orang yang berpakaian biasa-biasa (mestilah menutup aurat), maksud aku berseluar jeans, t-shirt roundneck, baju kemeja lebih islamik daripada yang berjubah, serban dan berjanggut. Inilah masa yang sesuai untuk pepatah "Dont Judge The Book By Its Cover". 

Islamik in what sense? Percakapan dia, perlakuan dia, adab dengan rakan, pergaulan dan tatasusila dia menampakkan dia islamik, malahan lebih islamik daripada yang berserban dan berpurdah. Aku tidak menilai mana yang lebih baik. Bukan itu tujuan aku. Aku terbuka setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

Aku melihat orang dengan imej Islam ini kadang-kadang terlupa yang dia membawa beban agama secara langsung. Lalu dia melakukakan sesuatu yang membuat orang jauh dari agama. Aku lihat peringkat ini adalah level iman yang kedua. Dimana iman bukan untuk kita seorang tetapi iman untuk memperingati atau menjadi contoh kepada orang lain.

Ada seorang kawan aku, berjanggut, selalu berserban dan berjubah. Sembang pasal jihad fisabilillahi. Mohon kawan-kawan yang bekerja menyumbang kepada perjuangan mereka. Namun aku tegur dia merokok 3 batang sepanjang kami berbual. Dia balas selamba "Benda dah tak boleh tinggal bro". Manakah jihad yang lebih aula.

Aku bicara pasal isu semasa dengan kawan yang pakai cap, roundneck dan jeans. Dia menukar perbualan kami kepada tajuk syukur yang bukan hanya ucapan alhamdulillah, tapi syukur dengan lebih harmoni. Syukur yang lebih besar yang tak pernah orang-orang macam aku terfikir. Subhanallah.

Perkara sebegini yang selalu berlaku membuat aku lebih suka bergaul dengan mereka. Aku tahu, dia pakai cap, dia pakai jeans, dia drive Honda City, dia ride motor besar, dia pergi kuliah lepas maghrib, dia menerima perbezaan masyarkat di sekelilingnya dan dia mengahwini dengan wanita sepertinya. Mudah dan senang aku lihat mereka. Dan aku dapat rasa dia lebih Islamik daripada aku.

Sekian.

Sunday, January 12, 2014

Perempuan Banyak Makan, Banyak Tidur

Assalamualaikum

No Hurt Feeling. Heh heh heh. Aku cakap awal-awal. Kalau tak kena tidur luar malam nie. Aceh! pesal pulak tidur luar. Gedik!. Aku tau korang nak cakap macam tue. Biarlah.

Abaikan rangkap diatas. Dah lepas 12 tengah malam, mata dah mengantuk tapi aku tak dapat tidur. Aku membaca dan terus membaca sampai aku ketemu artikel yang menarik. Hakikat yang logik akal manusia. Ya, perempuan makan dan tidur lebih banyak daripada lelaki. Serius.

Walaupun aku tak tau dari mana sumber artikel dan tahap kebenarannya, tapi aku rasa hujah yang diutarakan adalah sangat logik setelah aku cross reference dengan pengalaman dan pemerhatian sendiri. Aku masih serius.

Sesapa yang tengok lawak ke der 2, bahagian Haris Iskandar korang pasti macam familiar dengan perkara yang aku nak bincangkan nie. Perbezaan antara lelaki dan perempuan. Otak perempuan sememangnya boleh menyimpan lebih banyak maklumat berbanding lelaki. Memang benar. Kajian telah dijalankan.

Sebab wanita menyimpan banyak maklumat dan secara automatiknya lebih banyaklah maklumat yang perlu diproses. Jadi, lebih banyak tenaga diperlukan. Tak kira sama ada, dia suri rumah atau bekerja. Secara semulajadi wanita diciptakan sebegitu.

Orang lelaki bukan tidak menyimpan banyak maklumat, tapi mereka menyimpan yang penting sahaja. Details yang tidak penting tidak disimpan. Mereka (kami) juga diciptakan sebegitu. Sebab fungsi masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain.

Kalau kita tengok mak kita. Semua benda dia ingat. Kat mana letak stoking, warna apa, dah basuh ke belum, kedai mana bawang murah, kedai mana kicap murah, suami dia suka makan apa, anak dia suka makan apa, macam mana nak masak kari ayam, macam mana nak masak nasi dagang dan beribu lagi benda dia kena ingat.

Ayah kita? urmmmm "nothing". Nothing bukan bermakna dia tak simpan maklumat langsung, dia maksudkan "nothing important to you, if i would tell". Kalau ayah/abah nak cerita pun, bukan kamu boleh selesaikan. Macam tue dia pikir, so tak payah buang masa cerita kat kamu. Berapa sangat tenaga yang orang lelaki perlukan untuk otak. Nak tengok orang lelaki makan banyak, tue haa tgk orang kerja kontrak, kerja ladang kelapa sawit yang duk chop buah tue. Orang opis KLCC semua makan nasi separuh je. Kui kui kui.

"Orang perempuan, pun sama jugak nasi separuh je ktorg tengok"

Tue yang korang tengok, memanglah. Orang perempuan takkanlah nak makan banyak depan lelaki. Jatuh sahamlaaa. Cuba tengok yang tapaw tue, tak pun korang pergi kat workstation dorang. Krepek ubi, biskut oreo, sos cili macam nak meniaga kedai runcit.

Benda nie tak salah, aku tulis nie bukan nak cakap wanita salah. Taklah, mana ada. Aku tulis ini hanya nak sampaikan info dan aku harap kita semua hamba Allah, menghargai kejadian manusia yang serba kerkurangan dan kelebihan masing-masing. Untuk apa? untuk saling melengkapi =).

Sekian.

Friday, January 10, 2014

Jumaat Ini

Assalamualaikum

Hari ini aku pindah office baru. Dari KLCC yang sangat-sangat dibanggakan oleh sebilangan rakyat Malaysia ke sebuah menara yang nama dia pun macam nama sayur ja, tak glemer langsung. Menara Binjai di jalan Ampang.

Namun jangan suka-suka judge dari sudut luaran. Walaupun nama dia macam nama sayur, tapi dalam dia serius macam rumah tauke ladang sayur Cameron Highland. Kalau orang-orang muda cakap "Perghh.."

Milik Ku

Ada gift dalam laci

Ada Kad

Kerusi Company Man

Bergambar di Sky Garden


Yelah, dulu aku di office lama macam di anak tirikan. Kata ja, Drilling. Kata ja, EnP. Kata ja, core business. Tapi workstation pun kena share. PC bukan lembab tahap siput lagi dah, lagi dahsyat daripada siput. Division lain adalah jugak pergi team building ke dinner division ke. Division aku? Jemputan berbuka puasa pun pilih-pilih orang je.

So berkat hari Jumaat ini, aku berpindah ke office baru. Tinggalkan office yang penuh dengan politik kotor, SV yang hanya ambil credit atas kejayaan dan buang kau jauh-jauh bila kau gagal, kawan-kawan yang awalnya ajak berjaya sama-sama, tapi last-last sembunyi, makan sorang. Aku dah tawar hati dengan suasana macam tue.

InsyaAllah di office baru, benda tue semua tak payah nak fikir lagi. Biar aku teruskan dengan cara aku dan mereka dengan cara mereka. Semoga Allah beri petunjuk kebenaran kepada kami semua.

Solat jumaat tadi, aku tersalah percaturan. Hujan rintik, macam dah lewat. Aku masih lagi mengikut nafsu untuk pergi makan. Akhirnya sampai elok-elok ja, orang azan. Aku baru nak ambil wudhuk. Eloklah, dengar kuliah berdiri. Masjid penuh. Penuh perhatian aku dengar setiap apa yang diucapkan khotib.

Aku jangkakan khutbah persediaan menyambut Maulidur Rasul minggu depan. Tak sangka pula khutbah isu semasa. Alhamdulillah, ada juga ilmuan tak disumbat mulut. Semoga Allah bantu kami semua.

Malam nie, macam nak tidur saja. Esok ada banyak lagi kerja nak buat nieh. Kerja persediaan seterusnya. Heh heh heh heh.

Sekian.

Wednesday, January 8, 2014

Hiburan Ringan-Ringan?

Assalamualaikum

Berita hari ini. Tun M sebut hiburan ringan-ringan. Apa benda dalam otak dia hiburan ringan-ringan agaknya. Hahahaha. Dan semestinya korang mesti menyimpan fikir tentang perkataan "ringan-ringan". Please, aku pun orang Malaysia.

Semua orang tak boleh nak definisikan hiburan yang sesuai dengan khalayak ramai dan tidak mendatangkan keburukan.

Kisahnya bila orang-orang yang bercakap pada media tidak faham Islam sebetulnya. Kisah Hard Rock Cafe versi nasyid. Orang tulis di FB, analoginya macam perempuan free hair yang jadi model tudung. Bila sebut hiburan dalam Islam terus dikaitkan dengan nasyid. Jumutlah.

Jangan sebut nasyid bila nak gambarkan Islamik. Kenapa kita nak tengok apa yang tak boleh. Kita patut buka minda kita dan tengok apa yang boleh. Pada aku, buat masa ini takpalah mungkin Hard Rock Cafe nasyid adalah permulaan. Aku mohon, penambah baikkan dibuat lagi. Kalau jumut sekadar nasyid nanti gulung tikarlah cafe tue.

Memanglah, rezeki tue Allah yang bagi. Tapi kita kena usaha. Aku lebih suka tengok hiburan Islamik ini adalah hiburan yang Halal selagi tidak ada unsur Haram. Macam mana pulak tue, Hard Rock Cafe kan berkonsepkan live band. Panggillah live band main. Apa masalahnya kalau, penyanyi lelaki menutup aurat, berpakaian sopan, biarpun sehelai t-shirt kolar bulat dan seluar jeans. Nyanyilah lagu yang disukai. Apa salahnya rock kapak? apa salahnya pop yeah-yeah?

Sekali sekala, buatlah malam istimewa. Dijemput, kumpulan marhaban, berzanji, panggil habib, panggil ustaz beri tazkirah. Santai-santai. Takda salahnya. Jangan dipanggil yang heavy metal, black metal, yang terkangkang, tertonggek, tergedik sudahlah. Apa masalahnya.

Peliklah Malaysia nie. Bila Pas mula terbuka nak buat "Gig", Umno pulak nak jumut hanya dengan nasyid. Fikir-fikirlah.

Allah haramkan kita makan bangkai, tapi ada banyak lagi yang Allah halalkan dan lagi sedap daripada yang Allah haramkan tue. Ada nasi briyani ayam, kambing, daging. Ada nasi hujan panas, nasi kerabu, pulut kuning, kek coklat, ABC, nasi kandar, sirap limau dan ribu-ribu lagi makanan lain. Kenapa kita cuma nak makan nasi putih dan telur goreng sahaja bila tak boleh makan bangkai?

 Sekian.

Baru Baru

Assalamualaikum

Selamat tahun baru=). Alhamdulillah sampai jugak kita ke tahun yang baru. Kesimpulan untuk tahun 2013 yang sudah berlalu. Apa yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan teladan. Hakikatnya belajar daripada pengalaman dan kesilapan.

Bila masuk saja tahun baru sudah semestinya orang akan cakap pasal azam baru. Sudahlah, biar orang lain cakap pasal azam-azam nie. Blog lain mesti dah banyak tulis pasal azam, matlamat dan target untuk tahun yang baru ini.

Aku?

Entahlah, permulaan tahun baru aku di Kayu Nasi Kandar. Makan nasi kandar, ayam goreng, telur masin, sayur kubis goreng dan kuah campur. Minum limau ais. Hahaha, macam tengah order pulak. Malam 12 malam aku di kedai mamak atau lebih glemer "Mapley". Lapar oi. Sedar-sedar dah dengar bunyi tembakan bunga api, then baru dorang alih channel TV ke live sambutan tahun baru. Kira oklah, aku makan kat kedai, takdanya aku sibuk-sibuk nak berhimpit-himpit tengok konsert.

Namun malam tersebut jugak, ada benda yang tak sedap berlaku. Atas sebab-sebab tertentu, aku tak bolehlah nak cerita kat sini. Namun main point nya, orang yang bukan dalam situasi kita, takkan pernah faham keadaan kita sampai bila-bila pun. Biarlah sebaik macam mana pun dia dengan kita, se special mana pun dia sebagai kawan kita. Akhirnya semua orang hanya akan pentingkan diri, sedang mereka masih mengaku mereka adalah kawan kita yang terbaik.

Tahun ini juga insyaAllah, satu lagi episod baru dalam hidup aku akan bermula. Sedang dalam fasa persediaan.

Aku jugak dipindahkan ke projek baru. Alhamdulillah, kat sana aku rasa lagi best. Jauh daripada politik di line department, jauh daripada gosip rakan kerja yang back stabbing, pentingkan diri, dan kawan yang hanya pandai bermain dengan kata-kata. Aku lebih suka di projek, buat kerja sendiri, biarpun hampir setiap hari aku balik rumah dekat-dekat atau lebih pukul 7 mlm. Semoga Allah beri petunjuk kepada kami semua.

Musim orang kahwin pun dah berlalu kot. Rasanya baru ja lepas jemputan kenduri kahwin yang bersusun. Nie dapat lagi beberapa jemputan untuk bulan February. Untuk mereka yang baru dan akan mendirikan rumah tangga, tahniah dan selamat pengantin baru. Huh, peer pressure!.

Selebihnya, tahun baru ini aku mohon Allah permudahkan segala urusan, lindungi aku dan orang-orang yang aku sayang dan Allah murahkan rezeki aku, cepat-cepat kayo! Hahahaha.

Sekian.