Hari ini dalam sejarah, setelah berkahwin lebih sebulan. Hari ini adalah hari pertama aku seterika seluar aku sendiri selepas kahwin dengan isteri tersayang ini. Bukan sebab isteri tak nak seterika, tapi beliau terlalu letih. Sudahlah menghadap bermacam-macam perangai pesakitnya di wad. Kemudian menghadap pula perangai kawan-kawan sekerja yang juga bermacam ragam. Balik rumah, memasak pula untuk aku berbuka puasa sambil-sambil basuh dan keringkan baju.
Namun bukanlah, aku berkecil hati. Cuma lama tak seterika baju dan seluar sendiri. Dah kekok pula. Macam poyo pulak kan. Tapi serius, aku seterika dengan sangat berhati-hati tadi takut lari dia punya garisan. Aiceh! walhal sebelum kawin, aku redah je mana-mana garisan kat seluar tue. Bukan apa, satunya aku tak maulah nanti kawan-kawan aku perasan ada 2 garisan, nanti dicakap isteri aku tak pandai seterika seluar pula, walhal aku sendiri yang seterika. Kedua, nanti akan menyusahkan isteri aku nak jadikan satu garisan balik pada seluar ini. Dah jenuh dia kena tekan seterika. Kesian isteri sendiri.
Cerita seterika baju dan seluar ini dah lama sebenarnya aku nak cerita. Dulunya sebelum kahwin, antara perkara yang paling aku malas nak buat adalah seterika baju di subuh hari sebelum pergi kerja. Dan setiap kali bilamana aku nak seterika baju, aku akan sebut-sebut "Kalaulah ada isteri kan senang. Tak payah seterika baju". Jadi selepas kahwin, isteri aku pun dah ketahuan dengan perangai aku yang malas nak seterika baju kerja. Jadi memang dia akan seterika baju kerja aku stok untuk seminggu. Termasuk baju uniform kerja dia.
Disebabkan banyak baju nak kena seterika aku terpikir, mungkin aku patut belikan dia papan seterika yang lebih kukuh, seterika yang lebih berat dan kerusi yang lebih selesa untuk dia duduk seterika baju. At least menunjukkan aura keperihatinan seorang suami mithali, perghhhhh. Oklah, dah melalut aku nie. Anyway aku cuma nak cerita kepelikkan aku seterika seluar kerja sendiri selepas hampir 60 hari berkahwin.
Sekian
Walaubagaimanapun aku tetap rasa cool dengan watak, Tony Stark sebagai Iron Man.
No comments:
Post a Comment