Assalamualaikum w.b.t
Komplen sebenarnya perkataan bahasa inggeris yang dieja complaint. Dalam bahasa melayu ia bermaksud aduan dan kata kerja untuk perkataan tersebut ada mengadu. Namun agak jeleklah sangat dalam percakapan seharian nak menggunakan perkataan "mengadu" berbanding complaint yang telah dimelayukan komplen. Bukan aku sahaja tapi mungkin sebahagian besar masyarakat Melayu pun sama.
Sekadar penjelasan dan pencerahan sahaja kali ini. Aku janji, pendek sahaja aku tulis kali ini. Terdapat besar jurang perbezaan antara komplen dan kritik. Komplen jika diterjemahkan kedalam ayat bahasa melayu akan jelaslah maknanya. Namun sayangnya masyarakat kita suka ceduk bahasa masuk ke dalam perbualan seharian sehingga diri sendiri terkeliru antara komplen dan kritikan.
Komplen biasanya datang dengan perasaan emosi dan lebih bersifat peribadi. Namun kritikan berbeza. Ia datang dengan fakta atau teori tertentu. Ia lebih professional dan objektifnya bersifat masyarakat umum. Kritikan diperlukan manakala komplen cuba dielakkan. Melalui kritikan kita boleh mengukur respons dan impak terhadap sesuatu. Kritikan boleh jadi positif dan negatif.
Komplen pula biasanya digunakan untuk mengukur teruknya prestasi sesuatu. Lebih banyak komplen/aduan bermakna lebih teruk prestasi. Komplen juga selalunya banyak yang tidak berasas kerana komplen selalunya sifat orang yang tidak bersyukur. Dalam part ni aku setuju dengan ramai pakar motivasi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment