Assalamualaikum w.b.t
- Aku nak catatkan dekat sini. Esok-esok kalau syarikat ini terkenal mungkin mereka boleh jumpa sejarah penubuhannya dekat sini.
- Kami mula syarikat dengan 4 orang. Aku (Syafiq), Ivan, Khairemi dan Kishen. Dua tiga malam juga aku memikirkan idea nama untuk syarikat ini. Aku letakkan nama kami semua tapi ini tidak aku kongsikan dengan sesiapa. SIKK, IKKS, KKIS, KIKS Consultancy.
- Tapi aku tak jumpa susunan dan cantik dan sedap disebut. Aku cuba yang ini dulu sebab aku pegang kata-kata Iqbal. Kalau buat band letak nama sendiri. Jadi bila buat syarikat aku cuba dulu letak nama sendiri. Tapi tak jadi.
- Khairemi cadangkan secara rasmi dalam group whatsapp kami, Ivan Dan Rakan-Rakan Consultancy. Sekali macam nama klinik pulak.
- Daripada nama Ivan dan Rakan-Rakan Consultancy, aku ubah jadi INR Consultancy. Ivan tak setuju mulanya sebab menggunakan nama dia.
- Aku mencadangkan kami berempat daftar SSM menggunakan nama INR Consultancy sahajalah. Dan kalau orang tanya apa maksud INR, belasah lah letak Innovative Neighbourly Resilient.
- Namun tengah hari 23 June 2021 (tengah hari tadi), aku rasa nak marhaenkan sedikit nama syarikat ini dan malam ini aku cadangakan yang terakhir seperti gambar di bawah
- Dan INR bermaksud, Intellectual Neighbourhood Residence. Dalam bahasa Melayu bermaksud, Kediaman Kejiranan Intelektual.
- Aku nak syarikat kami ini menggambarkan professional, cerdik tetapi amat memahami suka duka menjaga keselamatan dan keselesaan kehidupan hidup berjiran.
- Kami akan fokus satu bahagian demi satu bahagian dalam mengurus kediaman strata. Kumpul modal dan insyaallah kalau ada rezeki INR Consultancy akan jadi pengurus kediaman strata yang hebat di Malaysia.
Sekian.
atau
No comments:
Post a Comment