Assalamualaikum w.b.t
- Semalam aku mendapat aduan daripada penyelia pejabat pengurusan bangunan kediaman aku. 4 kali beliau telefon aku dalam masa 15 minit bertanya tentang seorang penduduk yang cuba mendapatkan kebenaran parkir secara percuma di parkir pelawat. Penduduk ini sebenarnya telah pun mendapat kebenaran parkir berikutan terpaksa menjaga ibu dan bapa yang kini duduk bersama.
- Kali pertama permohonan diberikan kelulusan atas alasan ibu bapa hadir duduk bersama untuk ke pusat vaksinasi. Kemudian ibu dan bapa datang lagi untuk duduk selama 2 minggu dalam bulan Jun atas alasan untuk menjaga ibu yang perlu ke pusat dialisis. Permohonan diluluskan.
- Permohonan ketiga dibuat untuk dipanjangkan kebenaran menggunakan parkir pelawat selama sebulan dalam bulan Julai kerana ibu dan bapa tidak dapat pulang berikutan PKPD. Sekarang permohonan keempat pula tiba untuk dipanjangkan lagi satu bulan dalam bulan Ogos sehingga awal bulan September.
- Aku bagitahu kepada penyelia bangunan. Aku akan bincang dengan komiti dan insyallah kebenaran akan diberikan tetapi ini adalah kebenaran terakhir kerana PKPD di rumah ibu bapa telah pun berakhir. Kedua, penduduk ini telah menipu kerana dia parkir kereta sendiri yang dia guna untuk pergi kerja setiap hari di parkir pelawat tingkat bawah. Dimana dia parkir kereta bapa dia? Aku tak pasti.
- Aku minta pengawal pergi tengok siapa parkir di parkir yang dimiliki oleh penduduk tersebut di tingkat atas. Pengawal keselamatan ambil gambar. Itu kereta suami dia. Penduduk ini pula, dia nak minta kebenaran untuk guna parkir secara percuma tapi mulut dia longkang gila. Dia ingat kami JMB ni kerja dengan dia ka?
- Dia kata visitor parking adalah hak dia. Kepala hotak dia! Dalam AGM semua penduduk yang hadir telah setuju setiap unit hanya punya hak 9 hari untuk menggunakan parkir visitor secara percuma setiap bulan. Sekarang dia telah guna lebih 40 hari parkir visitor secara percuma. Dia ada mesej aku secara peribadi. Sama jugak. Mulut longkang. Tapi bila dia telefon pengerusi JMB, dia menangis konon play victim.
- Esoknya dia call pejabat pengurusan tanya status parkir dia. Aku rasa, masa aku dengar perbualan dia dengan pengerusi. Pengerusi cakap bagi satu atau dua hari untuk komiti berbincang. Kemudian mendapatlah dia jawapan. Komiti belum buat keputusan. Dia boleh cakap "you tak perlu tunggu komiti, you call chairman terus tanya. Semalam saya dah cakap dengan dia." Wah! chairman pun kerja dengan kau ke?
- Orang kalau dah biasa hidup guna kabel ni macam ni la kot. Dia ingat dia punya satu call kepada pengerusi JMB boleh setel masalah dia. Orang lain pun bayar maintenance fee lah!
- Pengajaran dia dekat sini. Kita ni manusia hidup satu hari kita akan perlu bantuan orang. Jadi kita kena jaga mulut kita. Jangan duk cakap sebarangan. Kita jangan duk ingat di tempat kerja kita senior, ada ramai budak-budak kerja bawah seliaan kita. Balik rumah kita nak bawak pangkat kita depan orang lain. Jawatan tu tolong tinggal tempat kerja. Jangan bawak balik. Mentang-mentang budak-budak pejabat pengurusan sini semuanya muda-muda.
- Menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment