Saturday, October 16, 2010

love request 1

D' dapat melihat semuanya dengan jelas seperti seorang "lelaki", uppss D' memang seorang lelaki pun hehehe...seorang lelaki yang seakan hanya mampu melihat dari sebuah jendela bilik di blok asrama. Melihat atau dalam perkataan, mat mat rempit dari citer adnan sempit kat pawagam tu "usha der". 3 tahun seorang mat kental yang agak hensem berlaptop tidak berpunya, lagi tidak berkereta, menyimpan perasaan terhadap seorang wanita bergelar "gadis berbaju kurung". Haha.

Ini sah dan tidak syak lagi. Sebuah kisah cinta yang terpendam lama dalam hati seorang jejaka, yang tak mampu diluah mengikut rasa, kerna takut direject bilamana cinta tidak diterima dan si jejaka D' akan terus terluka.

Gadis berbaju kurung ada misteri disebalik nama. Fantasi menjadi realiti namun D' merasa rendah diri. Pada D', si gadis berbaju kurung bukan seorang gadis yang biasa-biasa tapi dapat mencipta seribu rasa dan memberi bahagia sehingga ke akhirnya. Pendek cerita "nielah dia bakal isteri di suatu masa".

Namun kisah cinta akan terus menjadi kisah cinta hingga terbukti kesahihannya atau hilang sebagai mitos atau cerita cerita legenda. D' yang hanya menyimpan rasa setelah sekian lama masih tak mampu untuk berbuat apa. "aku tengah bersedia" itu katanya. nasihat pada D' jangan tunggu lama lama. kalau tak nak, kasi kat penulis "Gadis berbaju kurung" urmm boleh tahan juga. setakat ini belum nampak lagi cacat cela, pada agamanya, adabnya, tatasusilanya dan juga paras rupa.
to be continue...

2 comments:

Anonymous said...

owh..si D' dah siasat tentang si baju kurung...bagusla...jd si D' boleh la mengubah diri utk jd yg terbaik kalu mahu yg terbaik....

ridhwan said...

sape oil??