Monday, August 29, 2011

Nak Raya Pun Kena Ada Ilmu...

malam nie ase nk tulis tapi malas plak nk menaipnyer, xpelah saja nk sebar sebarkan dan uar-uarkan. xyah formal la yer mcm post sebelum nie.

seperti yang kita tahu Aidilfitri merupakan hari kemenangan kepada semua orang Islam yang melalui ramadhan secara bersungguh sungguh, tekun dan sabar. ada org sanggup naik kreta pusing 1 kedah dari 1 masjid ke 1 masjid untuk merasai keindahan solat dan mengutip pengalaman bila berkelana, punya la bersungguh-sungguh. ada orang tiap2 malam qiyam ataupun 10 malam terakhir tiap pagi bangun pukul 4pg, solat tasbih, solat tahajjud, solat taubat dan lain2 solat lagi, punya la tekun. ada orang lengkap 29 malam solat terawikh 20 walaupun hujung2 nie ada surau atau masjid dah tinggal imam dgn bilal tp dia solat jgk sampai 20 punya la sabar.

hebat orang2 mcm nie...

tapi bila tiba sahaja syawal, rugilah kalau orang yang mcm nie terus hilang terus xnmpak lg di masjid. dalam 1 hadis Nabi Muhammad S.A.W meluahkan rasa kasihan kepada sorg hamba Allah: "Semoga Allah mengasihani abdullah..." kerana orang itu di ramadhan dia bangun setiap hari dia solat jemaah, baca quran, qiyamullail tp bila berakhir ramadhan, masuk saja syawal dia terus tinggal semua amalan yang dilakukan di ramadhan. Nabi S.A.W sendiri mengasihani org2 seperti ini. 

jadi Syawal yg tiba ini perlulah kita beringat-ingt kerana dalam Islam org yang diingatkan itu akan mendapat kebaikkan dan orang yang memperingatkan juga beroleh kebaikkan. 

jadi berpesan2 kepada sanak saudara serta sahabat sahabat kita, antara amalan sunnat yang dianjurkan kepada kita bila menjelang hari raya Aidilfitri:

1. yang pertama pada malam raya ialah bertakbir Allahuakhbar atau lebih cantik takbirnya ialah takbir raya. kalau xmau bertakbir bertasbih, Subhanallah. kalau xmau tasbih bertahmid, Alhamdulillah. kalau semua xmau baik duk diam2. tidur sahaja. jangan duk pi tunggu expo mlm tunggu harga baju turun. sbb dekat sana banyak permandangan2 yg akan merosakkan amalan kita.

2. yang kedua bila berakhirnya malam bangun pagi, mandi sunat Aidilfitri. seboleh2nya mandi sebelum menunaikan solat subuh. cara mandi sunat nie ada maccam maccam. berdasarkan ilmu dari tazkirah2 raya saranan para Ust. adalah mandi seperti mandi wajib cuma niat sahaja mandi sunnat aidilfitri. 

3. yang ketiga lepas mandi sunat, pakai pakaian yang terbaik atau dalam bahasa kita, pakai hak yang paling baru. kalau xdak yg baru pakai yang plg bersih dan cantik.

4 yang keempat. dah siap pakai baju semua, pakai wangi-wangian. nie sunnat nie..pakai la one drop ka apa lg munif hijjaz ka..xkisah janji wangi amik sunnat.

5. yang ke lima. dah siap semua makan dahulu sedikit sebelum keluar ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. yang lebih afdal itu makanlah kurma dalam bilangan yg ganjil. kalau sebelum nie xbiasa makan pagi. tp pagi raya tahun nie buat record sikit, demi amik sunat nie..setahun sekali saja nie.

6. yang keenam, lepas siap semua ada yang nk beraya dulu dgn keluarga silakan. kemudian pergi ke surau atau masjid. ikut jalan jauh. kalau boleyh ikut jalan paling jauh yang termampu. sebab apa? sebab di pagi raya Malaikat akan beratur di sepanjang jalan mendoakan orang2 yang melaluinya untuk dgn niat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri supaya si fulan itu dirahmati Allah dan kembali menemui ramadhan yang akan datang. kemudian sesudah selesai solat sunat aidilfitri, balik ke rumah ikut jalan paling dekat. sunatnya adalah mengambil jalan yang berbeza. td dah jalan jauh balik amik jalan dekat la pulak..

7. yang ketujuh, sunat dianjurkan untuk kita menziarah kubur. tidak ada masalah untuk ziarah kubur walaupun ziarah kubur hari2 lain pown boleyh tp sunat dianjurkan di pagi raya untuk menziarah kubur. moga dengan rasa rendah diri dan takut pada Allah akan diterima segala doa dan mengingatkan kita untuk membawa bekalan yang cukup untuk ke alam barzakh.

8. yang kelapan. sunat untuk kita ziarah menziarahi. sepanjang syawal nie kita dihidangkan pelbagai rancangan tv dari tv1 sampai tv9. belum masuk astro lg..sapa ada astro xtau la..so jgn duk kt rumah ja..pergilah menziarah jiran, kawan, saudara dan lain2.

9. yang kesembilan iaitu yang ke penghabisan. pelihara ketaatan dan taqwa kita di dalam ramadhan. lepas ramadhan quran jg terus tinggal, solat jemaah perlu diteruskan, qiyamullail, sedekah dan amalan2 lain. kalau xboleyh buat setiap hari pun buatlah beberapa kali dalam sebulan untuk memelihara taqwa dan ketaatan kita. kualiti ramadhan kita terletak pada sifat kita sesudah meninggalkan ramadhan. 

sekian tazkirah raya.
penat jari dan menaip...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
minx maaf tahun nie penulis xhantar kad raya...xsempat nk g beli...
insyaAllah tahun depan andai dipanjangkan umur..

renung2kan dan selamat beramal

Sunday, August 28, 2011

Leaving Ramadhan with Pride

esok mungkin adalah hari terakhir kita melalui ramadhan dan sebagai yang kita semua ketahui dan pastinya terdengar di mana surau dan masjid di Malaysia, firman Allah dalam kalamNya yang bermaksud:

"Wahai orang orang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada umat umat sebelum kamu semoga kamu menjadi orang orang bertaqwa"
(al-Baqarah : 183)

telah disebut Allah dalam firmanNya objektif atau matlamat puasa itu adalah TAQWA. Pada detik ini sungguh cantik jika kita mula menilai sudahkah kita memperolehi taqwa. taqwa didefinisikan oleh ramai ulama', namun mudahnya penulis mendefinisikan taqwa sebagai satu perasaan betapa kecilnya diri kita sebagai hamba kepada Allah yang menganjurkan kita untuk menurut perintahNya, meninggalkan laranganNya dan berharap kepadaNya.

Hebatnya ramadhan ini tertonjol oleh lembutnya hati muslimin dan muslimat yang dapat kita lihat meningkatnya kuantiti ibadah yang dilakukan. Ramai yang berjamaah di surau dan masjid, ramai yang bersedekah dan umat Islam lebih berhati-hati untuk mengelak larangan Allah. Semua ini dilakukan secara bersungguh sungguh untuk memperoleh taqwa. 

Namun segala amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan perlulah ditolak kepada Allah dengan doa. Antara doa yang penulis belajar adalah kita dianjurkan memohon:

"Ya Tuhan ku, jadikanlah usaha-usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni dan amal perbuatanku sebagai amalan yang diterima" 

Iktibar dari pengajuran doa ini adalah suatu peringatan kepada semua umat bahawa setiap amalan yang dilakukan perlukan disudahi dengan doa berharap Allah akan menerima amalan kita. Rugilah andai segala penat lelah kita sepanjang ramadhan ini tidak diterima Allah.

Namun ada jugak terdapat beberapa perkara yang menghalang amalan kita daripada diterima Allah, antaranya adalah:

1. Makanan yang kita makan yang menjadi darah daging kita. Selagi mana wujud perkara yang haram dalam badan kita maka selagi itulah amalan kita tidak diterima.
2. Isteri-isteri yang tidur dalam keadaan suaminya marah kepada dirinya. Selagi si isteri tidak memohon maaf kepada suaminya maka selama itu amalannya tidak diterima Allah.
3. Anak yang hidup dalam keadaan tidak diredhai Ibu-bapanya. 

terdapat beberapa lagi sebab-sebab amalan kita tidak diterima namun 3 faktor diatas adalah antara yang utama. seperti mana kualiti ibadah dapat dilihat pada zahir seseorang manusia, begitu juga bilamana amalan tidak yang tidak diterima Allah, juga dapat dilihat pada zahirnya.

Ulama' berpendapat bahawa antara tanda-tanda amalan tidak diterima adalah seseorang pelaku amalan itu meninggalkan amalan tersebut secara drastik selepas musimnya atau pada erti kata yang lain adalah tidak istiqamah. pada ramadhannya beliau bersolat jamaah namun bila menjelang aidilfitri bukan sahaja tidak bersolat jamaah, ingin menunaikan solat pun menjadi suatu beban kepadanya. Maka jelaslah ibadah yang telah dilakukan tidak menepati syarat ke 3 amalan diterima Allah iaitu Ikhlas.

Saudara dan saudari sekalian, moga-moga dirahmati Allah.
Berhati-hatilah menghadapi Syawal yang bakal menjelang kerana andai tersalah cara menyambut Syawal , sampai kita terlupa kepada tanggungjawab kita sebagai muslim maka rugilah amalan-amalan kita sepanjang ramadhan.

Penulis, Muhammad Syafiq Syahidzat Sabri ingin menyeru kepada semua permbaca tuntutlah ilmu kerana ilmu kita akan merasa HEBATNYA BERGELAR MUSLIM. Dan dikesempatan menjelang Syawal tidak lama lagi, penulis ingin memohon Maaf Zahir dan Batin serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan harapan Aidilfitri ini adalah tanda setiap diri-diri kita telah berjaya kembali kepada fitrah.   

Saturday, August 27, 2011

Pesanan Raya Abang Chaq Episode 1

Abang Chaq nak pesan kepada "Adik2" sekalian..

1. kena bijak dalam beribadat..
jangan dok bgaduh nak smayang terawikh 8 ka 20..
tp lepas smayang jangan p main mercun..
membazir tue amalan syaitan..
nak kawan ngn syaitan ka?

2. Islam itu tidak rigid..
bukan xleyh menyambut raya tapi hujung2 ramadhan jgn ditinggalkan..
ramadhan dan syawal tue bukan pilihan..
tapi pemberian..
boleh amik dua2..
untung orang yang meraikan keduanya..

3. jangan ikowt orang..
wat keja apa jgn ikowt orang..
orang pasang meriam buluh kita pasang meriam koq
kasi perang ini kampung..
malang tue xberbau..
tp bau ketupat dgn rendang mak lg sedap dari bau ubat2 kt hospital..

4. ilmu tue kunci ibadah..
wat ibadah xda ilmu tue gila...
ada ilmu xwat ibadah tue sia...
kalo bercakap biar berilmu...
kalo diam lg bnyak ilmu org tue...

5. pagi raya pown boleyh dapat banyak pahala..
sentiasa takbir dari malam sampai ke smayang di pagi raya..
lepas tue jgn duk takbir dah..
xda org buat lg..jgn wat record..
nak pi smayang ikowt jalan jauh..
sbb ada malaikat di sepanjang jalan yang mendoakan..
agar org yang melaluinya kembali bertemu ramadhan lg tahun hadapan...
nie bukan rekaan tp pedoman dari tazkirah Ust. Nizam

bersambung...

merajuk nk citer xkn bebaik xnk citer kowt...

aduhai sayang seribu kali sayang
setelah semuanya jelas
tiada lagi keraguan

bak kata anuar zain
"..keraguaaaaan ini, bukanlah padamu...
perasaaaaannn hatii masih rindu.."

aduhai sayang seribu kali sayang
setelah semua dicerita
tiada lagi rahsia

bukan seperti kata dato' siti
"..biarlah rahsia..'

aduhai ssayang seribu kali sayang
setelah simpulan dilepaskan
semuanya bukan kembali seperti biasa
tetapi lebih baik dari biasa

nampaknya ada artis kna wat lagu
"..perselisihan itu memaniskan hubungan..
setelah ia bijak diselesaikan.."

aduhai sayang seribu kali sayang
kini aku bernyanyi menagisi keraguanku
seribu kenangan
nyanyian didicazli

"..bagiku terlalu indah setiap detik bersama..
rela akhirnya ku terluka dariku hidup tanpa kenal cintamu.."

Tuesday, August 23, 2011

perlukah aku merajuk?

perlukah aku merajuk?
setelah kau kian menyepi
aku merindu
namun kau, ku tak pasti

perlukah aku merajuk?
kau yang kian menjauh
setelah kau berada sangat dekat
dan mengisi hariku dengan ketawamu

perlukah aku merajuk?
selalu aku ditinggal
di pertengahan perbualan
kalau ia bermula
walaupun kini ia jarang bermula

perlukah aku merajuk?
setelah aku terhukum rindu
kau yang tak mengerti
masih tersenyum
tiada apa yang berlaku

perlukah aku merajuk?
walaupun padamu aku masih tersenyum
walaupun padamu aku memahami

perlukah aku merajuk?

atau..

perlukah aku terus cuba untuk memahami?
dan terus mendiamkan diri?
terus tersenyum tanpa kau sedari?

Friday, August 19, 2011

belas2 ramadhan & segala yang indah

maaf belas2 ramadhan yang lepas terlalu sibuk dengan aktiviti2 harian dan aktiviti ramadhan. tarikh hari ini adalah 19 ramadhan 1432H. kita sudah berada dihujung ramadhan. begitu cepat masa berlalu sedangkan penulis baru tersedar dari lamunan mimpi dan mengerti kelebihan ramadhan itu sangatlah dahsyat dan tidak terdapat pada mana2 peluang lain. apatah lagi kini kita sudah boleh mendengar dimana2 sahaja tazkirah dan kuliah mengenai lailatulqadar yang berkemungkinan besar terdapat pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan menurut hadith riwayat bukhari.

segala yang indah dalam ramadhan bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. sempatkah penulis dan kita semua menjadi jutawan pahala sebelum berahirnya waktu hujan emas? dapatkah kita keluar dari ramadhan dengan hati yang putih bersih? dapatkah kita keluar dari ramadhan dengan muka yang bercahaya?

hanya kita yang mampu  menjawab...tepuk dada tanya Iman kata ramai pendakwah...
tapi penulis ckp..xpyah tepuk2..tanya pada diri kita...dimanakah kita dalam ramadhan ini?

sekian.

Saturday, August 13, 2011

13 ramadhan & dugaan berkasih sayang

dalam percintaan di umur belia, dugaan pasti datang. namun dugaan yang datang tidak lagi seperti di zaman cinta remaja seperti di zaman2 sekolah sekolah dulu. dulu kalo cemburu tu 24 jam. xbleyh si pasangan tue nk bersembang dengan orang lain sikit walaupun kawan2 sendiri.

namun meningkat dewasa, cerita cinta itu lebih matang. cemburu tetap ada namun PERCAYA itu lebih utuh. dugaan berbentuk lain pula datang. dugaan komitmen dengan kerjaya, keluarga dan si dia. dulu masa zaman remaja xpernah terfikir pown pasal nie. sikit2 suma ke dia. sekarang komitmen itu bertambah untuk kerjaya, family, kawan2 dan si dia.

dan keadaan akan jadi sedikit janggal bila salah seorang sedang bercuti dan sorang lagi tidak. orang bercuti nie bnyak masa tapi si dia sebaliknya. so time nie agak kritikal dimana yang bercuti akan menjadi sedikit tertekan dan ingin selalu bersama si dia yang selalu sibuk. dalam kes ini anda perlu sangat2 bertolak ansur. dugaan bertambah andai pasangan itu berjauhan. namun akan ada masanya si dia  disana amat memerlukan disini sebagai pendengar yang setia. si dia mengharap pasangannya masih akan terus mendengar bila si dia memerlukan. jadi pasangan perlulah mengalah dan mengelak dari melakukan perkara yang boleh menambah komplikasi dalam hubungan. contohnya merajuk dengan perkara2 remeh.

jika andai sebagai pasangan yang sedang banyak masa, maka bertolak ansur dan janganlah hiraukan perkara2 remeh. teruskan mendengar dan terus menunggu dengan setia. si dia perlukan inginkan masa bersama anda cuma dia ada komitmen lain yg perlu didahulukan bukan bermakna komitmen itu lebih penting dari anda. banyakkan bersabar.

sekian

12 ramadhan & orang yang tak tahu hukum

post lepas penulis dah tulis 3 syarat amalan diterima Allah. sumber ; tazkirah ustaz sebelum solat jumaat. namun ada juga orang orang tua yang tak tahu hukum bila melakukan sesuatu. bila kes tak tahu hukum berlaku maka syarat ke 2, iaitu tepat tidak langsung ditepati.

syarat ke 2 ini bermakna amalan itu perlu disertakan dengan ilmu. mcm ada org "tue". ada orang tegur dia, mana boleyh angkat takbir sebelum sujud, xpenah dibuat orang. orang "tue" ckp dia pernah smayang blakang tok guru. dia tgk tok guru buat mcm tue. boleyh pakai ke alasan nie?

kt kmph dlu, ada orang "lain" waktu rukuknya dia pegang betis. maka bongkok teruk la rukuk dia mcm nk menjunam terjun ke dalam kolam renang acara olimpik. namun katanya "ak tgk J***L buat mcm tue, ak ikut la..dia kn ketua surau, xkn salah kowt"

kalo kiter2 nie tegur bukan dia nk amik tau, bila ustaz tegur baru nk menggelabah. mcm orang yang main mercun kt kampung nie. budak2 yang main tue pastilah. tp yg bg duit tue mak bapak pastue ada mak bapak jgk yang jual mercun tue. orang tak tahu hukum nie payah ckit nk tegur. sbb xda ilmu dia tue. kiter ckp kiri dia ckp kanan. lama2 pening orang kampung.

golongan tua vs golongan muda

11 ramadhan & pekerja POS

pekerja POS itu meneliti sesuatu di kaunternya yang ditutup sedangkan ramai orang sedang menunggu dalam pejabat POS itu pada tengah hari itu. sambil meneliti dan menaip sesuatu beliau juga sempat bergosip gosip dengan pekerja lain yang sedang menyusun kertas diatas meja dibelakang kaunter. orang yang semakin ramai meresahkan pakcik pakcik dan makcik makcik separuh umur dgn buku akaun ASB berwarna biru di tangan mereka.

pejabat POS tua di pekan kecil ini begitu usang. ak terfikir zaman2 sekolah dulu aku selalu kesini untuk mengepos kad raya ke seluruh Malaysia. tahun ini pun mungkin begitu. pekerja POS yang sedang berbual tadi semakin rancak.

kemudian masuk seorang pelanggan terus ke kaunter depan membawa bungkusan besar dan meminta borang POS dan terus mengisi borang tersebut di depan kaunter itu sedangkan berjuta orang menunggu dengan nombor giliran di tangan mereka. agak kureng adap makcik nie, xkan xtau kna amik nombor. dah tertulis dekat atas tue.

hishhhhh....

10 ramadhan & syarat diterima amalan

mendengar tazkirah di masjid minggu lalu, penulis teringat pada 1 pesanan ustaz tersebut.
"3 syarat amalan kita diterima Allah S.W.T"

apakah syarat2nya:
1. Iman
2. Tepat
3. Ikhlas

sekian,

Wednesday, August 10, 2011

9 ramadhan & cinta tanpa syarat

cinta tanpa syarat

ku cuba untuk terus memberi
ikhlas dari hati

karena cinta
karena sayang
karena kasih

aku mengetahui
aku memahami
aku mengerti

aku mencintai
dan dicintai

cintaku tanpa syarat
namun aku menghargai
pemberian disana

Tuesday, August 9, 2011

8 ramadhan & godzilla 2011

disebuah bandar yang indah, burung berkicauan ada yang bekerja ada yang menyanyi. ttiba kebabommm pokcik den pown tokojut boghuk dibueknya. abes bertempiaran lari kartunis kartunis majalah lawak no 1 malaysia. kobabommm kedua berteriak abes peminat bola malaysia bukan kerana malaysia telah tewas dengan singapura, tapi kerana kemunculan seekor binatang besar semacam godzilla. mungkin abang ipar beliau yang ingin membalas dendam terhadap muhammad sahruddin bin andul fatah, ketua kampung pinang 2 batang yang telah menewaskan adik ipar beliau dalam filem godzilla tahun 2000. 

kini muhammad sahruddin bin abdul fatah tidak ada lagi. beliau telah pergi ke tokyo menjadi pengetua sekolah tinggi suzuran. tinggallah anak2 muhammad sahruddin bin abdul fatah yang 3 orang ini untuk mempertahankan kemenangan bapa mereka pada filem yang lepas. 

anak pertama beliau, ahmad akmaluddin bin muhammad sahruddin telah menelefon talian bantuan 1 malaysia iaitu 999 untuk meminta bantuan ke ibu pejabat polis, bomba, dan sukarelawan bagi melawan godzilla yang menggila di kampung beliau. anak kedua beliau pula, ahmad saripuddin bin muhammad sahruddin telah melarikan diri ke kampung pisang mencari husin, hero kampung yang berpengalaman melawan zombie yang muncul di kampungnya. manakala anak ketiga, ahmad kamaruddin bin ibrahim, anak angkat muhammad sahruddin bin abdul fatah telah menaiki pesawat ringan menuju ke jepun mencari bapa beliau yang menjadi pengetua sekolah tinggi suzuran.

separuh kampung pinang 2 batang telah musnah dan orang2 kampung berlari sambil memainkan lagu berlari nyanyian tomok "kini ku bebas tanpa bayang mu lagi, bebas ku berlari, mengejar impian daku..."

ketibaan anggota bantuan yang dipanggil ahmad akmaluddin bin muhammad sahruddin tidak dapat mengawal keadaan kerana godzilla tersebut semakin marah dan memusnahkan semua kereta kebal dan jet pejuang buatan malaysia. husin pula tidak dapat datang kerana beliau pergi membanting tulang di singapura menjadi supervisa disana. 

ttiba muhammad sahruddin bin abdul fatah tiba membawa seorang pelajarnya dari jepun. dari saiz dan tinggi budak lelaki tersebut. sudah pasti beliau bukan edogawa conan. dari cara dia bercakap pula memang tidak syak lagi dia bukan hanazawa rui pemilik firma guaman terbesar jepun. beliau berjalan ke depan godzilla sambil mengambil sesuatu dalam poket seluarnya lalu beliau dengan pantas mengangkat simbol bintang menunjuk ke langit sambil membaca sedikit jampi.

jeng jeng jeng...
rupa rupanya beliau adalah ultraman nexus episod 3. tanpa melengahkan masa siri ultraman nexus episod 4 bermula. ultraman nexus berlawan sehingga lampu kecemasannya berbunyi kerana keletihan melawan godzilla itu. dan kelihatan hampir semua rumah di kampung pinang 2 batang musnah kerana menjadi medan pertempuran antara dua raksasa besar itu. 

dalam keadaan terdesak ultraman nexus kelihatan telah tewas dan sangat keletihan. godzilla sedang mengumpul kuasa terakhir dan terkuat yang beliau ada untuk melenyapkan ultraman nexus dari muka bumi ini. tiba - tiba...

sekian.

Monday, August 8, 2011

7 ramadhan & sebuah keluarga

10 tahun lepas tok pergi menyambut seruan Ilahi, kini giliran tokwan menjelma. takdir telah tentukan segalanya namun penulis berpegang pada "Allah itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya". pemergian tokwan menemukan kami sanak saudara sebelum menjelmanya aidilfitri tahun ini.

firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Tiap2 diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu dikembalikan."

(al-Anbiyaa :  35)

yang pergi tetap pergi namun yang masih hidup masih beroleh peluang mencari apa yang belum dijumpai. sampai masanya nanti kita jua akan pergi. namun cukupkah masa yang kita tidak tahu hujungnya ini kepada diri kita untuk kita mengumpul bekalan ke sana?

namun tanggungjawab kepada yang tidak terputus begitu sahaja. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya"
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al Nassai dan al Bukhari) 

sekian.

Saturday, August 6, 2011

6 ramadhan & 3 tingkat puasa

Ramadhan dan diri kita
setelah 5 hari berpuasa, umat Islam di sekitar penulis terutamanya mula balik kepada keadaan mereka sebelum menjelma ramadhan, dimana panca indera mulai terabai dan ahli2 masjid mulai berkurangan. masjid guaq, terawikh 20 semalam cuma tinggal 4 saff berbanding malam2 sebelumnya yang mencapai 10 saff.

dimana puasa kita? dimana erti puasa pada diri kita?
tanyalah pada diri kita saudara dan saudari sekalian. sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa dan tidak mendapat apa apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga." - Riwayat Ibnu Majah

Nauzubillah, janganlah kita tergolong di dalam golongan yang disebut Rasulullah dalam hadith diatas. Ramadhan mengajar kita menjadi orang yang sabar. sabar dengan menahan diri serta syahwat kita dari melakukan perkara2 maksiat. Namun berapa ramai antara kita yang sedar akan perkara ini? berapa ramai remaja diluar sana masih "dating" dengan pasangan masing2 di shopping2 complex di bulan ramadhan, berapa ramai remaja2 diluar sana dilihat berbuka puasa bersama pasangan mereka di kedai2 mahupun restoran2. kegagalan utama menahan syahwat.

namun siapa jua penulis mahu menilai puasa mereka. Allah jua yang akan menilai setiap amalan kita.

azam ramadhan
sebagai mana kita perlu meningkatkan prestasi diri dalam kerjaya dunia. kita jua perlu meningkatkan prestasi dalam ibadah kita. dan ramadhan adalah pentas yang paling tepat, hadiah dari Allah kepada umat Muhammad S.A.W.

Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada 3 tingkat iaitu:
1) Shaum al-Umum (Puasa Orang Kebanyakan) atau puasa Awwam - puasa ini adalah tingkat terendah dalam puasa iaitu pelaku hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga dan menahan syahwat.

2) Shaum al-Khusus (Puasa Khusus) - ini adalah tingkat kedua puasa dimana pelaku berpuasa serta menjaga kesemua pancainderanya.

3) Shaum Khusus al-Khusus (Puasa golongan yang khusus dari daripada yang khusus) - puasa tingkat tertinggi ini dan selalunya dicapai oleh Rasullullah S.A.W serta para sahabat. puasa tingkat ini adalah puasa keseluruhan diri termasuk puasa hati. puasa di mana pelaku, setiap detiknya semasa berpuasa hanya ingat kepada Allah S.W.T

saudara saudari sekalian,
jika puasa kita pada tahun2 sebelum ini berada di puasa awwam maka tahun ini kita perlu meningkatkan prestasi ibadah kita di tingkat kedua iatu puasa khusus. mungkin agak sukar untuk kita mencapai tingkat ketiga dalam puasa. namun segala usaha dan kesungguhan kita akan dinilai oleh Allah S.W.T dan akan diberi ganjaran insyaAllah. 

sekian,

Friday, August 5, 2011

5 ramadhan & pengarang ucapan khutbah

khutbah jumaat amat selari dgn org2 yg tidur, smakin pelik karangan pengarang khutbah tersebut semakin ramai yang akan tidur sewaktu khatib membaca khutbah. itu hipotesis yg benar sebenar benarnya dan tiada yang lain melainkan yang benar benar belaka. 

khutbah tadi pasal telatah umat Islam yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidak produktif dalam pekerjaan. Sejarah Tunisia sebagai contoh dan penceritaannya amat menarik namun teknik penulisan yang pengarang khutbah itu telah meletakkan khatib dalam masalah besar dengan pemilihan perkataan yang complex dan susah nk disebut dan dieja dalam tulisan jawi. 

ayat2 yang ditulis pown agak mengelirukan dan pelik didengar. eden pown xtau nk komen mcm mana tapi kesimpulannya mmg den xbrapa nk paham apa yang dibaca tn. khatib sebentar td. sbb tuelah penulis tgk ramai yang khusyuk mengiyakan apa kata tn. khatib

sekian

Thursday, August 4, 2011

4 ramadhan & mercun

bermula ramadhan bemulalah juga syawal fever, dimana persiapan hari raya turut bermula antaranya adalah baju raya, namun mmg xdpt dipersalahkanlah baju raya mmg perlu ditempah awal kalo xdpt la nk beraya dgn baju baru. kuih raya, kuih raya pun awal jugak, tgk kt guaq nieh, tempahan untuk segala biskut dah pun bermula. dalam banyak2 persiapan raya 1 ja yg amba xgema, mercun raya. hak nie sbenarnya xda dalam istilah raya aidilfitri. raya cina adalah orang main mercun.

mercun cina vs mercun melayu
penulis org pun orang melayu tp xpe sekadar cermin diri cermin bangsa. bila saja menyambut raya, mercun seperti menjadi kewajipan bg anak2 orang melayu dan pastinya akan ada keluar di dada akhbar cerita kehilangan anggota badan atau mati akibat mercun. keadaan ini sangat berbeza pada musim perayaan bagi kaum cina, belum pernah lagi penulis mendengar berita2 menyedihkan seperti di musim perayaan kaum melayu. kenapa ini berlaku? adakah kaum melayu hanya bodoh sombong dalam arena mercun ini?

hukum ( petikan dari suraukini.blogspot.com )
Ulamak memutuskan hukum bermain mercun ini HARAM. Sebabnya ialah seperti berikut:

1)Mudarat Kepada Diri
2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi - tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Ini boleh dikategorikan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak - kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :
من ضَارَّ Ø£َضَرَّ الله بِÙ‡ِ ÙˆَÙ…َÙ†ْ Ø´َاقَّ Ø´َاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.  Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelanjakan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

sekian,
jangan main mercun, berdosa...

Wednesday, August 3, 2011

3 ramadhan & sebuah kepalsuan

petikan dari PORTAL JAKIM : Mufti Negeri - Terengganu


KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. 
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: 
1. Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 
2. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
3. Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 
4. Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. 
5. Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. 
6. Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. 
7. Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. 

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) 
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). 
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di 
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.. 
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) 
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) 
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah 
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih. 
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih. 
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu. 
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 


P/S: cukuplah bg kita untuk mengetahui amalan yg kita kerjakan itu sunnah, ganjaran dari amalan tersebut adalah 100% terserah kepada Allah untuk memberi, kita cuma perlu percaya janji Allah yg Dia akan mengurniakan ganjaran atas setiap amalan baik kita di dunia. 


sekian, rajin2 lah ke masjid menunaikan solat terawikh...hehehehe

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan & Cinta

lama dah xpost pasal benda2 jiwang nie...

bila cerita tentang cinta, rama terbayang tentang bnda2 yg sweet, happy and impian2 yg best berserta kata2 manis yg lahir dari mulut seorang kekasih. namun cinta boleyh terlibat dgn perlabagai perasaan tak lupa sedih, duka dan kecewa kerana cinta. penulis nk gambarkan pown susah sbb penulis pun bukan bnyak pngalaman dalam cintan cintun nie.

post nie adalah pengalaman penulis dari kisah2 cinta rakan2 yg boleh dijadikan teladan untuk semua.

"cinta tue macam prabayar mudah alih"
amran belum pernash bercinta, zara merupakan cinta pertamas selepas 24 tahun hidup di dunia. biasa, bukan cinta kanak2 sahaja. mulanya sangat indah. namun masa berlalu telah merendahkan cinta mereka yang dulunya setinggi langit, "kononya". amran dan zara mula bosan dengan sikap masing2. amran rimas dengan dengan syarat2 dan ugutan cinta zara. "susahlah kalo stiap hari nk call report aktiviti plak". zara pula selalu bengan dengan sikap x endah amran. "xkan benda penting macam nie pown u boleh lupa, apa yang u ingt?".
***cinta mcm prabayar mudah alih, kena topup selalu. kalo dibiar jer expired la cinta tue.


"cinta tue bukan cermin"
cinta dan pengorbanan mmg xdpt dipisahkan. pengorbanan tak semestinya besar, mengalah dalam perbalahan adalah pengorbanan yg selalunya bermakna dan menyelamatkan cinta. "cinta tanpa syarat" mungkin adalah level cinta yang susah nk dicapai dimana mencintai dengan memberi jauh lebih tinggi dari meminta. zara selalu belikan hadiah untuk amran dengan harapan amran akan turut memberi kejutan buatnya. zara sudah berpuas hati untuk kejutan yang kecil dan murah asalkan amran ikhlas namun sering kecewa. amran pula rimas dengan puluhan hadiah zara yang tersusun di rak dalam biliknya. semua hadiah tue buat amran rasa terperangkap kerana perlu berhati2 apabila menghampiri rak tersebut.
***cinta xda give and take, cinta yg memberi akan sentiasa lebih indah.


"cinta tue macam sebutir cincin impian"
cincin yang dah lama ada dalam cermin kedai, berbulan2 simpan duit nk membeli. duit da cukup, nak peg beli skali xda saiz atau sudah dibeli orang. kecewa, namun ada masa berlalu ada design cincin baru kuar kt kedai tue. amran dan zara memang mnyimpan impian untuk ke jinjang pelamin. sama jgk dengan pasangan2 lain. namun panas tak sampai ke petang, gerimis di tengah hari. amran terpaksa pergi meninggalkan zara kerana tidak ada persefahaman antara mereka. kata amran perkenalan yang terlalu singkat menjadikan cinta mereka tidak matang. zara pasrah dengan putusnya cinta ini, umpama cincin impiannya telah dibeli orang lain. takdir tidak menyebelahi mereka. sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
***bila impian tidak tercapai, percayalah Allah akan menemukan impian yang lebih hebat untuk hambaNya.


bebeza dgn post2 cinta lepas, post kali nie xsweet mcm yg dulu. kita perlu menerima realiti kehidupan. indahnya cinta apabila dipertemukan dengan insan yg benar2 dijadikan untuk kita.

sekian.

Monday, August 1, 2011

1 ramadhan

1 ramadhan...
kisah penulis dan 1 ramadhan...
dia adalah hari yg redup...
mungkin disini sahaja atau dimana2 saja mungkin...
smkay, kmph, utp...
setiap 1 ramadhan yg penulis hadapi...
1 ramadhan adalah 1 hari yg redup...
begitu juga 1 ramadhan di kampung halaman...

1 ramadhan di smkay...
penulis xbrapa ingt sngt...
mungkin xda memori di sana...
ktorg bercuti setiap bertemu 1 ramadhan...

1 ramadhan di kmph...
sekali...
dialog "1 ramadhan yg redup"...
ucapan syahmi kawan terbaik di kmph...
"xnmpak lg hari nie geng2 couple berpegang tangan"...
"diorg nk perform puasa nie"...
namun minggu kedua ramadhan panas terik...

1 ramadhan di utp...
xda memori yg dpt diimbas...
mybe perak terlalu panas...
lebur memori dalam laci otakku...
namun 1 ramadhan hari yg redup...
itu sahaja yg penulis ingt...

1 ramadhan di guar chempedak...
redup...
sangt redup...
pukul 12 tgh hari...
cahaya masih tidak menembusi langsir bilik tidur...
1 ramadhan mmg redup...

1 ramadhan...