Tuesday, August 9, 2011

8 ramadhan & godzilla 2011

disebuah bandar yang indah, burung berkicauan ada yang bekerja ada yang menyanyi. ttiba kebabommm pokcik den pown tokojut boghuk dibueknya. abes bertempiaran lari kartunis kartunis majalah lawak no 1 malaysia. kobabommm kedua berteriak abes peminat bola malaysia bukan kerana malaysia telah tewas dengan singapura, tapi kerana kemunculan seekor binatang besar semacam godzilla. mungkin abang ipar beliau yang ingin membalas dendam terhadap muhammad sahruddin bin andul fatah, ketua kampung pinang 2 batang yang telah menewaskan adik ipar beliau dalam filem godzilla tahun 2000. 

kini muhammad sahruddin bin abdul fatah tidak ada lagi. beliau telah pergi ke tokyo menjadi pengetua sekolah tinggi suzuran. tinggallah anak2 muhammad sahruddin bin abdul fatah yang 3 orang ini untuk mempertahankan kemenangan bapa mereka pada filem yang lepas. 

anak pertama beliau, ahmad akmaluddin bin muhammad sahruddin telah menelefon talian bantuan 1 malaysia iaitu 999 untuk meminta bantuan ke ibu pejabat polis, bomba, dan sukarelawan bagi melawan godzilla yang menggila di kampung beliau. anak kedua beliau pula, ahmad saripuddin bin muhammad sahruddin telah melarikan diri ke kampung pisang mencari husin, hero kampung yang berpengalaman melawan zombie yang muncul di kampungnya. manakala anak ketiga, ahmad kamaruddin bin ibrahim, anak angkat muhammad sahruddin bin abdul fatah telah menaiki pesawat ringan menuju ke jepun mencari bapa beliau yang menjadi pengetua sekolah tinggi suzuran.

separuh kampung pinang 2 batang telah musnah dan orang2 kampung berlari sambil memainkan lagu berlari nyanyian tomok "kini ku bebas tanpa bayang mu lagi, bebas ku berlari, mengejar impian daku..."

ketibaan anggota bantuan yang dipanggil ahmad akmaluddin bin muhammad sahruddin tidak dapat mengawal keadaan kerana godzilla tersebut semakin marah dan memusnahkan semua kereta kebal dan jet pejuang buatan malaysia. husin pula tidak dapat datang kerana beliau pergi membanting tulang di singapura menjadi supervisa disana. 

ttiba muhammad sahruddin bin abdul fatah tiba membawa seorang pelajarnya dari jepun. dari saiz dan tinggi budak lelaki tersebut. sudah pasti beliau bukan edogawa conan. dari cara dia bercakap pula memang tidak syak lagi dia bukan hanazawa rui pemilik firma guaman terbesar jepun. beliau berjalan ke depan godzilla sambil mengambil sesuatu dalam poket seluarnya lalu beliau dengan pantas mengangkat simbol bintang menunjuk ke langit sambil membaca sedikit jampi.

jeng jeng jeng...
rupa rupanya beliau adalah ultraman nexus episod 3. tanpa melengahkan masa siri ultraman nexus episod 4 bermula. ultraman nexus berlawan sehingga lampu kecemasannya berbunyi kerana keletihan melawan godzilla itu. dan kelihatan hampir semua rumah di kampung pinang 2 batang musnah kerana menjadi medan pertempuran antara dua raksasa besar itu. 

dalam keadaan terdesak ultraman nexus kelihatan telah tewas dan sangat keletihan. godzilla sedang mengumpul kuasa terakhir dan terkuat yang beliau ada untuk melenyapkan ultraman nexus dari muka bumi ini. tiba - tiba...

sekian.

No comments: