Saturday, August 6, 2011

6 ramadhan & 3 tingkat puasa

Ramadhan dan diri kita
setelah 5 hari berpuasa, umat Islam di sekitar penulis terutamanya mula balik kepada keadaan mereka sebelum menjelma ramadhan, dimana panca indera mulai terabai dan ahli2 masjid mulai berkurangan. masjid guaq, terawikh 20 semalam cuma tinggal 4 saff berbanding malam2 sebelumnya yang mencapai 10 saff.

dimana puasa kita? dimana erti puasa pada diri kita?
tanyalah pada diri kita saudara dan saudari sekalian. sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa dan tidak mendapat apa apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga." - Riwayat Ibnu Majah

Nauzubillah, janganlah kita tergolong di dalam golongan yang disebut Rasulullah dalam hadith diatas. Ramadhan mengajar kita menjadi orang yang sabar. sabar dengan menahan diri serta syahwat kita dari melakukan perkara2 maksiat. Namun berapa ramai antara kita yang sedar akan perkara ini? berapa ramai remaja diluar sana masih "dating" dengan pasangan masing2 di shopping2 complex di bulan ramadhan, berapa ramai remaja2 diluar sana dilihat berbuka puasa bersama pasangan mereka di kedai2 mahupun restoran2. kegagalan utama menahan syahwat.

namun siapa jua penulis mahu menilai puasa mereka. Allah jua yang akan menilai setiap amalan kita.

azam ramadhan
sebagai mana kita perlu meningkatkan prestasi diri dalam kerjaya dunia. kita jua perlu meningkatkan prestasi dalam ibadah kita. dan ramadhan adalah pentas yang paling tepat, hadiah dari Allah kepada umat Muhammad S.A.W.

Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada 3 tingkat iaitu:
1) Shaum al-Umum (Puasa Orang Kebanyakan) atau puasa Awwam - puasa ini adalah tingkat terendah dalam puasa iaitu pelaku hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga dan menahan syahwat.

2) Shaum al-Khusus (Puasa Khusus) - ini adalah tingkat kedua puasa dimana pelaku berpuasa serta menjaga kesemua pancainderanya.

3) Shaum Khusus al-Khusus (Puasa golongan yang khusus dari daripada yang khusus) - puasa tingkat tertinggi ini dan selalunya dicapai oleh Rasullullah S.A.W serta para sahabat. puasa tingkat ini adalah puasa keseluruhan diri termasuk puasa hati. puasa di mana pelaku, setiap detiknya semasa berpuasa hanya ingat kepada Allah S.W.T

saudara saudari sekalian,
jika puasa kita pada tahun2 sebelum ini berada di puasa awwam maka tahun ini kita perlu meningkatkan prestasi ibadah kita di tingkat kedua iatu puasa khusus. mungkin agak sukar untuk kita mencapai tingkat ketiga dalam puasa. namun segala usaha dan kesungguhan kita akan dinilai oleh Allah S.W.T dan akan diberi ganjaran insyaAllah. 

sekian,

No comments: