tahun nie "merdeka raya"..merdeka dulu ka raya dulu?..apa yg pasti raya dikatakan menenggelamkan mood merdeka..suma orang sambut raya lupa merdeka..bukti?..ramai orang pasang pelita..cat rumah..beli perabot baru..beli baju raya..beli lampu liplap(kata org kedah)..abes beribu bersiap nak raya..tp sedikit orang yg pasang jalur gemilang yang berharga belasan ringgit di depan rumah mereka..
pemimpin kata rakyat kita xkenal erti merdeka..xda penghayatan kemerdekaan dalam hati rakyat kita..sebab xramai kibarkan jalur gemilang di rumah, bangunan dan kereta2 dalam negara..penghayatan dalam hati dikaitkan dengan lahiriah fizikal yang kita nampak..
tp org kita lupa..bukan bab merdeka saja..bab Iman dan Islam pown sama..rakyat kita mengaku Islam tp auratnya tidak ditutup..rakyat kita mengaku Islam tp bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas..rakyat kita mengaku Islam tp mcm2 maksiat berleluasa depan mata..pemimpin kita senyum x kata apa..xda pulak "rakyat kita kurang penghayatan Islam"..tp yang kita selalu dengar "Iman tue dalam hati"..
pelik..pelik..pelik..
kita xmau tunding jari kat orang nue..tunding jari kat orang nie..cerita kat atas adalah contoh dari kealpaan pemikiran yang menjadikan kita liberal..yang memisahkan antara zahir dan batin..yang memisahkan antara dunia dan akhirat..yang membuat sempadan kepada agama kita sendiri..supaya agama kita kekal hanya di dalam masjid..supaya agama kita kekal hanaya bila tiba musim puasa, haji, maulidur rasul, raya dan perayaan perayaan lain lagi..
yang hodoh dan buruk itu bukan Islam..tp umatnya yang hanya bergelar Islam secara adat..tidak pernah nak cari apa itu Islam..nauzubillah..
zaman semakin mencabar..Islam diancam dari pelbagai arah..dengan bermacam macam cara..termasuk ancaman dari ahlinya sendiri..seperti api dalam sekam dan gunting dalam lipatan..kita tidak dapat membayangkan apa lagi yang akan berlaku dimasa hadapan..di zaman anak2 dan cucu2 kita kelak..apa yang terdaya kita lakukan adalah menguatkan institusi keluarga dan menguatkan iman kita dan anak2 kita..sbg bekalan kita sekeluarga menghadapai dunia yang lebih mencabar di luar sana..
No comments:
Post a Comment