Wednesday, September 7, 2011

sedekah cinta

aku meminta lagi
dia tersenyum memberi

sewaktu aku sangat asing
hati hati dia bertutur kata
"jangan berharap..
takut terluka.."
tak termaaf untuk dirinya

jauh di sudut hati
aku masih berharap
masih terus percaya pada Dia
bahawa dia adalah untukku

namun skrip belum terungkai habis
pementasan masih berkembang
penonton menangis dan ketawa
pelakon menyimpan seribu rasa

aku meminta lagi
dia tersenyum memberi

untuk senyuman itu
akan ku jagainya seperti nyawaku
akan ku sebut siang dan malamku
dalam doa mengadap Tuhanku

aku peminta sedekah
tak layak aku untuk cinta ini
kerna aku seorang hamba
namun Tuhanku Maha Pemurah

Alhamdulillah

No comments: