Saturday, March 31, 2012

Cawan Mangkuk

Assalamualaikum

semalam p Jusco baru
yang baru bukak kat Perak nie

overall menarik:
1. Besaq gila (xda la sampai gila, tp besaq la pada jusco2 biasa)
2. Design dia smart
3. Lot kedai dalam bangunan Jusco tue semua besaq2, keqha buleh bowh lg banyak barang untuk setiap butik.
4. Fastfood punya area diasingkan, mmg spesific kt tempat makan ja, semua ada.
5. Surau dia kemaih kemuih, berpuas hati.
6. Ada beberapa kedai wajib masuk yang sangat comel.

Antara kedai yang comel tue - Kedai RM5 (Barangan Jepun)
Dalam kedai tue semua barang dijual RM5
yang paling penting, barang semua dari jepun
siap taq dia pun bahasa jepun
so xfaham bahasa jepun xyah la duk buat poyo duk baca instruction belakang satu2 barang tue.

perhatian aku singgah kat bahagian pinggan mangkuk, menarik
lama pusing pusing
at last aku beli
mangkuk dan cawan 
yang diguna kat kedai ramen
Ninndiaaa

Friday, March 30, 2012

Jual Minyak

Assalamualaikum

Ini rahsia keluarga En. Sabri Bin Hj. Nan dan Pn. Aslina Binti Ishak.
Ini jugak akan jadi salah satu rahsia keluarga En. Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri dan "Isteri"

Gunalah Minyak Daun Ubat TYT
InsyaAllah mujarab


Minyak ini dibuat untuk pelbagai kegunaan luaran
Antaranya:
1. Selesema Bayi - Sapukan pada bahagian atas ubun ubun bayi dan pusatnya. Gosokkan pada dada sehingga sedikit panas.

2. Mandian bayi  - sapukan minyak pada ubun ubun dan pusat bayi sebelum dan selepas mandi untuk mencegah seram sejuk.

3. Angin selepas bersalin - Sapukan dan urut kaki dan tangan sehingga sedikit panas. Ulang 3-4 kali sehari.

4. Luka - Tutup dengan kapas yang direndam minyak. tukar kapas 2-3 kali sehari.

5. Reumatisme - Sapu dan urut perlahan-lahan untuk memperbaiki peredaran darah.

6. Terseliuh - Sapu dan urut perlahan-lahan. Tutup dengan kapas yang direndam minyak. Balun dengan kain pembalut selama 1 hari.

7. Sakit sendi - sapu dan urut pada bahagian sakit sehingga panas.

8. Gatal - sapaukanpada kulit untuk mencegah kegatalan.

9. Penghalau lintah - sapukan pada kaki atau luka lintah. untuk menghalau lintah.

10. Sakit belakang - gosok pada bahagian yang sakit sehingga panas.

11. Penghalau Nyamuk - sapukan pada kulit untuk menghalau nyamuk.

12. Rasa kebas - sapu dan urut kaki dan tangan sehingga panas.

13. Melecur - sapukan pada bahagian melecur. tutup luka dengan kapas yang direndam minyak. balut dengan pembalut dan tukar setiap hari.

14. Sakit telinga - masukkan beberapa titis ke dalam telinga. Sumbatkan dengan kapas. buang kapas apabila sakit berkurangan.

15. Sakit perut/ Kembung perut - Sapukan pada telapak tangan dan usap perut perlahan ke bawah.



Harga tidak tetap, tapi average 100mL lebih kurang RM10 di kedai kedai ubat dan RM13-RM16 di farmasi farmasi berdaftar.

Tidak rugi untuk memilikinya.

Si Baju Hijau

Assalamualaikum

Aku, Raimi, Afiq dan Syed Wan Zulhimi makan di RnR Seri Iskandar

ABC + Mee Goreng Daging = RM5

Suka,Murah,Banyak,Kenyang

Singgah di Firha FoodCourt

Jualan Gudang

Ingin mencari

1 seluar + 1 baju kemeja

Seluar sudah banyak yang koyak

Baju kemeja tinggal di rumah

Banyak seluar murah

tetapi baju tiada design menarik walaupun murah

objektif mencari sehelai baju kemeja berwarna hijau/hijau muda

permintaan yang tersayang untuk berhijau hijauan

tiada, kecewa

pulang dengan sehelai seluar pilihan Afiq

Saturday, March 24, 2012

Syiah: Hati Hati

Assalamualaikum,

Niat kat hati lama dah nk crita tapi xsempat nak menulis memandangkan waktu semakin singkat dek kesibukkan yang melanda diri ketika di arena tahun akhir pengajian.

dalam beberapa minggu lepas aku balik kampung. kedah la sudah pasti, kemana lagi kampung aku. memandangkan jarang jarang aku dapat balik cuti tahun ini, aku mengambil kesempatan untuk pergi melawat tokwan aku di kampung singkir laut. atau in kedah pronoun cation they call it "Singkiaq"..di dalam tekak bukan di hujung lidah.

apa yang menarik dalam perbualan isu semasa bersama tok wan aku adalah isu puak fahaman syiah yang semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri di khalayak ramai.

"Maknanya depa qamai, kalau tak qamai depa tak beqani nak tunjuk muka depan kita..ishh ishh ishh" kata tok wan aku.

Fahaman syiah nie apa?
hampa google la sendiri, nak crita panjang sangat la pulak.

Dan yang menjadi masalah utama adalah, fahaman syiah yang merebak ini diakui dan diterima oleh ramai orang orang kelas atasan, yang terdiri daripada usahawan, hartawan, dermawan, bangsawan dan segala wan lagi. masakan tidak fahaman syiah cepat menular di kawasan kawasan pedalaman (seperti kampung tok wan aku) kerana majlis ilmunya ditaja mewah oleh golongan golongan berpengaruh di kawasan tersebut.

"rugi la sapa tak pi majlis Tuan Ismet Ulam Raja, makan sedap"

niat asal mungkin sekadar nak makan tapi lama kelamaan siapa tahu.

***

Balik utp, aku mula selongkar, blog walking, forum dll. rupa2nya fahaman syiah ini sebenarnya bukanlah isu baru dan ia sebenarnya sudah lama bertapak di tanah melayu. cuma ini mereka berani keluar di khalayak ramai, facebook, twitter, you tube, usrah agama dan majlis majlis lain dengan identiti mereka kerana mereka sudah ramai, duit mereka banyak, pengaruh mereka besar.

aku terjumpa beberapa kisah menarik beberapa hari lepas.

antaranya

ini aku terjumpa dari forum, isu syiah dibincangkan. ramai individu memberi komen dan menunjukkan bahawa syiah itu sesat dan tidak diterima. namun selepas beberapa komen muncul satu individu yang mula menyanggah perbincangan intelek dalam forum tersebut. mamat (mungkin jugak perempuan) nie, pertahankan syiah dengan mengatakan mereka yang melabel syiah itu sesat, sebenarnya merekalah yang sesat.

alasan beliau kerana mereka yang melabel syiah sesat, merek itu yang sesat kerana telah menolak ijma 500 orang ulama ..bla..bla..bla..bla..bla..pada tahun bla bla bla.. (penuh dengan fakta) yang menerima syiah daripada 2 mazhab tertentu iaitu zaidiyah dan jaafariah.

orang lain dalam forum tersebut terdiam seketika, ada yang masih kental dengan menolak syiah 100% ada yang hanya tinggal 50-50 dan ada yang terus bersetuju dengan mamat tue.

aku menyiasat,
ninnndiaaaaa!!!!
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

segala fakta al-mamat tue ckp betol, tp orang tak pakai dah, sbb dah dimansuhkan oleh majlis fatwa kebangsaan. dah dimansuhkan hampir 16 tahun dah...

lagi satu aku terjumpa dalam blog tak silap masa blog walking..
kisah berlaku di sekolah asrama. pada suatu hujung ming di sekolah diorang ada sekumpulan bekas pelajar sek tersebut buat program motivasi kononnya.

yang bekas pelajar sekolah tue sorang jer, yang lain suma kawan2 dia. so program pown bermulalah dengan ucapan aluan oleh pengarah program. kepelikkan berlaku apabila beberapa orang pelajar perasan yang dalam ucapan tersebut senior mereka tue ada beberapa kali berselawat dan menambah nama Saiyyidina Ali di dalam selawatnya. tapi tidak ada yang bertanya..

then program dakyah tersebut bermula selama 3 hari 2 malam. dan terdapat banyak sangat perkara yang bercanggah disemai kepada peserta program tersebut. Mujur program tersebut berakhir dengan para fasilitator program dihentam cukup2 oleh pihak pelajar dan sekolah kerana menyebarkan dakyah sesat kepada pelajar. setelah dikaji, barulah tahu mereka ini rupanya berfahaman syiah.

so what are u say about syiah...??

SAY NO!

Tuesday, March 20, 2012

Si Pencuri Kasut yang Mencuri Hati

Sofea, namanya secantik wajah..ayu berselendang dan berbaju kebaya putih dengan bunga cempaka tercucuk disanggul. Siapa sahaja yang melihat pasti terpesona, jantung pasti berhenti berdegup, otak bekerja keras memproses data.

Aku ke masjid untuk photography majlis akad nikah Faizul&Munirah di Desa Vista, Salak Tinggi. Masjid yang dulunya hanyalah surau untuk solat berjemaah lima waktu oleh penduduk sekitar, kini menjadi saksi ijab dan qabul sepasang jodoh.

Sofea juga hadir, mungkin sejak langkah pertama aku memasuki masjid tersebut. Mungkin juga lebih awal, sejak aku terun dari kereta Gen-2 berwarna hiram dan berjalan menuju ke masjid dengan selipar Asadi hitam berharga RM9.90 yang aku beli di Jusco Ipoh 3 bulan yang lalu.

Sibuk aku dengan sesi fotografi pengantin. Tambah pula ramai tetamu yang hadir, penuh bekerumun di sekeliling kusyen pengantin lelaki&wali sudah bersiap sedia untuk akad nikah. Banyak juga jurugambar semula jadi sibuk mengangkat mencelahkan tangan memegang smartphone. Video& gambar.

Alhamdulillah, selesai berijab qabul bersama sedikit jamuan.

Orang ramai mula menyusur pulang ke rumah masing masing. Jam sudah 11 malam, aku keletihan. Terasa lenguh sangat tangan kanan, memegang kamera seberat 2.5 kg selama 3 jam. Nasi, gulai nangka & udang, ikan masin &air sirap. perghhh kenyang. Menyusun langkah pulang untuk beradu dan berehat, esok ada tugas lagi.

Selipar!!!

Takda!!!

Dah agak dah, masjid ramai ramai macam nie mesti hilang punya. Selipar popular macam tu memang senang tertukar. Aku pusing masjid mencari selipar yang sama dengan harapan kemungkinan orang yang ambil tu tertukar. Sekurang kurangnya tidak perlu pulang berkaki ayam.

Tapi takda pilihan, kaki ayam pulang adalah yang terbaik. Tidur malam tidak nyenyak memikirkan siapakah gerangan yang mencuri kasutku. aishh tidak tenang. Esok aku perlu ke masjid untuk meninjau buat kali kedua. Mungkin cari malam malam tak jumpa siang ada tuahnya. Mungkin juga si "tertukar" datang letak semula selipar aku.

Awal pagi, aku meninjau ninjau di kawasan sekitar.

Assalamualaikum, cari siapa?
Waalaikum salam, bukan cari orang, cari selipar. tersenyum
Hilang semalam ke?
A'ah masa nak balik dari majlis semalam, cari tak jumpa.
Saya rasa selipar abang ada dekat tangga sana.
Yeke? terus berlari pergi ke arah tangga. Memang ada disana. Cuba. Sah, selipar aku.

Owh belum ucap terima kasih, aku berpaling

Terima..erkk

Tiada lagi gadis tadi.

Terima Kasihhhhh!!!!! Manalah dia ada sekitar dan dapat dengar.

Siapa nama awak!!!!! Mencari kepastian

"Sofea" berbisik di telinga dengan berlalunya angin lembut bertiup di hadapan pintu masjid


Wednesday, March 14, 2012

berbeza

Assalamualaikum

apa yang beda? loghat rakan dari indonesia. "perbezaan" merupakan perkara yang selalunya dijauhi kerana persepsi kita dan masyarakat yang yang sangat negatif terhadap perbezaan.

kenapa?

ini adalah kerana kita cenderung untuk mencari persamaan dan bersama dengan orang2 yang memiliki persamaan dengan kita.

kenapa?

rasa selamat. btol! kita rasa selamat apabila ada seseorang mempunyai persamaan atau berkongsi perkara yang sama dengan kita.

contoh?

masa sekolah rendah.
suatu pagi kita sampai ke sekolah dengan penuh semangat dan sangat ceria. sesampai jer kat sekolah, ada sorang kawan kita tanya.

"Man ko dah siap kerja sekolah matematik yang cikgu mad bagi semalam?"
"huh? alaaamaaaakkkk aku lupa la dol, gila wei 100 soalan tue, dah la kelas da nak start 5 minit je lg"
"gila kau tak siap, kena lari kat padang 40 round nnt wei, cikgu mad dah bgtau semalam"
"kau da siap ke blom?"

maka mulalah Man mencari ada tak sesapa lagi member kelas dia yang tak siap jugak keje sekolah sama mcm dia.

sebab?

at least, ada kawan nk lari pusing padang. takda lah malu sangat. - bermakna rasa selamat

contoh nie tak bagus?

situasi nie mst korg pernah alami masa sekolah rendah dulu (xyah tipulah) melainkan korg seorang pelajar berilmu beriman dan beramal. dan bukankah naluri seorang kanak2 itu suci dan tiada tipu muslihat.

so kita mencari persamaan untuk merasa selamat.

maka dengan sebab itu perbezaan adalah perkara yang kita sangat2 takut.

tetapi sebenarnya


PERSAMAAN ADALAH SUATU NIKMAT & PERBEZAAN ADALAH SUATU RAHMAT

sebab?

kita boleh memiliki hobi yang sama
kita boleh berkongsi minat dan kerjaya yang sama
kita juga tidak kisah tinggal di dalam kampung yang sama

tetapi

kita tidak boleh berkahwin dengan sesama jantina
kita tidak boleh dua2 belah kasut yang sama (dua2 belah pakai kasut kanan)
dan kita tidak boleh berkongsi isteri yang sama (berkongsi suami dibenarkan syara')

kan?

Friday, March 2, 2012

Antara Ustaz, Parti dan Bekas Pemimpin

Assalamualaikum,

Baru 10 minit tadi saya terjumpa link video di youtube "Hudud - Ust. Fathul Bari komen Tun M"

Yang menjadi perhatian kepada saya bukanlah video penjelasan tersebut kerana saya dari awal lagi yakin bahawa Hudud itu bukan ciptaan ahli fiqh.

Namun apa yang lebih menjelekkan pandangan adalah komen komen dibawah video tersebut.

Dah ustaz bagi komen yang diketahui umum tidak menyalahi pandangan ulama' lain. Apa masalahnya lagi?

Dulu masa UFB bagi hukum yang pelik2 korg berjurai jurai komen dalam youtube tue, dah UFB bg komen elok2 pun korg nak gaduh jgk..

apa nak jadilah..

Thursday, March 1, 2012

Halaju Lidah

assalamualaikum w.b.t

salam selamat untuk seluruh alam

ini kisah tentang lidah, halaju dan akal
berapakah halaju akal anda berfikir?

pilihan jawapan:

A - Sentiasa menjadi yang paling laju
B - Laju apabila dirangsang
C - Selalunya lidah lebih laju

saya tanya dan anda jawab
tak perlu justifikasi

hanya jawapan yang anda perlukan
dan anda sendiri nilai apakah jawapan untuk diri anda

"Harap muka ja suci..hati tu suci ka?"
retak akhlak

"Muka yang suci tue, tp lagi bagus kalau hati tue pun sama suci jugak kan?"
akhlak mulia

P/S: Jaga Halaju Lidah Anda