Tuesday, March 20, 2012

Si Pencuri Kasut yang Mencuri Hati

Sofea, namanya secantik wajah..ayu berselendang dan berbaju kebaya putih dengan bunga cempaka tercucuk disanggul. Siapa sahaja yang melihat pasti terpesona, jantung pasti berhenti berdegup, otak bekerja keras memproses data.

Aku ke masjid untuk photography majlis akad nikah Faizul&Munirah di Desa Vista, Salak Tinggi. Masjid yang dulunya hanyalah surau untuk solat berjemaah lima waktu oleh penduduk sekitar, kini menjadi saksi ijab dan qabul sepasang jodoh.

Sofea juga hadir, mungkin sejak langkah pertama aku memasuki masjid tersebut. Mungkin juga lebih awal, sejak aku terun dari kereta Gen-2 berwarna hiram dan berjalan menuju ke masjid dengan selipar Asadi hitam berharga RM9.90 yang aku beli di Jusco Ipoh 3 bulan yang lalu.

Sibuk aku dengan sesi fotografi pengantin. Tambah pula ramai tetamu yang hadir, penuh bekerumun di sekeliling kusyen pengantin lelaki&wali sudah bersiap sedia untuk akad nikah. Banyak juga jurugambar semula jadi sibuk mengangkat mencelahkan tangan memegang smartphone. Video& gambar.

Alhamdulillah, selesai berijab qabul bersama sedikit jamuan.

Orang ramai mula menyusur pulang ke rumah masing masing. Jam sudah 11 malam, aku keletihan. Terasa lenguh sangat tangan kanan, memegang kamera seberat 2.5 kg selama 3 jam. Nasi, gulai nangka & udang, ikan masin &air sirap. perghhh kenyang. Menyusun langkah pulang untuk beradu dan berehat, esok ada tugas lagi.

Selipar!!!

Takda!!!

Dah agak dah, masjid ramai ramai macam nie mesti hilang punya. Selipar popular macam tu memang senang tertukar. Aku pusing masjid mencari selipar yang sama dengan harapan kemungkinan orang yang ambil tu tertukar. Sekurang kurangnya tidak perlu pulang berkaki ayam.

Tapi takda pilihan, kaki ayam pulang adalah yang terbaik. Tidur malam tidak nyenyak memikirkan siapakah gerangan yang mencuri kasutku. aishh tidak tenang. Esok aku perlu ke masjid untuk meninjau buat kali kedua. Mungkin cari malam malam tak jumpa siang ada tuahnya. Mungkin juga si "tertukar" datang letak semula selipar aku.

Awal pagi, aku meninjau ninjau di kawasan sekitar.

Assalamualaikum, cari siapa?
Waalaikum salam, bukan cari orang, cari selipar. tersenyum
Hilang semalam ke?
A'ah masa nak balik dari majlis semalam, cari tak jumpa.
Saya rasa selipar abang ada dekat tangga sana.
Yeke? terus berlari pergi ke arah tangga. Memang ada disana. Cuba. Sah, selipar aku.

Owh belum ucap terima kasih, aku berpaling

Terima..erkk

Tiada lagi gadis tadi.

Terima Kasihhhhh!!!!! Manalah dia ada sekitar dan dapat dengar.

Siapa nama awak!!!!! Mencari kepastian

"Sofea" berbisik di telinga dengan berlalunya angin lembut bertiup di hadapan pintu masjid


No comments: