Wednesday, March 14, 2012

berbeza

Assalamualaikum

apa yang beda? loghat rakan dari indonesia. "perbezaan" merupakan perkara yang selalunya dijauhi kerana persepsi kita dan masyarakat yang yang sangat negatif terhadap perbezaan.

kenapa?

ini adalah kerana kita cenderung untuk mencari persamaan dan bersama dengan orang2 yang memiliki persamaan dengan kita.

kenapa?

rasa selamat. btol! kita rasa selamat apabila ada seseorang mempunyai persamaan atau berkongsi perkara yang sama dengan kita.

contoh?

masa sekolah rendah.
suatu pagi kita sampai ke sekolah dengan penuh semangat dan sangat ceria. sesampai jer kat sekolah, ada sorang kawan kita tanya.

"Man ko dah siap kerja sekolah matematik yang cikgu mad bagi semalam?"
"huh? alaaamaaaakkkk aku lupa la dol, gila wei 100 soalan tue, dah la kelas da nak start 5 minit je lg"
"gila kau tak siap, kena lari kat padang 40 round nnt wei, cikgu mad dah bgtau semalam"
"kau da siap ke blom?"

maka mulalah Man mencari ada tak sesapa lagi member kelas dia yang tak siap jugak keje sekolah sama mcm dia.

sebab?

at least, ada kawan nk lari pusing padang. takda lah malu sangat. - bermakna rasa selamat

contoh nie tak bagus?

situasi nie mst korg pernah alami masa sekolah rendah dulu (xyah tipulah) melainkan korg seorang pelajar berilmu beriman dan beramal. dan bukankah naluri seorang kanak2 itu suci dan tiada tipu muslihat.

so kita mencari persamaan untuk merasa selamat.

maka dengan sebab itu perbezaan adalah perkara yang kita sangat2 takut.

tetapi sebenarnya


PERSAMAAN ADALAH SUATU NIKMAT & PERBEZAAN ADALAH SUATU RAHMAT

sebab?

kita boleh memiliki hobi yang sama
kita boleh berkongsi minat dan kerjaya yang sama
kita juga tidak kisah tinggal di dalam kampung yang sama

tetapi

kita tidak boleh berkahwin dengan sesama jantina
kita tidak boleh dua2 belah kasut yang sama (dua2 belah pakai kasut kanan)
dan kita tidak boleh berkongsi isteri yang sama (berkongsi suami dibenarkan syara')

kan?