Wednesday, June 6, 2012

Kopiah II

Assalamualaikum,

aku masih berkopiah.

"Ishhhhhh dulu tamau ambik tau, skunk baru sibuk nak control control orang" rengek seorang gadis.

"Nie awat nie" Soal aku.

Dia mula bercerita tentang tekanan dihadapinya apabila menerima bertalu talu mesej dan panggilan dari ayahnya yang bertanya khabarnya.

"Dulu ayah aku tak macam nie, aku nak pi mana pun dia tak pernah nak kisah. Semuanya okay saja, yang selalu dirisaukan adalah adik adik dan kakak aku sebab diorang sekolah biasa sedangkan hanya aku yang bersekolah asrama."

"Baguslah macam tue. Dulu dia tak ambik berat, sekarang sudah ambil berat" balas ku.

"Aku tak suka la, aku lebih suka macam nie. Aku nak kemana pun takda sapa nak halang, aku bebas nak berjalan dengan siapa, nak keluar lepak bila bila masa. Takda yang banyak menyoal"

"Kau suka begitu?" aku menduga.

"Suka"

"Kalau kau ditempat mereka, kau akan buat macam tue jugak?" menduga lagi.

Dia diam memikir. Aku terus meyambung.

"Berilah mereka peluang, mungkin masa lalu itu kesilapan mereka. Kini mereka mahu tebus semuanya. Siapa tahu petang tadi mereka menonton al-Kuliyyah ke? Allah beri hidayah pada hati mereka" Perlahan aku memujuk

"Tamau, aku tak suka. Lebih baik macam nie. Aku bebas" Dia ingin meloloskan diri

"Sampai bila?" sedikit keras.

"Sampai bila bila" Selamba.

"Tak kowt" Mengusik pemikirannya.

"Kenapa?" Dia tertarik.

"Bila kau dah kahwin nanti, kau ingat suami kau beri kebebasan yang macam nie? Kau boleh kemana-mana tanpa beritahu dia? Kau boleh keluar lepak dan ajak sesiapa lepak dengan kau? Kebebasan ini akan hilang suatu hari nanti kerana kita manusia tidak pernah bebas seluruhnya"

"Tak pernah bebas, habis nie sekarang nie apa, dulu tue apa?" Dia membidas.

"Sekarang nie kau bukan bebas, tapi kau membebaskan diri kau yang pada hakikatnya tidak." Bidas aku.

"Aku tak faham"

Umpanku mengena.

"Sebelum lahir lagi kita sudah berjanji pada Allah yang kita akan bersujud hanya padanya dan menjadi khalifah di muka bumi, sedar atau tidak. Dan untuk bahagia di dunia perlu ambil tanggungjawab, jangan takut untuk hilang kebebasan. Mungkin sedikit kebebasan akan terbatas tetapi bahagia yang menanti lebih nikmat"

Dia masih tak faham

"Seperti kita sendiri perlu ambil tanggungjawab untuk merasa nikmatnya. Seperti kita menjaga seekor kucing, kita mandikan, kita beri makan, kita belai, kita perhatikan dia 24 jam. Itu tangunggjawab kan?"

"Tak itu kita sayang"

"Sayang itu nikmat yang kita rasa, tapi yang kita buat itu adalah tanggungjawab seperi beri makan, mandikan, bermain-main dengan si kucing kadangkala kita jauh lebih bertanggungjawab, kita beli makanan yang mahal-mahal lagi untuknya"

Dia seperti masih kebingungan.

"Jika tidak mahu ambil tanggungjawab kita takkan merasa nikmatnya. Contoh beli rumah, perlu dikemas, berkahwin pun perlu tanggungjawab, mempunyai anak dan lain lain lagi. Tapi kita tak pernah ungkit kerana nikmat yang kita rasa sangat bernilai kerana hati kita ikhlas dan rela untuk beri lebih"

"Begitu juga kau, relakan hati kau untuk ayah kau betulkan kesilapan dia. Beri dia peluang. Suatu hari nanti kau juga akan rasa nikmatnya. Tak perlu kau paksa hati kau untuk faham dia kerana kau tidak akan faham sampai kau di tempat dia. Cuma beri dia sedikit peluang"

Dia mengangguk.

No comments: