Thursday, June 14, 2012

Kopiah IV

Assalamualaikum

"Orang nak bas, kena ikut timing bas, bukan bas ikut timing hampa"

Aku menjenguk. Lelaki berkopiah putih dengan kemeja berkolar berbisik kepada pemandu bas.

"Takdak takdak, saya nak jalan dah nie. Saya kena sampai Ipoh pukul 1.30 petang. Saya nak drive sampai Tangkak nie tau dak?"

Lelaki itu membongkok dan berbisik sesuatu lagi kepada pemandu bas tersebut.

"Telepon kawan kamu cepat, dia mai ka dak, lagi 10 minit saya jalan"

Rupanya dia dan isteri duduk bersebelahan seat aku dalam bas cepat ekspress yang akan sentiasa cepat walaupun lambat.

Lelaki berkopiah putih tadi mengeluarkan wallet dan mula mengira semua duit dan memeriksa semua resit resit yang terselit.

Mulut isterinya terkumat-kamit. Entah apa yang disebut.

"Owh zikir" aku nampak tangannya sedang memegang timer elektronik

Aku tertanya-tanya kenapa lelaki tadi bergaduh dengan si pemandu bas. Kedengaran seperti ada saudara atau kawannya yang lambat datang ke stesen bas. Mungkin sudah terlepas bas kerana hanya mereka berdua yang naik bas tersebut di Sungai Petani pagi tadi.

Memikirkan mereka aku menggeleng kepala.

Mengapakah imej lelaki berkopiah dirosakkan dengan sebuah pertelingkahan riuh sehingga mengundang perhatian semua penumpang?

Adakah sudah terpinggir nilai-bilai murni dari Islam?

Adakah umat Islam memandang Islam itu hanya ada pada Solat, Puasa, Ramadhan dan sambutan sambutan yang sinonim dengan Islam?

Teringat pada sebuah kisah dalam Beduk Di Ketuk. Syukur oleh kebanyakkan mualaf kerana mereka mengenal Islam terlebih dahulu daripada mereka mengenal umat Islam.

Teringat pula pada pencuri berjubah putih. Kisah daripada Tokwan aku di kampung. Pencuri yang memakai jubah dan serban berjalan berseorangan di kampung dan singgah ke salah sebuah rumah jiran Tokwan. Termengah-mengah beliau ingin meminjam motorsikal. Katanya untuk mengambil wallet yang tertinggal di masjid sewaktu solat asar sebentar tadi.

Motorsikal yang dipinjam lesap begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah sebuah beg bimbit yang penuh dengan surat khabar lama.

Motorsikal hilang, Agama terjual

No comments: