Wednesday, July 4, 2012

Harga Sebuah Syurga

Assalamualaikum,

Lama sudah tidak menulis dek kesibukkan belajar, gara-gara test dan presentation yang tidak berkesudahan. Ditambah pula aktiviti-aktiviti luar yang berpusu nak ambik port dalam jadual nie. Namun tak mengapalah, begitulah nasib seorang pelajar, tak susah tak belajarlah namanya. Yang susah itulah belajar, kemudian jadi senang. Kalau dah senang buat apa berlajar lagi?
Malam ini malam Nisfu Syaaban. 

Nyaman, sejuk, damai. Rasa macam dibuai-buai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Wah wah dah lama tak guna "Angin sepoi-sepoi bahasa". Mengantuk rasa macam nak tidur jer sepanjang malam. Indahnya hidup dalam ketenangan malam yang barakah ini. Mana datang keberkahan ini? Boleh merujuk kepada beberapa hadis yang dibincangkan oleh ulama' tentang puasa sunat yang Nabi Muhammad S.A.W perbanyakkan di bulan ini.

Ternyata Syaaban ini, ada sesuatu di dalamnya yang perlu kita selongkar. Mungkin di malam ini terdapat sesuatu yang dapat melembutkan hati, hidayah yang bertaburan di muka bumi, atau keberkatan yang lebih banyak untuk lebih ramai hamba-hambaNya. Siapa tahu? Maka tak perlulah kita nak mencari apa kelebihan malam ini kerana melakukan sesuatu untuk mendapatkannya lebih utama. Kelebihan sudah pasti ada.

"Ramai orang lebih suka menghabiskan duit untuk masuk neraka sedangkan langsung tidak hirau pada syurga yang free"

Dialog dari filem Jalan Kembali: Bohsia II, baru sudah aku tonton petang tadi sekadar menghabiskan waktu lewat petang. Alhamdulillah, rasanya filem melayu sudah selangkah kehadapan. Melalui hasil karya anak muda ini, aku lihat penceritaan dalam filem sudah kurang tipikal dari kebanyakkan filem-filem satu genre dengannya. 

Tipikal filem genre begini, biasanya segala kenegatifan watak dan kehidupannya,aksinya diperlihat dan diteliti sehabis baik sepanjang filem, sedangkan turning point watak untuk berubah menjadi baik hanyalah 5 minit terakhir dari filem filem tersebut. Filem arahan anak muda ini, secara beraninya mengheret mode keinsafan yang bermula dari pertengahan cerita lagi. Bagus, ada peningkatan.

Walaupun keinsafan watak utama tidaklah diteliti jalan penceritaannya tetapi sekurang-kurangnya filem ini menghapuskan pemikiran yang menjadi baik itu semudah 5 minit dalam filem. Menjadi baik itu semudah memakai serban dan jubah kemudian berjalan ke masjid. Ia mengetengahkan bahawa untuk menjadi baik, banyak halangan. Walaupun ringan, tetapi sekurang-kurangnya ada.

Bukan hendak memuji berlebih-lebih tetapi sekadar memberi kesedaran supaya kita tidak menonton filem hanya untuk keseronokkan seperti orang-orang kebanyakkan.

Harga tiket ke syurga, Berapa ya agaknya?

Adakah percuma? Tidaklah percuma, tetapi tawarannya lebih murah dan lebih berbaloi dari tiket ke neraka. Bagaimana? Tidakkah lebih mudah untuk bersolat dalam setiap waktu berbanding menari, berjoget dan berdansa di kelab-kelab malam? Pernah kita masuk masjid kena bayar? Pernah kita diminta bayar untuk ambil wuduk di masjid? Pernah kita diminta bayaran untuk membaca al-Quran?

Jadi tidakkah tawaran ke syurga lebih menguntungkan dari tawaran ke neraka?

No comments: