Assalamualaikum w.b.t.
Kita tidak berada disana!
Sedar atau tidak, pada 1 Muharram beberapa hari yang lalu, umat Islam seluruhnya telah digemparkan dengan serangan keatas Gaza, Palestin oleh rejim zionis. Pada hari yang mulia bagi umat Islam seluruh dunia itu, yahudi Laknatullah itu seolah-olah sedang berpesta dengan kematian orang-orang Islam di Palestin
Kita masih lemah!
Sebagai orang Islam apa yang kita buat?!Kita lemah, kita pernah kuat dahulu tapi kini kita semua telah buta dengan kenikmatan yang kita peroleh. Bahkan kita semakin hari semakin lemah. Tenggelam dengan sifat nafsi-nafsi yang sudah lama melekat di dalam otak kita sejak kita dijajah dahulu.
Kita boikot!
Berapa ramai sangat?Berapa lama sangat? Pemboikotan ini sudah lama dijalankan, sejak belum lahirnya myspace, belum lahirnya friendster dan kini sudah sampai ke zaman twitter, namun masih belum ada 1 premis pun tutup kerana boikot yang kita buat. Kita sudah bergantung kepada mereka, bahkan anak-anak kita juga bekerja di premis mereka. Apalah sangat boikot kita?
Kita Tunjuk Perasaan!
Sudah berapa lama isu palestin ini? Palestin dijajah berkurun lamanya. Bukan sahaja isu palestin, kita sudah menunjuk perasaan sejak lama dahulu, sejak isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W oleh pelukis Denmark, kemudian datang isu Bosnia, kemudian Afghanistan, kemudian Iraq, kemudian Lubnan dan baru-baru ini isu video di youtube yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Kita tunjuk perasaan. Tapi apa yang berlaku? adakah si pembuat filem murahan itu dihukum? tidak! isu itu berlalu dengan masa. Kita kembali leka.
Mereka Sudah Terlalu Berani!
Ya mereka sangat berani kerana mereka tahu kita tidak mampu berbuat apa-apa. Sekadar boikot yang tak seberapa, sekadar tunjuk perasaan, sekadar serah memorandum. Itulah realiti kita yang sebenarnya yang sangat-sangat lemah. Tarbiyyah kita goyah.
Kita wajib susun balik strategi!
Kita ramai, orang Islam sahaja telah mempelopori 2/3 bumi. Kenapa kita tidak mampu berbuat apa-apa? Kerana kita tidak bersatu. Kita tidak pernah bersatu. Kita tidak akan menang selagi kita tidak bersatu. Dahulunya kita mampu mengalahkan ribuan tentera musyrikin walaupun bilangan kita tidak seberapa. Kita perlu duduk dan berfikir kenapa kini segalanya sudah berubah.
Di Malaysia sendiri, kita bercerai kerana politik. Kita lebih berbangga dengan warna dan bendera politik kita berbanding Iman kita. Besar sangat monopoli politik kita sedangkan isu penyatuan umat Islam lebih penting. Isu strategi menaikkan Islam lebih penting. Isu pengukuhan Islam lebih penting. Kita ikut sama bertelagah hanya kerna warna bendera kita tidak sama.
Kita wajib kuasai ekonomi!
Kita sibuk nak monopoli politik sedangkan kita ketinggalan dalam ekonomi. Sekarang dimana kita? Bagaimana kita nak boikot McD sedangkan kita tidak dapat, gagal memberi alternatif lain? membuka syarikat makanan segera sendiri pun kita tidak mampu. Bukan itu sahaja, mee kuning yang kita makan pun, berapa sangat kilang orang Islam yang menghasilkannya? Sudahlah kita sudah hilang kuasa membeli.
Kita wajib kuasai ekonomi. Dengan ekonomi yang kita pegang, kita dapat kuasai aliran kewangan, strategi kita dapat dijalankan. Macam-macam kita boleh buat. Kita boleh buat senjata sendiri. Kita boleh pegang sesebuah negara kerana negara-negara lain akan bergantung kepada negara yang hebat ekonominya. Kita tidak lagi bergantung kepada amerika syarikat.
Kita Wajib kuasai ilmu!
Orang kita jauh dengan ilmu, sbb itu kita jauh dengan Allah. Ramai antara kita tidak kenal Allah. Jadi dengan jumlah yang ramai kita ibarat buih-buih di lautan. Banyak tetapi tidak dapat memberi apa-apa manfaat. Majlis ilmu kita terlalu sedikit yang datang. Kita lebih agresif nak menguasai hiburan, nyanyian, tarian dan politik. Kuasai ilmu, Iman kita akan bertambah kukuh.
Doa akan tetap terus berdoa!
Doa kita pada Palestin perlu diteruskan, perlu istiqamah. Sudah sampai masanya kita bersatu. Tidak boleh lagi kita berpecah-pecahan. Sudah sampai masanya kita bersolat hajat serentak seluruh Malaysia, seluruh Dunia. Bukan lagi kita masanya kita berdoa sembunyi-sembunyi. Bukan masanya lagi untuk kita terus duduk di belakang. Kini kita wajib bangun dan kedepan dalam Ibadah Umum dan Ibadah Khusus.
Palestin sudah lama menangis!
Mungkin selama ini kita buta, selama ini kita pekak, selama ini kita lena, tetapi kalau hari ini kita dapat lihat, kita dapat dengar, kita dapat rasa tangisan Palestin. Itu maknanya kita terpilih, dipanggil Allah untuk berjihad membantu agamaNya. Medan jihad kita mungkin bukan di tanah palestin tetapi medan jihad kita, ada di depan mata kita.
Menang di medan Jihad kita, InsyaAllah satu hari nanti kita akan bebaskan Palestin.