Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah 1434H
Sudah 1434 tahun Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah sebagai suatu transformasi di dalam Islam. Dan peristiwa hijrah ini menjadi satu titik tolak contoh kepada semua orang Islam untuk mencari alternatif dalam menyebarkan Islam di muka bumi.
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" merupakan tema yang dipilih dalam sambutan maal hijrah tahun ini. secara peribadinya tema tahun ini amat memberi impak kepada diri aku sendiri kerana ia sedap didengar dan sangat kreatif dan terlebih penting daripada itu adalah maknanya yang ringkas, tepat dan sangat mendalam.
Wasatiyyah dalam erti kata yang mudah ialah besederhana dalam semua urusan. Namun sederhana yang ditonjolkan dalam unsur wasatiyyah dan pemahaman seorang muslim bukanlah bermaksud separuh sepertimana yang difahami oleh kebanyakkan orang Islam.
Contohnya tidak perlulah berusaha sehabis baik dalam melakukan kerja, cukuplah sekadar apa yang ada kerana bersederhana. Cukuplah melakukan amalan wajib, tidak perlu amalan sunat kerana beserderhana. Fahaman seperti ini adalah salah lagi dipersalahkan.
Wasatiyyah atau bersederhana dalam tema maal hijrah dan sepatutnya difahami oleh semua orang Islam adalah menyeimbangkan antara dunia dan akhirat bahkan lebih baik jika amalan dunia dijadikan bekal menuju ke alam Akhirat.
Dunia dan akhirat sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana menurut pegangan Ahli Sunnah, segala yang dilakukakan diatas muka bumi adalah ibadat, bermakna ibadat dan pahala bukanlah sahaja spesifik kepada ibadah-ibadah khusus yang disebut di dalam al-Quran seperti solat, puasa dan zakat. Namun ibadah umum meliputi semua aspek dan ia sangat luas. Contohnya sehinggakan menaiki kereta pun dikira ibadah jika kita menaiki kereta untuk perkara kebaikkan, lebih spesifik menaiki kereta membawa keluarga menziarahi ahli keluarga (merapatkan silaturrahim) atau melancong (berbakti kepada keluarga).
Dengan penetapan tema wasatiyyah ini bermakna, kita sebagai umat Islam wajib melakukan yang terbaik dalam segala urusan kebaikkan dan langsung meninggalkan urusan yang buruk. Semoga pada tahun ini kita semua akan dapat mencapai tahap wasatiyyah yang tinggi dan pencerahan ilmu ini akan lebih meluas sehingga semua orang Islam tidak lagi prejudis kepada agama mereka sendiri.
Salam Maal Hijrah 1434H
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
No comments:
Post a Comment