Assalamualaikum w.b.t
Di celah-celah kisah keperitan penduduk Gaza, Palestin yang sedang bermati-matian di atas tanah sendiri. Media negara kita pula sibuk nak pertikai isu doa untuk kehancuran.
Mungkin sebab itu ramai orang kita dah terpacak depan McD awal-awal buta untuk dapatkan burger percuma sedangkan ramai orang-orang luar negara awal-awal buta dah terpacak depan McD di negara mereka untuk berhimpun,membantah dan memboikot restoran makanan segera tersebut.
Bertalu-talu soalan di peti masuk laman sosial facebook, mohon pencerahan isu yang dibesar-besarkan media Malaysia hari ini. Isu doa memohon kehancuran oleh satu parti politik kepada parti politik yang lain. Isu tersebut diperhangatkan lagi dengan pandangan-pandangan beberapa orang ustaz yang dikenali.
Walaupun dengan pandangan ustaz-ustaz tersebut, saya masih melihat isu ini adalah isu politik semata-mata. Melalui pemilihan ustaz yang menjawab persoalan ini sudah jelas, bahawa isu ini dipolitikkan dengan berselindung disebalik moral keagamaan dan pada masa yang sama menutup isu yang lebih berat.
Jika kita merujuk kepada perkara asas dalam Islam dan melihat perkaitan isu-isu yang dimainkan media. Isu doa untuk kehancuran tidaklah sebesar mana. Bahkan merujuk kitab-kitab perbahasan syarak, diharuskan untuk berdoa memohon kehancuran oleh orang-orang yang teraniaya kepada orang orang yang menganiayai mereka. Hukum diqiyaskan dengan hukum harus mengumpat orang-orang yang zalim untuk menjatuhkan mereka.
Jika diamati hak berdoa pula adalah hak perbadi individu. Kerana sudah menjadi kebiasaan kita semua pasti memohon doa keburukan kepada mereka yang menganiayai kita. Contoh kita memaki, atau hanya terdetik dalam hati kata-kata kesat kepada mesin air tin yang telan duit. Normalnya sedangkan dengan mesin pun kita boleh mendoakan kehancuran inikan pula manusia.
Jadi Doa untuk kehancuran bukanlah isu yang perlu dipandang besar kerana tidak jatuh hukum haram, berbanding membuka aurat, menindas, rasuah, menolak al-Quran dan sebagainya. Meskipun perbuatan berdoa tersebut dilakukan oleh ustaz-ustaz sendiri. Mereka juga manusia biasa yang boleh melakukan kesalahan, mereka juga punyai perasaan dan boleh melenting apabila diberi tekanan dengan pelbagai isu-isu penindasan dan penipuan yang berlaku di negeri mereka.
Jika kehancuran yang dipinta berlaku itu ada baiknya pada penilaian Allah. Maka siapa kita untuk menafikannya daripada menjadi realiti. Jika sebaliknya berlaku maka pasti ada sesuatu yang Allah aturkan untuk kita semua.
Marilah sama-sama kita melihat isu ini sebagai satu insiden untuk kita lebih mendalami Islam. Janganlah kita bercerai-berai kerana hal yang remeh. Buka mata, buka minda, buka hati. In syaa Allah keterbukaan kita akan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai.
Sekian
No comments:
Post a Comment