Thursday, August 25, 2016

Orang Melayu Patut Belajar Berniaga Daripada Rakan Cina

Assalamualaikum w.b.t
  1. Hasil perbualan aku dan isteri setelah kami balik daripada kedai tayar (menukar tayar dalam post yang lepas) tentang cara perniagaan dan perbezaan strategi peniaga Melayu dan peniaga Cina.
  2. Aku dan isteri mendapati kebanyakkan strategi yang digunakan oleh peniaga Melayu di sekitar KL adalah sama. Cheap Technique. Orang Melayu kebanyakkan tidak sabar dalam meniaga dan sanggup melakukan apa saja demi meraih keuntungan. 
  3. Cheap Technique yang aku maksudkan. Pertama orang melayu jual barang pada harga yang mahal sebab nak dapat untung banyak. Kemudian dia jual bangsa. Kononnya orang Melayu jangan beli barang daripada orang bukan melayu. Kemudian dia jual agama. Siap ada list senarai peniaga Islam di KL. Kenapa nak jual barang perlu gunakan perkataan Islam?
  4. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka jual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Mereka tidak kisah untung lebih sedikit asalkan kedai/perniagaan mereka bertahan lama dan logiknya pelanggan mereka akan semakin bertambah kerana harga yang ditawarkan lebih murah.
  5. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka mengisi kedai mereka penuh dengan barang. Dimana kalau kita ke kedai mereka, boleh dikatakan hampir 90% apa yang kita nak beli semuanya ada. Kedai Melayu pula hanya barang-barang utama sahaja yang dijual. Barang yang kecil-kecil, yang untungnya sedikit tidak dijual. Menyebabkan kalau kita ke kedai Melayu, kita perlu ke kedai lain pula untuk mencari barang yang tiada di kedai pertama tadi. 
  6. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka juga lebih mesra pelanggan dan tidak kedekut. Aku pernah dengar satu pengalaman daripada seorang kawan yang dah siap bawa semua dokumen dan duit muka untuk beli superbike. Mula dia ke kedai Melayu. Tepi tuan kedai buat bodoh tak layan, mentang-mentanglah kawan aku ni pakai t-shirt dan seluar buruk. Kawan aku kecewa lalu ke kedai Cina. Tauke Cina tu punya la baik layan, siap bagi try bawak lagi beberapa superbike pusing-pusing depan kedai dia. Gila kawan aku tak beli kat kedai Cina tu. 
  7. Berbeza dengan peniaga Cina. Mereka kerja keras. Buka kedai seawal 8 pagi. Tutup pula selewat 10-11 malam. Pada hujung minggu mereka buka kedai. sedang peniaga Melayu tutup kedai. Hujung minggulah hari orang nak berurusan. Nak servis itu dan ini. Nak tukar itu dan ini. Melayu tutup kedai pula.
  8. Setelah semua-semua perbezaan tadi. Bagaimana peniaga Cina boleh untung? Aku detect satu trick mereka benda ni macam permainan psikologi sikit. Mereka bagi harga murah untuk barang yang kita perlukan (untung mereka sedikit) tapi mereka mulut manis tawarkan kita barang-barang lain. End-up kita membeli beberapa barang lain juga daripada kedai mereka. Itulah untungnya ada banyak barang dalam kedai.
  9. Tak semua peniaga Melayu layu. Ramai antara mereka sudah berubah. Banyak antara mereka sudah pandai meniaga, mencari peluang dan ruang. Namun belum cukup ramai. 
  10. Aku harap masyarakat Melayu sudi dan banyak belajar dengan rakan-rakan Cina.
Sekian.

No comments: