Wednesday, September 7, 2016

Orang Melayu Yang Sentimental

Assalamualaikum w.b.t

  1. Bangsa Melayu memang sentimental. Aku dapat rasa feel sentimental tu dalam diri aku sendiri. Aku juga dapat nampak sentimental tu dalam diri bangsa aku sendiri. Orang-orang di sekitar aku sama ada yang berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan aku.
  2. Tengok sajalah fenomema drama atau filem yang melanda Bangsa Melayu. Zaman aku masih kecil, sekitar tahun 90-an. Orang melayu duk gila menonton filem hindustan. Kalau Shah Rukh Khan menangis maka satu Malaysia akan menangis. Kuch-kuch hota hai. 
  3. Kemudian drama setiap kali musim perayaan. Hari Raya, Deepavali, Chinese New Year, Merdeka, Maal Hijrah. TV akan menayangkan drama-drama sedih menangis, terutama drama Dato' Rosyam Nor, Wan Maimunah, Fauziah Nawawi. Satu Malaysia menangis. 
  4. Kemudian datang pula zaman drama melodrama korea. Aku tak nak sebut nama-nama drama yang femes. Aku pun tak tengok semuanya. 
  5. Bangsa aku juga sangat sensitif dengan barang-barang warisan keturunan. Mereka sanggup bergaduh adik-beradik berebut tanah pusaka sekangkang kera. Bukan kerana nilai tetapi kerana ianya pusaka, wasiat keturunan. 
  6. Waris adalah perkataan keramat dalam bangsa melayu. Mewarisi, pewaris, wasiat dan pusaka. Semua tu sensitif dan keramat. Menaikkan semangat. 
  7. Namun jangan tersilap menafsir makna wasiat. Seseorang boleh mewasiatkan sesuatu yang dia miliki tetapi tidak jika ia bukan milik pewasiat. 
  8. Kita boleh digelar mewarisi atau pewaris jika apa yang kita miliki itu pernah menjadi hak milik pemberi wasiat tersebut. Begitulah sebaliknya kita tidak dinamakan pewaris jika yang kita miliki itu bukanlah harta hak milik pemberi wasiat.
  9. Contohnya, ayah kita boleh wasiat kepada kita rumah miliknya tetapi dia tidak boleh mewasiatkan kereta milik jiran kepada kita. Begitu juga kita tidak dinamakan pewaris kereta ayah kita jika ayah kita tidak pernah memiliki kereta tersebut semasa hayatnya. 
  10. Begitulah juga dengan Ulama yang dikatakan pewaris Nabi SAW. Bagaimana kita boleh katakan dia ulama kalau apa yang dia buat tidak pernah Nabi SAW buat, sedangkan ulama MESTI mewarisi Nabi SAW.
Sekian.

No comments: