Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini aku dapat menyelesaikan satu misi penting, iaitu menukar dua (2) biji tayar kereta. Jadi, tulisan kali ini aku tujukan kepada pemilik-pemilik kereta yang noob sama macam aku jugak. Ini untuk memudahkan mereka-mereka yang mempunyai masalah yang sama macam yang aku alami. Maksud aku dimasa depan.
14 Ogos 2016
Aku pergi hantar adik ipar aku ke KLIA. Beliau nak ke Kazakstan untuk program Student Exchange. Satu (1) jam jugaklah jarak perjalanan dari rumah aku ke KLIA. Dalam perjalanan balik, aku singgah di R&R Awan Besar sebab mengantuk. Maklumlah hujung minggu, bangun awal pulak pergi berjalan. Minggu sebelumnya di pejabat memang sibuk ngalah perdana menteri. Penat.
Dah alang-alang singgah di stesen minyak Petronas, aku berhenti isi angin tayar kereta. Isteri aku sekarang ni rajin pulak di keluar berjalan. Anak aku dah pandai duduk diam dalam kereta, senanglah sikit nak memandu. Taklah bosan sangat isteri aku dirumah. Boleh lah beliau jugak keluar bersosial dengan rakan-rakan beliau. Balik kepada cerita isi angin tayar kereta. Lepas isi angin semua tayar. Aku mendapati sesuatu yang pelik di tayar belakang sebelah kanan kereta.
Tayar merekah
Astaqfirullah. Tayar kereta merekah. Teruk pulak. Nasib baiklah tak meletup dalam perjalanan sebelum-sebelum ni. Macam biasa kalau bab kereta, aku akan suruh isteri aku telefon bapa mertua aku (Ayah). Beliau memang handal dan teliti bab kereta. Bapa aku (Abah) pun tau pasal kereta, tapi sebab kereta ni isteri aku yang punya, jadi ada baiknya aku tanya Ayah kalau apa-apa jadi dengan kereta ini. Memang tak dinasihatkan oleh Ayah untuk terus menggunakan tayar yang merekah tersebut.
15 & 16 Ogos 2016
Aku tunjuk gambar yang sama kepada kawan-kawan aku di pajabat. Balang macam biasa respon dia relak. Zaki pulak "Huish teruk ni". Aku mula Google pasal kes tayar merekah macam yang aku kena ni. Dan aku mula membaca dengan penuh konsentrasi.
Hasilnya:
- Kalau nak beli tayar kereta, mesti kita nak check harga semasa supaya kita tak kena tipu. Aku jumpa laman web mytayar.com. Laman web yang bagus untuk semak harga tayar semasa. Sebenarnya kita boleh beli terus tayar daripada laman web ini.
- Tayar aku yang merekah tu jenama Silverstone. Tayar jenama ni kualiti dia kurang sedikit sesuai dengan harga jualannya. Aku jumpa banyak kes yang sama melibatkan jenama yang sama.
- Kes tayar merekah yang macam aku kena ni kemungkinan besar disebabkan aku parking lama di tengah panas. Tempat parking kereta dirumah aku takdak bumbung.
- Kedua mungkin sebab aku jarang isi angin tayar kereta. Sebaiknya check pressure tayar kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mungkin tayar kempis dan keras disebabkan lama tak bergerak, terdedah pula dengan panas. Bila pergi isi angin retaklah tayar kereta tu seperti retaknya hati aku mengingatkan duit yang perlu aku belanja untuk tukar tayar kali ini.
- Dan aku menjumpai lagi, antara tayar yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat marhaen seperti aku ialah GoodYear. Ada beberapa pengalaman yang aku baca di internet, tayar jenama ni ada yang diguna sampai botak. Ada yang sampai lebih kurang tujuh (7) tahun. Pengalaman sorang brader ni.
Sebenarnya lebih kurang satu setengah (1-1/2) tahun yang lalu. Aku dan isteri pilih tayar Silverstone sebab itu tayar yang paling murah. Dan aku pulak kena tukar empat (4) biji sekaligus. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul walaupun isteri aku yang bayar guna duit simpanan dia.
Kali ini aku plan nak tukar dua (2) dulu. Dan semestinya tayar GoodYear adalah pilihan. Aku semak di mytayar, harga tayar tersebut lebih kurang RM160 sebijik. Dan satu lagi jenama tayar yang boleh dipertimbagkan ialah Falken. Namun hasil pembacaan, aku menjumpai tayar Falken ni dia berdengung bila memandu. Tayar jenama ini dijual dengan harga RM118 (Tulisan di blog) dan RM160 harga di mytayar (Hanya satu kedai offer tayar Falken).
Satu lagi masalah yang aku hadapi ialan aku tak tau di nak beli tayar di kedai mana. Banyak kot kedai tayar di Kuala Lumpur ni. Sekitar kawasan rumah aku pun ada beberapa kedai tayar. Aku pun terus Google untuk mencari kedai yang bagus. Aku dapat beberapa klu iaitu kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri. Tapi di Bandar Permaisuri pun ada banyak kedai tayar. Yang berkongsi pengalaman di blog pun tidak sebut kedai yang mana satu. Sekadar sebut nama tempat sahaja.
19 Ogos 2016
Alhamdulillah claim aku pergi Miri hari tu baru masuk. Setelah hampir dua (2) bulan claim tu sangkut di finance department disebabkan masalah GST. Sunnatullah, setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab tertentu. Ringanlah sedikit beban aku nak tukar tayar baru ni.
20 Ogos 2016
Hari ini aku mengambil sedikit keberanian untuk pergi ke Bandar Sri Permaisuri untuk tukar tayar. Awal pagi tadi aku turun tukar tayar yang merekah tu kepada tayar spare. Bahaya kalau tak tukar, buatnya meletup tengah jalan. Dah la isteri aku nak ikut.
Aku dan isteri dan set kedai mana untuk tukar tayar. Kedai yang dimiliki oleh seorang Melayu. Dulu masa tayar kereta aku bocor satu (1) hari sebelum nak balik beraya. Di kedai ini lah aku tampal. Layanan yang baik dan brader tu seolah memahami kami takda duit nak tukar tayar malam tu. Masa tu jugak, beliau check semua tayar dan bagitahu yang tayar kereta dah botak. Dia tampal dan siap bagi tips memandu supaya kami dapat sampai kampung dan tukar tayar disana.
Aku pun ke kedai tu. Park jauh sikit nak tanya harga dulu. Nampaknya harga yang dia tawar mahal. Tayar Hankook RM160 sebijik. Aku check di mytayar RM137 kot sebijik. Aku pun ke satu lagi kedai (Back-up Plan). Kedai Cina. Uncle Cina pun baik, dulu masak aku nak tampal tayar aku datang tanya ke kedai beliau. Beliau cakap, kedainya tak buat tampal dalam. Dia suggest aku pergi ke kedai tayar di Bandar Tun Razak.
Beliau tawar tayar Falken RM130 sebijik. Kalau nak lagi kualiti Toyo RM150 sebijik dan GoodYear RM150 sebijik. Terbaik. Aku pun cerita kan Uncle tu semua. Dan dia pun tukar tayar kereta as per instruction. Aku berpuas hati. Ahh! nama kedai tersebut ialah Popular Auto Service Center. Terletak berhadapan dengan kedai dobi Smart.
Kedai dobi Smart tu pula dimiliki oleh seorang Melayu. Seorang pak cik yang baik hati, tutur kata dan peramah. Murah pun murah kalau ada sesiapa nak basuh toto dan selimut.
Lagi satu masa aku tukar tayar tadi. Kebetulan ada seorang kakak ni, dia pun datang tukar tayar jugak kereta Alza. Kes sama macam aku juga. Tayar merekah selepas satu (1) tahun lebih pakai. Dia cakap nak buat macam mana. Masa beli kereta dia bagi tayar Silverstone. Tayar kereta kakak tu punya merekah lagi teruk daripada tayar kereta aku.
Dua (2) daripada tayar ni milik aku. Lagi dua (2) tayar kereta kakak Alza tu
Bagitulah lebih kurang cerita aku kali ni. Ada lagi aku nak tulis tapi post yang lain pula. Sekian
11 comments:
Sob... Sob.... Sedih kami sebab blogger bertali leher tidak membeli tayar melalui HTTPS://Mytayar.com.... Len kali try kami pulak hokey... Tak pergi pusing-pusing pi kedai...
Astaqfirullah..maafkan saya, masa ni kali pertama saya tukar tayar. Memang play safe.
good info!
Saya pernah beli di mytayar ni harga pun sama mcm kat kedai... saya time tu berapa mampu nak pakai tayar yg premium2 ni so, try pakai viking harga pun murah n kualiti pun boleh tahan jugak... kira sesuai la harga dgn kualiti..
viking brand ni dari mane siape tau? nampak harga tu murah tapi takut kualiti nia lah
@Jamves Kid
tayar viking ni klo xsilap i under continental pnye brand... alaaa kualiti so-so je yela sbb tayar pun harga murah je... mane ade org jual tayar murah, kualiti tinggi kan
@dira23
so so? tapi aq dah gune berapa tahun pun xde masalah
keadaan jln basah pon stable jugak
@Tulangg
wah.. viking ni harga murah lagi blh tahan banyak tahun ? syok nie aq
@Tulangg
Setuju!!! sy pun dah pakai hampir 4 tahun n ini kali ke kedua pakai dah nak masuk 2 tahun pun... tahan kan.. walaupun tayar dalam kategori ekonomi, tapi kualiti dia mmg boleh diterima... kalau yg x penah cuba tu jgn la ckp so-so... hahahaha korang jln laju2 kat jlan basah pun steady je..
setuju gudyear mmg kualiti bagus dh 5 thn guna bunga tayar masih ok lg..hrga pun ok
tq info
Post a Comment