Assalamualaikum w.b.t
Dari Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Anshaari al Badri R.A berkata;
Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah "Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu."
Hadis sahih riwayat Bukhari.
- Disebalik periwayatan hadis ini ada kisah menarik yang telah aku lupa. Aku cuba beberapa kali re-call tetapi langsung aku tak ingat. Masa kuliah, kalau part cerita aku tak catat. Lupalah.
- Aku rasa benda tu tak penting walhal cerita-cerita disebalik sesuatu, biasanya mewarnai atau menarik lebih perhatian.
- Aku dan keluarga bercuti ke PD beberapa minggu lepas. Biasa-biasa sahaja. Aku bukan berduit sangat nak keluar negara.
- Cemburu jugaklah melihat kawan-kawan pejabat berjalan kesana-sini. Aku tak tau apa wife aku pun ada rasa yang sama.
- Selepas balik dari PD aku ada rasa sesuatu yang tak kena. Rasa seronok tu memang ada, tapi ada satu perasaan lain yang tersembunyi dibelakang hati.
- Malu. Teringat kata-kata ustaz di kuliah. Orang kita ke Paris, ke London, ke Australia, ke NZ, ke Jepun ke Korea. Nabi SAW semasa berdakwah, tak terfikir dan tak sempat pun nak bercuti, bawak keluarga pergi holiday.
- Aku menonton drama Omar (BBC). Para Sahabat R.A pun begitu. mereka mengorbankan segalanya. Para sahabat tidak pula kesana-sini berjalan melainkan dengan tujuan menyebarkan Islam, sedangkan di zaman Amirul Mukminin Omar R.A, para sahabat menguasai lebih 1/4 dunia.
- Apa alasan kita ummat kemudian kepada mereka nanti? Malu. Layakkah kita bersama mereka di Syurga. Mereka mengikut jalan Nabi SAW sebenar-benarnya. Kita pula sebaliknya. Malu.
- Lalu aku bertekad untuk kumpul duit. Moga Allah murahkan rezeki. Semoga kami sekeluarga boleh menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tempat yang sangat sentimental kepada umat Islam.
- Aku nak lihat kesan dan peninggalan. Lalu membayangkan kezuhudan mereka dan kesungguhan mereka menjaga agama ini sehinggalah sampai kepada generasi hari ini. Selawat dan Salam kepada Rasulullah, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment