Assalamualaikum w.b.t
- "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Simpan dulu bahagian Nahi Munkar, kita bicara saja lain kali. Bahagian itu ramai orang nak buat dan suka buat. Pin point kesalahan orang, mana tak bestnya.
- Amar Ma'ruf sebutnya senang. Nasihatkan kepada orang senang. Sendiri nak buat itu sememangnya susah. Nabi SAW pernah bersabda; Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad [berjuang] melawan dirinya dan hawa nafsunya - Hadith dinilai sahih oleh Al-albani.
- Namun janganlah kita terlalu jumud melihat Jihad melawan nafsu itu lebih besar nilainya daripada jihad melawan kafir di medan perang. Apa kita fikir mereka yang berjihad di medan perang tidak sekalipun melawan nafsu mereka? setelah mereka tinggalkan harta, kesenangan hidup, isteri dan keluarga untuk Agama mereka.
- Sudah tentulah mereka yang berjihad di medan perang itu telah menang berjihad dengan hawa nafsu mereka dan Allah SWT memberikan kekuatan kepada hati mereka. Jika tidak, tentu-tentulah mereka lari lintang pukang bila dibedil musuh.
- Aku pula, hanya pandai buat azam dan perancangan. Susah sangat nak melawan nafsu dan selalu bertangguh. Susah sangat nak buat amal lebih. Mudah berasa selesa dengan keadaan yang ada dan lebih suka bersenang lenang tak berbuat apa-apa. Aku cemburu dengan kawan-kawan yang mereka mendapat apa sahaja yang mereka azamkan. Namun mereka mendapat hasil diatas berkat usaha ikhlas dan kerja keras mereka.
- Tak mahulah aku duk cerita aib diri sendiri. Cuma nak mencari-cari jalan dan cara memperbaiki diri. Agama juga larang umatnya cerita aib orang seperti yang yang diriwayatkan di dalam hadis sahih. Maksudnya lebih kurang macam ni, barangsiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti. Aib orang lain pun tak boleh buka inikan pula aib sendiri.
- Di awal ramadhan hari itu, bukan sahaja hari itu, bahkan aku pernah dengar benda ni sejak dari masa aku masih di sekolah menengah lagi. Aku terbaca tentang sebilangan ustaz melarang umat Islam membeli makanan daripada penjual yang tidak menutup aurat di bazar - Aku tak berapa setuju dengan tindakan sebegini.
- Seperti yang aku cakap di awal tadi, Nahi Munkar ni ramai nak buat tapi Amar Ma'aruf tak dak sapa pun sebut. Di masjid pula tak habis-habis nak cerita bab politik dan terus mewahabikan orang yang tak sebulu. Sepatutnya dah alang-alang ada slot tazkirah di Masjid yang buat tarawikh 8 rakaat. (Walhal AJK masjid tu jugaklah sebelum Ramadhan bukan main wahabikan orang yang buat tarawikh 8 rakaat).
- Slot tazkirah perlulah diisi dengan menerapkan perkara-perkara basic dalam Islam. AJK masjid pun dah tau awal-awal lagi, jemaah yang hadir rata-ratanya bulan Ramadhan ni lah baru nampak muka di masjid - tak perlu lagilah duk cerita kelebihan bulan Ramadhan. Kalau orang tak tau kelebihan bulan yang mulia ini takdalah orang datang sampai melimpah-limpah di masjid tu.
- Sempena 10 Malam terakhir Ramadhan ini. Aku sekali lagi berazam memperbanyak amal dan memperbaiki prestasi berbanding tahun yang lepas. InsyaAllah. Stop sekejap post status di FB. Kalau baca pun menyakitkan hati lagi adalah. Penuh dengan komen-komen mencarut dan tidak cerdik dari "ahli bid'ah bajet suci".
No comments:
Post a Comment