Monday, June 5, 2017

Pengalaman Mendekat Agama

Assalamualaikum w.b.t
  1. Sempena ramadhan yang bakal menjelang dan umur yang semakin meningkat naik. Aku melihat kawan-kawan yang dulunya tak banyak ambil tahu akan hal agama mula nak menjengah-jengah dan menyelak-nyelak helaian al-Quran. Membaca ayat dan terjemahannya. Membaca pada naskhah atau pada apps di dalam telefon pintar.
  2. Aku bukanlah baik sangat. Kewajipan ada juga tertinggal-tinggal. Namun, Allah SWT dengan RahmatNya (rasa kesian) menutup aib aku. Teringat kata-kata Imam Ahmad "kalaulah Allah buka aib aku, nescaya kalaian akan tabur pasir atas kepala aku"
  3. Kembali kepada Islam dizaman fitnah ini bukanlah mudah. Jadi, waktu ini aku rasa kita wajib memohon doa supaya Allah menunjukkan kita jalan yang benar & lurus dalam mendalami agama & supaya berjumpa dengan ahli agama yang jujur dan insaf. Berapa ramai orang di luar sana sesat bila mahu berpatah balik kepada Agama. Kononya harta yang ada untuk beli syurga tapi poket ustaz yang penuh.
  4. Aku sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Ada orang lain yang pengalamannya lebih hebat daripada aku. Dugaannya lebih besar dan susah payahnya lebih hebat. Namun mereka tetap dengan Sunnah. Benar kata orang-orang lama, benda susah nak dapat susah nak hilang (tinggi nilainya).
  5. Mak aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim. Aku disuruh download, masuk dalam pendrive kemudian bawak balik ke mak aku. Disebabkan aku yang download maka aku pun mula dengar. Dato' Ustaz Kazim (DUKE) dia tak sama macam ustaz lain yang mainstream walaupun sekarang dia dilihat agak emotional. Namun itu tidak menjejaskan respek aku kepadanya. DUKE adalah pelopor perubahan pemikiran ilmuan mainstream di Malaysia. Tengok sajalah Pondok Barokah kelolaan beliau. Hebat. Jauh sekali daripada cara orang Melayu kebanyakkannya. Aku ada lebih 10Gb kuliah mp3 DUKE. 
  6. Ceramah agama ni tak semuanya menarik. Kadang-kadang banyak yang membosankan. Mungkin sebab itu ramai yang suka dengan ceramah atau lebih spesifik sesi soal jawab bersama UAI. Aku secara peribadi tidak berapa minat dengan UAI sebab susah nak faham dan terlalu banyak soalan merepek. Aku lebih prefer UAK (Ust. Abdullah Khairi). 
  7. Takkan nak melawak saja. Aku mula mencari kuliah sirah/sejarah sebab lebih mudah untuk difahami. Masa tu Ust. Don tengah femes, aku pun dengar Ust. Don. Cuma setelah beberapa lama aku dapati Ust. Don dia mudah keliru dan tidak dapat ingat fakta dengan betul. Aku memilih pula kuliah Sirah yang lebih serius. Aku mula mendengar kuliah bersiri Ustaz Wadi Anuar, kuliah sirah menggunakan kitab Raheequl Makhtum. 
  8. Selepas pemergian arwah TGNA. Masyarakat Malaysia ditampar dengan wasiat TGNA yang teguh dengan sunnah sehinnga ke liang lahad. Aku mula mendengar Dr. MAZA yang digelar wasabi. Biarlah apa orang nak kata. Aku mula mendengar satu demi satu kuliah beliau. Hebat cara pemikiran beliau, cara dia membahaskan, cara dia menjawab soalan. Sangat dekat dengan rakyat dan dalil sentiasa bermain di bibirnya walaupun adakalanya tersasul perkataan. 
  9. Aku tertarik kerana terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab ketika aku kecil dulu kini mendapat jawapannya. Kemudian aku mula mendengar lagi. diantara mereka yang lain. Ust Tarmizi Shamsul Ariff, Ust. Ahmad Jailani, Ust. Halim Hasan, Ust. Abdullah Iraqi, Ust. Rizal Azizan, Ust. Adli Saad, Maulana Asri Yusof, Maulana Fakhrulrazi, Dr. Rozaimi, Dr. Zaharudin, Ust Salman Ali, Ust Aizam Mas'ud, Dr. Abdullah Yasin, Sheikh Hussein Yee, Dato' Shamsuri Ahmad.   
  10. Aku mohon supaya Allah tetapkan hati aku atas jalan ini. Kerana setelah aku membuka lapang dadaku untuk menghadiri kesemua kuliah dari banyak aliran dan inilah jalan yang lebih selesa dan lebih mendekat dengan maksud agama. 
Sekian.

No comments: