Assalammualaikum w.b.t
- Aku ni suka menonton filem. Boleh dikatakan kaki movie jugaklah. Isteri aku tahulah macam mana aku selalu meneroka internet mencari filem-filem yang menarik untuk ditonton. Tanpa mengira tahun.
- Salah satu perangai aku, bila aku jumpa filem yang menarik untuk ditonton aku biasanya baca review. Boleh dikatakan biasanya walaupun filem itu mendapat rating tinggi. Aku masih mencari-cari review orang ramai sebelum aku menonton.
- Jadi sebelum menonton apa-apa filem biasanya aku dah ada sedikit info mengenai filem tersebut. Info ini membentuk aku punya expectation terhadap filem tersebut.
- Cuma yang menjadi sedikit masalah bila berkeluarga, filem ini sekadar 2-3 jam sekali tonton. Isteri aku tak dapat tonton sekali. Tak seronoklah tak dapat share the experience menonton satu filem yang best kan. Dan nanti aku kena bercerita kepada isteri aku.
- Boleh nak bercerita tu tapi dia tak rasalah macam menonton sendiri.
- Filem yang baru kami tonton bersama ialah V for Vandetta itupun sebab aku start tonton selepas waktu Isyak, hari minggu.
- Sepanjang minggu lepas tiada filem terbaru yang updated dalam android box aku. Yang latest ada Mulan. Macam bosan jer. Aku layan Anime Boruto daripada mula.
- 2-3 episod pertama isteri aku macam buat tak tau jer. Lepas tu dia pun terjebak sama dan melekat depan TV. Siap aku kena cerita asal usul setiap watak itu di zaman Naruto Shippuden.
- Aku turun swimming pun dia tak mau ikut. Duk layan anime. Aduh. Tapi layan jer sekurang-kurangnya masa itu lah kita bersembang-sembang diluar forte masing-masing.
- Semalam dan hari ini aku stop sekejap tengok Boruto sebab kerja pejabat yang melambak nak kena hantar. Minggu depan sambung layan lagi insyaallah.
No comments:
Post a Comment