Monday, October 31, 2011

Hudud dan Perundangan Islam

aku bukanlah pelajar jurusan undang2, apalagi undang2 Islam. Namun masa kt SMKAY dulu..adalah blajar pasal perundangan Islam nie dalam kelas Pendidikan Syariah dengan Ustzah Sopiah (semoga Allah merahmati guru saya ini). masa kt kelas 5 Mawaddah, terbayang bayang setiap hari selasa ustzh akan lepaskn ktorg balik awal sbb lunch ari selasa makan ayam goreng berempah kt DM.

balik pada topik yg tertulis kt atas, kini aku adalah seorang pelajar jurusan kejuruteraan petroleum. namun berbekalkan ilmu dari kelas pendidikan syariah masa f4& f5 tue. Alhamdulillah, celik hati aku untuk menyokong Hukum Allah iaitu Hukum Hudud yg sedang menjadi pemboleh ubah manipulasi beberapa ahli politik negara kita. semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka mereka.

aku bukan menyokong Hudud secara meng"Khinzir" buta mcm beberapa orang kt luar sana, jgk sbb politik. prinsip aku, cakap mst ada ilmu biarpun sedikit..at least ada untuk membezakan yang baik dan yang buruk.

ok senang citerlah, setahu aku dengan berbekalkan ilmu yg xdalah bnyak (kalau ada salah tlg bgtau). perundangan Islam ini sebenarnya bukanlah Hudud semata-mata. Undang2 Islam nie ada 4 semuanya:

1. Qisas - hukum bunuh balas kepada Muslim yang bunuh Muslim yang lain
2. Diyya - hukum bayaran pampasan jgk untuk kes bunuh atau mencederakan anggota tubuh.
3. Hudud - ada 6 perkara dlm hudud
4. Ta'zir - hukuman terserah kepada pemerintah (jenayah yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran)

btol kowt ejaan dia, ak hantam saja direct sebutan dari jawinya..tue korg la cari..korg nk tau lebih lg korg google jer untuk yg lain tue..abes malas korg cari kt Wiki ..ak dah check insyaAllah sumanya btol kowt..selepas sepintas lalu membacanya.

tp sbb apa ada pihak takut sangat nak lakasana hudud?
"alah biasanya orang yang buat salahlaa takut kna potong tangan..nnt abes org malaysia nie kudung xda tangan"

tue jawapan org xda ilmu, dan xpenah nk amik tau..sbb dlm wiki pown ada kn..tau nk sembur jer..pastue nk samakan dia ngn orang lain..meh den nk potong tangan ko depan khalayak ramai, tgk ada x lg org lain nk mencuri..

dan kita rakyat malaysia nie, xyah nk gelut sbb dah ckp kn..undang Islam tue ada 4..kalau dah pemerintah kita dah pilih ta'zir sbg pilihan perundangan kt negara nie..kita terima jelah...

sbb apa tau?

sbb hukuman ta'zir nie jatuh 100% atas bahu pemerintah so kalo pemerintah kita larat nk tanggung semuanya..xpelah amik jelah..apa susah..

apa tugas kita skunk nie adalah mendidik orang2 kita tentang hudud dan perundangan Islam..supaya hilang segala takut2 dan pandangan mengatakan hukum hudud itu kejam..

itu hukum Allah, maka jangan kita persoal Allah yang Maha Adil sbb kita nie mmg nampak sngt xadil..banyak songeh plak..

No comments: