Tuesday, October 18, 2011

si gadis berbaju kurung

pupus!
gadis melayu dan baju kurung jarang dilihat dimana-mana kawasan yang boleh dianggap maju terutamanya kawasan bandar kecuali pusat pengajian, dan institusi kerajaan. baju kurung hanya akan popular dan mendapat perhatian di hari lebaran atau di majlis kenduri kendara sahaja. pupuskah baju kurung di pemikiran gadis gadis melayu zaman ini?

kenapa baju kurung dilupakan?
hanya gadis melayu sahaja yang dapat menjawab soalan ini. penulis sebagai lelaki idaman malaya (cheh..) susah dan bagi jawapan yang pasti.

pandangan tentang gadis berbaju kurung?
hurm (tersenyum).."gadis berbaju kurung sangat3 sweet"..sopan dan sejuk mata memandang

uppss..
namun begitu, ada fesyen moden telah merosakkan kemanisan gadis yang memakai baju kurung. baju kurung dimodenkan dengan nafas baru yang menampakkan "shape" atau bentuk badan si gadis dan baju kurung yang dimodenkan itu dilihat sempit seperti minda si pemakai. pakaian yang dipakai adalah salah satu bentuk perlindungan maruah diri, jika si pemakai menipiskan perlindungan tersebut maka si pemakai akan terdedah kepada beberapa bahaya sosial zaman ini.

tambahan, adakalanya trend baju kurung rosak kerana si pemakai yang "over" dari segi aksesori dan make-up yang dikenakan. trend baju kurung sepatutnya dipadankan dengan aksesori dan make-up yang lembut dan sederhana, menampakkan si pemakai berpewatakan suci atau "innocence" dalam bahasa lainnya. tapi penggayaan aksesori dan make-up yang "over" akan melenyapkan watak suci dan pemalu seterusnya menonjolkan watak gadis yang agresif, kongkang dan terlalu menonjol. watak ini telah 180 degree meleset dari objektif asal baju kurung tersebut.

penggayaan tudung juga memainkan peranan dimana, trend juga dilihat telah merosakkan fesyen baju kurung yang asli. tudung biasa (bukan simpulan2/style2 moden/manik/kelip2) sememangnya 100% match dengan baju kurung. penggayaan tudung moden dengan ikatan, simpulan, belitan dan kelip2 yang banyak juga merosakkan imej sopan si pemakai baju kurung.

kasut?
adakalanya si pemakai baju kurung kurang sensitif pada kasut yang dipakainya. kasut bertumit tinggi atau berbunga2 untuk si kebaya bukan baju kurung, lebih cantik dan manis baju kurung digayakan dengan kasut plain tidak bertumit. ada sesetengah pemakai menggayakan baju kurung dengan kasut "sport" ini lebih lebih lagi menyimpang dari budaya ketuanan melayu dan baju kurung. elakkan juga kasut yang berwarna warni dan terlalu menyerlah atau kasut yang berkilat kilat.

overall..
si gadis berbaju kurung amatlah manis dipandang. dan siapa bilang gadis melayu tak menawan kalau kena cara berpakaian, kena cara adab sopan. hati jejaka idaman juga kan terpaut pada si gadis dengan jati diri dan nilai budi pekerti yang kuat yang tidak sengaja dizahirkan dari segi pemilihan pakaian seharian.

~selamat beramal~

6 comments:

Anonymous said...

hahahaha......nice...terkena la jugak kat batang hidung tue...especially bab kasut tue....h_h...

jwp utk kasut tue: malaysia skrng hujan...so utk mengelakkan kaki kena lecah2x...atau lopak air..tue yg pakai kasut yg ada tumit....( well nie just part of the alasan)...at d end..bergantung pada niat si pemakai....

inspirasi arjuna said...

nie just pendapat berdasarkan mata sendiri peribadi...xpernah interview mana2 gadis...so maybe ada alasan sendiri..

tp ada sorg gadis kt opis ak dulu ckp...

"pakai heels mmg sakit..tp nk cantek kna la sakit"

macam mana tue?sila komen

Anonymous said...

hah..tu dia...nak cantik kna la sakit....mak ai..sanggup nya..memang tabik spring....
aku sangat langsung tak setuju those yg ada prinsip mcm yg gadis kat opis ang kata....
tak pe la...nikmat yg Allah bg tue percuma..so...tak yah susah2x kot nak dapat....tah le....once dah kena baru nak ingat kot...tah le...nak pakai boleh tp jgn sampai mencederakan kaki yg banyak sumbangan tue....owh...really can't acept mind org mcm tu..but they do exist...hmmmm...tah le utk kali terakhir...yg ada alsan sbb musabab yg munasabah utk pakai heel, aku tak kisah..tp kalu dah niat utk cantik...maka go to d hell le..jawabnya...hahahah

inspirasi arjuna said...

keras komen hg nie...

Anonymous said...

opppsss...keras sangat ke???? hahahah....emosi terlebih sangat la tue....anyway..fell free to delete them...tak pe...tp just curious..kenapa sanggup do somthing yg boleh...cederakan diri sendiri....susahkan diri...aku pun pakai gak..tp tak de la sampai sakitkan diri...sigh~~~~~ tertanya2x betul la...

inspirasi arjuna said...

xdala sampai kna delete..hehehe...mmg kna keras...hurm...hg pakai yg rendah punya kowt...diorg pakai yg 3 inci punya...hahahahaha
tue baru heels, belum lg kira yg surgery...