"Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh Pedagang atau Pendakwah?"..aku terdiam memikir, benak hatiku memberi jawapan "Pedagang". hujahku, mungkin pedagang Islam Arab datang untuk berdagang dan kerana orang tempatan tertarik kepada kebaikkan dan tingkah laku mereka maka Islam diterima di kota Melaka.
jelasnya aku ternyata salah. aku terlupa, mungkin terlupa atau aku tak pernah ingat bahawa sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, Sahabat dihantar untuk berdakwah, menyebarkan Islam ke seluruh dunia dan cara untuk mereka survive adalah berdagang. aku memikir semula. Ya, benar mereka yang datang membawa Islam ke kota Melaka juga adalah Pendakwah yang bekerja sebagai Pedagang.
"Sama saja" kata orang lain. tidak, jelas tidak sama apabila objektif Pedagang adalah untuk keuntungan. tetapi ojektif Pendakwah adalah untuk penyebaran Islam. untung akhirat diutamakan.
memikir bezanya pendakwah dan pedagang dalam lipatan sejarah kota Melaka seperti memanggil aku untuk terus memikir dan mengadaptasi ke era tanah melayu zaman ini. Apa objektif kita sebagai Islam di tanah melayu. adakah Islam yang ada padai diri kita untuk mendapat redha Allah (sebagai satu cara hidup), atau hanya untuk mendapat taraf dan beberapa hak hak istimewa orang Islam di tanah ini?
jelasnya sejarah lebih tertarik kepada sesuatu yang berkait dengan Islam. jadi akhirnya Islam adalah agama
siapa diri kita?
pedagang atau pendakwah..
2 comments:
peh madah pujangga nampak..
well itulah kelebihan islam yang bersifat universal(alamiyah)..
sedikit pembetulan islam bukan agama rasmi tetapi agama persekutuan bagi Malaysia..boleh rujuk Perlembagaan Malaysia perkara 3(1)
bereh boh... t ak btulkn..
Post a Comment