Assalamualaikum
Beberapa post ming ini akan seperti siri bebelan dalam blog zulfikarhazri. Kerana ini adalah seriously bebelan kepada yang bebal. Dan jika dikompilasikan mungkin juga dapat dihasilkan sebuah buku untuk menggertak akal anak muda yang kadang kurang pintar dari telefon pintar mereka. Apa yang aku bebel nie???
Aku di Grand Hyatt menonton sketsa.."Lawyers: They maybe speak Laws but Their words seriously are not even a Law". Aku tak tau nak gambarkan adalah apakah yang berlaku dalam dewan tersebut mengambarkan personaliti seorang peguam (kononnya) atau "woman to woman animalism".
Kononnya seorang peguam semestinya sesangat teliti tahap dewa mak ngah oi word by word. Tapi persoalan dalam kepala otak aku sekarang nie adakah relevan untuk mempersoalkan penggunaan perkataan dalam 1 slide presentation. Hasil perbalahan hampir 45 minit hanyalah untuk buang 3 perkataan dari 1 slide presentation. insufficient and such a waste of time. Ini bukan persoalan prinsip pada aku. Ini hanyalah politik kedai kopi.
Macamlah 3 perkataan tersebut akan meracuni akal semua perserta2 dalam dewan berkenaan dan kemudian merebak kepada seluruh pekerja syarikat. Kemudian ribuan pekerja tidak datang bekerja. Tak masuk opiz. Sebaliknya mereka berkumpul ramai2 depan Twin Towers pakai seluar pendek dan t-shirt pagoda memegang sepanduk memprotes sistem baru yang diperkenalkan oleh syarikat. Seriously.
Nasihat aku, anda mungkin boleh mempersoalkan ketidakpuasan hati anda. Argue beberapa perkara, tetapi pentingnya tidaklah sebesar mana. Hentikanlah. Ada betulnya adakala kepandaian kita yang berpuluh-puluh tingkat tue jelas menunjukkan kebodohon kita yang beratus-ratus tingkat .
Tapi nielah hakikat manusia. Terlalu banyak perangai dan ragam. Kita sudah menilai dengan mata kasar. Ada orang cakap kita selalu menilai the 1/9 daripada iceberg. Dan aku katakan jika 1/9 daripada iceberg tue tala baca punya so 9/9 iceberg tue pun tala baca punya la. betul bukan?
Tuesday, February 19, 2013
Jodoh Sejawat
Assalamualaikum W.B.T
Apa benda nie?
Sory xda benda nak crita. Nie ja modal yang ada.
Isu?
Berjodoh dengan rakan sekerja atau di bidang yang sama atau di syarikat yang sama atau dibawah bos yang sama atau jodoh kau tue bos kau atau dia pekerja kau atau dia "tea lady" kat opis kau atau dia abg keje mesin photostat kat pejabat kau.
Pendapat peribadi?
Aku tak setuju.
Alasan?
Langsung takda "diversity" dalam rumah tangga dan keluarga. Serabut arh balik rumah mesti duk gosip pasal kaki report kat opis, tak pun akak2 S/U yang fashionista sesangat. tak pun kutuk2 bos sebelum tido. Bosan.
Tapi?
Nie just pendapat peribadi aku sendiri. Alangkah bagus kalau jodoh kita dari bidang yang berlainan. Banyak sangat benda nak crita. Kadang2 jadi mcm cikgu dengan anak murid. Yela kalau jodoh kita tue Doktor contohnya. Mesti banyak benda boleh tanya. Contoh; dalam filem selalu ada scene CPR tak jadi. punya la tekan n hembus. Siap buat 5 cycle lg tp tak jugak sedar2 mangsa lemas tue. Last orang tumbuk dada mangsa sekuat hati. Terus bersembur air dr dlm mulut mangsa. Selamat je pulak mangsa lemas tue. Benda nie rekaan filem atau mmg btol secara saintifik? Hahaha aku tak tau. Sila tnya jodoh korang.
Sekian.

Wednesday, February 13, 2013
Dendam Pak Cik Surau
Assalamualaikum w.b.t
Sungguhpun post ini akan berbaur sedikit mencela dan mungkin juga mengumpat tetapi aku hanya berniat untuk menceritakan perihal orang yang zalim. Mungkin fasik.
Semalam aku ke surau berdekatan tempat aku menyewa sepanjang aku bekerja di kL kini. Selalunya aku ke masjid tetapi malam sebelumnya aku sengaja singgah ke surau. Mencari suasana kuliah yang baru yang aku rasakan kondusif dan best. Di papan kenyataan tertera tarikh2 kuliah dan ustaz yang akan mengajar. Sungguhpun aku langsung tak kenal siapakah pemilik nama2 tersebut. Tetapi memang tertarik nak join kuliah2 nie.
semalam berlepaslah aku dengan motosikal KCK 263 Merah yang aku beli semasa belajar dulu menggunakan duit elaun PETRONAS bagi setiap bulan.
Sepanjang perjalanan, aku diekori awan hitam seakan menghambatkan aku pulang. Seakan ada aura jahat bersama roh2 yang mati tidak aman mengejar aku dari belakang. Kemudian angin bertiup sedikit kencang. Mungkin ribut bakal melanda. Owh fantasi aku telah menjangkau minda separa sedar. Aku sampai di depan surau.
Alamak!!!
Pakcik Poyo!!!
Sejak 2 tahun lepas sememangnya wajah itu takkan pernah aku lupa.
bluew bluew bluew bluew~ (sound effect flashback)
---
Sibuk kami semua mengemas dan menyediakan makanan untuk jamuan perpisahan meraikan latihan industri yang akan tamat tidak lama lagi. 6 orang serumah kami berkongsi dan menjemput semua hadir. Apit selaku project manager telah membuat keputusan untuk mengadakan jamuan di taman permainan kawasan taman tersebut.
Maghrib dah hampir tiba. Ada tetamu yang sudah sampai. Mereka turut sama tolong angkut2 makanan ke tempat yang telah ditetapkan. Memang sengaja apit pilih taman permainan berkenaan, surau sebelah sahaja. Senanglah kiranya kami hendak bersolat nanti.
Maghrib dah sampai. Ramai jemaah yang lalu lalang ke surau senyum melihat kami. Kami juga bersedia untuk solat maghrib berjemaah bersama.
"Sapa yang bagi kebenaran kamu guna tempat ini?" Jerkah seorang Pakcik yang hendak ke surau melalui taman permainan tersebut.
"Saya bagi kamu 30 minit. Sila angkat semua barang kamu dan beredar dari sini" Sambung si Poyo itu lagi.
Kaca mata berbingkai hitam tebal (old's cool) itu aku ingat.
---
Masih dengan kaca mata yang sama. Dia jeling sesampainya aku di depan pagar surau. Penuh emosi orang tua yang tidak proaktif tetapi mahu menguasai dan ingin dipandang tinggi. Senyum ku tak berbalas. Jelik.
Sempadan yang tidak baik.
Aku ingin baik sangka, namun apakan daya.
Malam nie ada kuliah lagi. Aku akan terus memerhati.

Solat maghrib, dia yang terakhir. Aku memerhati.
Kuliah maghrib, dia tidur diluar. Aku melihat
Solat isyak, dia juga orang terakhir. Aku nampak
Lepas solat, terus cabut. Ingat balik rumah.
Rupanya makan di luar.
Kuliah tidak masuk, Makan dia yang paling awal.
Sempadan yang tidak baik.
Aku ingin baik sangka, namun apakan daya.
Malam nie ada kuliah lagi. Aku akan terus memerhati.
Monday, February 4, 2013
Kerjaya, Penuaan dan Kahwin Muda
Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah ku melupakan blog nie. Tetiba datang roh untuk menaip. Penuh dalam kepala aku segala huruf dan perkataan untuk ku curah dalam kepingan nota ini.
Semalam yang skema
Sembang-sembang dengan qusyei. Pasal relevan beli baju roundneck. Dulu sangat2 tak suka pakai collar shirt. Skema kata org. Skunk nie rasa pelik kalau kuar jejalan pakai roundneck. Rasa macam mana ntah. Rasa terdedah dan tak selamat. Rasa langsung tak smart. lagi 1 yang jadi seakan kewajipan. Baju mesti masuk dalam. Kalau tak nanti akan nampak gemuk depan cermin, menggelebeh. Skema tahap la macam nie.
Taste berpakaian sudah berubah. Baru 2 bulan je keja tetiap hari pakai kemeja kolar masuk dalam kemas dan rapi. Rasa tue datang sendiri. Maybe benda nie lah yg org duk cakap pasal Subconscious Mind. Subconscious Mind yang merupakan personaliti diri kita yang sebenar. Yang mengawal hampir 90 peratus daripada tindakan dan keputusan kita adalam urusan harian.
Mungkin betol salah satu cara mengawal subconscious mind adalah dengan pengulangan. Atau disebut jugak Law of Attraction. Macam lagu yang tak best tapi di dengar berulang-ulang kali maka dengan tetiba rasa best pulak. Perempuan yang pada mulanya rasa macam takdalah lawa mana. Tapi dah tetiap hari tengok last2 jatuh hati. Sebab ini jgk syarikat pengiklanan dapat buat duit di TV dan surat khabar. Ulang banyak kali promosi barang. Penonton diserang dengan Law of Attraction. Last2 mereka beli. Bergantung kepada Self Defense Mechanism dalam diri mereka.
Kahwin Muda
Serius umur aku dah 24 tahun. Baru memulakan kerjaya selama 2 bulan. Tapi ramai dah bertanya bila nak menamatkan zaman bujang. Kebarangkalian pertanyaan daripada saudara mara adalah paling tinggi. Seakan urusan nikah kahwin tidak perlu mengeluar apa-apa modal. Namun aku menerima perkara ini sebagai adat anak bujang di umur begini.
Kahwin muda bukan lagi isu baru. Dah basi agaknya. Dikatakan untuk mengelakkan maksiat. Aku bersetuju dan tidak. Malas nak cerita, Sila baca buku Ust Hasrizal Jamil "Aku terima nikahnya" siri 2. Korang akan jumpa jawapan disana.
Kini secara peribadi aku melihat kahwin muda yang asalnya adalah salah satu pencegahan kepada masalah sosial sudah tidak lagi begitu. Kini ia menjadi trend sehinggakan di Pulau Pinang ada desas-desus mereka akan melaksanakan kursus post-perkahwinan. Akibat keruntuhan rumah tangga yang parah hasil daripada perkahwinan muda ini. Anak buangan, cerai-talak dan lain2 lagi selain masalah ekonomi yang kritikal.
Aku selalu berpesan kepada rakan2ku yang ingin mendirikan rumah tangga dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Jaga keberkatan, anda ingin memulakan keluarga&keturunan. Jaga majlis. Jangan membazir. Susun ikut prioriti, mana yang lebih utama. Tak perlu tarikh kahwin bernombor2, tak perlu hantaran bernombor2. Ada apa dengan nombor?. Kalau sekadar nak nombor cantik, orang hanya akan ingat tarikh perkahwinan anda pada hari tersebut sahaja. esoknya orang dah tak ingat.
Tapi kalau ada perkara buruk berlaku, orang akan ingat sampai bila2. Banyak berdoa kepada Allah agar majlis berjalan dengan lancar. Semoga keberkatan yang kita jaga akan melembutkan hati orang yang datang mengunjung. Apalagi menjaga hubungan sesama jiran dan sesama keluarga termasuk keluarga mertua. Banyak perkara yang kita tidak sedar.
Pesanan akhir: Buat Majlis ikut Bajet bukan Bajet ikut Majlis
Apa yang kita cari adalah redha Allah bukan redha manusia. Kalau Allah redha insyaAllah makhluk pun akan turut sama redha

Subscribe to:
Posts (Atom)