Wednesday, February 13, 2013

Dendam Pak Cik Surau

Assalamualaikum w.b.t

Sungguhpun post ini akan berbaur sedikit mencela dan mungkin juga mengumpat tetapi aku hanya berniat untuk menceritakan perihal orang yang zalim. Mungkin fasik.

Semalam aku ke surau berdekatan tempat aku menyewa sepanjang aku bekerja di kL kini. Selalunya aku ke masjid tetapi malam sebelumnya aku sengaja singgah ke surau. Mencari suasana kuliah yang baru yang aku rasakan kondusif dan best. Di papan kenyataan tertera tarikh2 kuliah dan ustaz yang akan mengajar. Sungguhpun aku langsung tak kenal siapakah pemilik nama2 tersebut. Tetapi memang tertarik nak join kuliah2 nie.

semalam berlepaslah aku dengan motosikal KCK 263 Merah yang aku beli semasa belajar dulu menggunakan duit elaun PETRONAS bagi setiap bulan.

Sepanjang perjalanan, aku diekori awan hitam seakan menghambatkan aku pulang. Seakan ada aura jahat bersama roh2 yang mati tidak aman mengejar aku dari belakang. Kemudian angin bertiup sedikit kencang. Mungkin ribut bakal melanda. Owh fantasi aku telah menjangkau minda separa sedar. Aku sampai di depan surau.

Alamak!!!

Pakcik Poyo!!!

Sejak 2 tahun lepas sememangnya wajah itu takkan pernah aku lupa.

bluew bluew bluew bluew~ (sound effect flashback)

---

Sibuk kami semua mengemas dan menyediakan makanan untuk jamuan perpisahan meraikan latihan industri yang akan tamat tidak lama lagi. 6 orang serumah kami berkongsi dan menjemput semua hadir. Apit selaku project manager telah membuat keputusan untuk mengadakan jamuan di taman permainan kawasan taman tersebut.

Maghrib dah hampir tiba. Ada tetamu yang sudah sampai. Mereka turut sama tolong angkut2 makanan ke tempat yang telah ditetapkan. Memang sengaja apit pilih taman permainan berkenaan, surau sebelah sahaja. Senanglah kiranya kami hendak bersolat nanti.

Maghrib dah sampai. Ramai jemaah yang lalu lalang ke surau senyum melihat kami. Kami juga bersedia untuk solat maghrib berjemaah bersama.

"Sapa yang bagi kebenaran kamu guna tempat ini?" Jerkah seorang Pakcik yang hendak ke surau melalui taman permainan tersebut.

"Saya bagi kamu 30 minit. Sila angkat semua barang kamu dan beredar dari sini" Sambung si Poyo itu lagi.

Kaca mata berbingkai hitam tebal (old's cool) itu aku ingat.

---

Masih dengan kaca mata yang sama. Dia jeling sesampainya aku di depan pagar surau. Penuh emosi orang tua yang tidak proaktif tetapi mahu menguasai dan ingin dipandang tinggi. Senyum ku tak berbalas. Jelik.

Solat maghrib, dia yang terakhir. Aku memerhati. 
Kuliah maghrib, dia tidur diluar. Aku melihat
Solat isyak, dia juga orang terakhir. Aku nampak
Lepas solat, terus cabut. Ingat balik rumah. 
Rupanya makan di luar.
Kuliah tidak masuk, Makan dia yang paling awal.


Sempadan yang tidak baik.
Aku ingin baik sangka, namun apakan daya.

Malam nie ada kuliah lagi. Aku akan terus memerhati.

No comments: