Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah ku melupakan blog nie. Tetiba datang roh untuk menaip. Penuh dalam kepala aku segala huruf dan perkataan untuk ku curah dalam kepingan nota ini.
Semalam yang skema
Sembang-sembang dengan qusyei. Pasal relevan beli baju roundneck. Dulu sangat2 tak suka pakai collar shirt. Skema kata org. Skunk nie rasa pelik kalau kuar jejalan pakai roundneck. Rasa macam mana ntah. Rasa terdedah dan tak selamat. Rasa langsung tak smart. lagi 1 yang jadi seakan kewajipan. Baju mesti masuk dalam. Kalau tak nanti akan nampak gemuk depan cermin, menggelebeh. Skema tahap la macam nie.
Taste berpakaian sudah berubah. Baru 2 bulan je keja tetiap hari pakai kemeja kolar masuk dalam kemas dan rapi. Rasa tue datang sendiri. Maybe benda nie lah yg org duk cakap pasal Subconscious Mind. Subconscious Mind yang merupakan personaliti diri kita yang sebenar. Yang mengawal hampir 90 peratus daripada tindakan dan keputusan kita adalam urusan harian.
Mungkin betol salah satu cara mengawal subconscious mind adalah dengan pengulangan. Atau disebut jugak Law of Attraction. Macam lagu yang tak best tapi di dengar berulang-ulang kali maka dengan tetiba rasa best pulak. Perempuan yang pada mulanya rasa macam takdalah lawa mana. Tapi dah tetiap hari tengok last2 jatuh hati. Sebab ini jgk syarikat pengiklanan dapat buat duit di TV dan surat khabar. Ulang banyak kali promosi barang. Penonton diserang dengan Law of Attraction. Last2 mereka beli. Bergantung kepada Self Defense Mechanism dalam diri mereka.
Kahwin Muda
Serius umur aku dah 24 tahun. Baru memulakan kerjaya selama 2 bulan. Tapi ramai dah bertanya bila nak menamatkan zaman bujang. Kebarangkalian pertanyaan daripada saudara mara adalah paling tinggi. Seakan urusan nikah kahwin tidak perlu mengeluar apa-apa modal. Namun aku menerima perkara ini sebagai adat anak bujang di umur begini.
Kahwin muda bukan lagi isu baru. Dah basi agaknya. Dikatakan untuk mengelakkan maksiat. Aku bersetuju dan tidak. Malas nak cerita, Sila baca buku Ust Hasrizal Jamil "Aku terima nikahnya" siri 2. Korang akan jumpa jawapan disana.
Kini secara peribadi aku melihat kahwin muda yang asalnya adalah salah satu pencegahan kepada masalah sosial sudah tidak lagi begitu. Kini ia menjadi trend sehinggakan di Pulau Pinang ada desas-desus mereka akan melaksanakan kursus post-perkahwinan. Akibat keruntuhan rumah tangga yang parah hasil daripada perkahwinan muda ini. Anak buangan, cerai-talak dan lain2 lagi selain masalah ekonomi yang kritikal.
Aku selalu berpesan kepada rakan2ku yang ingin mendirikan rumah tangga dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Jaga keberkatan, anda ingin memulakan keluarga&keturunan. Jaga majlis. Jangan membazir. Susun ikut prioriti, mana yang lebih utama. Tak perlu tarikh kahwin bernombor2, tak perlu hantaran bernombor2. Ada apa dengan nombor?. Kalau sekadar nak nombor cantik, orang hanya akan ingat tarikh perkahwinan anda pada hari tersebut sahaja. esoknya orang dah tak ingat.
Tapi kalau ada perkara buruk berlaku, orang akan ingat sampai bila2. Banyak berdoa kepada Allah agar majlis berjalan dengan lancar. Semoga keberkatan yang kita jaga akan melembutkan hati orang yang datang mengunjung. Apalagi menjaga hubungan sesama jiran dan sesama keluarga termasuk keluarga mertua. Banyak perkara yang kita tidak sedar.
Pesanan akhir: Buat Majlis ikut Bajet bukan Bajet ikut Majlis
Apa yang kita cari adalah redha Allah bukan redha manusia. Kalau Allah redha insyaAllah makhluk pun akan turut sama redha
Sekian.
No comments:
Post a Comment