Tuesday, February 19, 2013

Lawyer's Words

Assalamualaikum

Beberapa post ming ini akan seperti siri bebelan dalam blog zulfikarhazri. Kerana ini adalah seriously bebelan kepada yang bebal. Dan jika dikompilasikan mungkin juga dapat dihasilkan sebuah buku untuk menggertak akal anak muda yang kadang kurang pintar dari telefon pintar mereka. Apa yang aku bebel nie???

Aku di Grand Hyatt menonton sketsa.."Lawyers: They maybe speak Laws but Their words seriously are not even a Law". Aku tak tau nak gambarkan adalah apakah yang berlaku dalam dewan tersebut mengambarkan personaliti seorang peguam (kononnya) atau "woman to woman animalism".

Kononnya seorang peguam semestinya sesangat teliti tahap dewa mak ngah oi word by word. Tapi persoalan dalam kepala otak aku sekarang nie adakah relevan untuk mempersoalkan penggunaan perkataan dalam 1 slide presentation. Hasil perbalahan hampir 45 minit hanyalah untuk buang 3 perkataan dari 1 slide presentation. insufficient and such a waste of time. Ini bukan persoalan prinsip pada aku. Ini hanyalah politik kedai kopi.

Macamlah 3 perkataan tersebut akan meracuni akal semua perserta2 dalam dewan berkenaan dan kemudian merebak kepada seluruh pekerja syarikat. Kemudian ribuan pekerja tidak datang bekerja. Tak masuk opiz. Sebaliknya mereka berkumpul ramai2 depan Twin Towers pakai seluar pendek dan t-shirt pagoda memegang sepanduk memprotes sistem baru yang diperkenalkan oleh syarikat. Seriously.

Nasihat aku, anda mungkin boleh mempersoalkan ketidakpuasan hati anda. Argue beberapa perkara, tetapi pentingnya tidaklah sebesar mana. Hentikanlah. Ada betulnya adakala kepandaian kita yang berpuluh-puluh tingkat tue jelas menunjukkan kebodohon kita yang beratus-ratus tingkat .

Tapi nielah hakikat manusia. Terlalu banyak perangai dan ragam. Kita sudah menilai dengan mata kasar. Ada orang cakap kita selalu menilai the 1/9 daripada iceberg. Dan aku katakan jika 1/9 daripada iceberg tue tala baca punya so 9/9 iceberg tue pun tala baca punya la. betul bukan?

No comments: